7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukan Vitamin / Suplemen.

Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. 
Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. 
Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, 
karbohidrat dan lemak dalam badan kita.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. 
Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen 
(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.



Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini. 

Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah-celah kesibukan menguruskan kehidupan seharian, tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal mendapatan makanan yang mengandungi nutrien yang lengkap dan sempurna.
Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Namun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. 

Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang atau tiada langsung dalam pemakanan anda.

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walaupun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, makanan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien.


Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
Antara individu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah :
  • Wanita hamil dan menyusu anak.
  • Pengamal diet yoyo.
  • Perokok.
  • Pengamal vegetarian.
  • Peminum alkohol yang kerap.
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas – ini kerana vitamin hilang ketika proses memasak.
Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.
Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.

7 Sebab Kenapa Badan Kita Perlukan Suplemen.

1.   Melengkapkan dos vitamin yang kita perlukan setiap hari.

Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan yang kita makan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. 

2.   Cara penanaman sayur-sayuran & buah-buahan yang tidak organik.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur yang mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3.   Zat makanan mudah hilang.
Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
Contohnya, Vitamin C dan enzim mudah termusnah oleh haba semasa memasak.

4.   Pengambilan ubat-ubatan.
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan oleh sel-sel tubuh. Amalan diet yang tinggi kafen, lemak, gula dan garam, mengurangkan simpanan zat makanan yang ada di dalam tubuh.

5.   Makanan seharian tidak seimbang.
Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.  

6.   Gaya hidup tidak sihat.
Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan lemak, garam dan bahan kimia. Amalan merokok & meminum alkohol juga menyebabkan nutrisi dalam badan berkurangan.

7.   Pencemaran udara.
Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.


Pengambilan suplemen / vitamin dapat membantu kita mencegah dari terkena penyakit-penyakit  merbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, arthritis, kencing manis dan sebagainya. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.


Vitamin-vitamin Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya dihasilhan dari sumber semulajadi yang terbukti selamat, berkesan dan mesra alam. 

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat merupakan sesuatu yang terindah. Orang yang sihat sentiasa bertanaga dan kelihatan hebat. Nutrisi Shaklee telah membantu jutaan insan mencipta kehidupan yang lebih sihat selama lebih daripada 55 tahun. Alamilah rasa sihat kembali dengan nutrisi Shaklee.


Suplemen bukan ubat atau pengganti makanan tetapi sebagai makanan tambahan yang melengkapkan nutrisi dalam badan, serta memberi apa yang hak pada tempatnya.



                                  Makanan + Suplemen = Nutrisi Lengkap



Shaklee meneruskan kesinambungan di dalam menerajui kepercayaan bahawa 
kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembentukkan 
kehidupan yang lebih berharga.

“Anda Sihat Anda Bahagia”

Sebarang Pertanyaan, Konsultasi Percuma dan Pembelian Produk,

Hubungi : AINI BINTI MUSA Call/SMS/WhatsApp : 019 6436589

Area COD(Cash On Delivery) : Melaka Sentral, Taman Asean, 
Batu Berendam, Pulau Gadung, Cheng, Malim, Pokok Mangga, 
Tanjung Kling, Tangga Batu, Bukit Rambai, Klebang, Limbongan, 
Tengkera, Bachang dan sekitar Bandar Melaka.

Penghantaran Pos Laju Untuk Daerah Alor Gajah,Jasin 
dan seluruh Malaysia.

Terima kasih, salam kemesraan.....

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...