17 FUNGSI DAN KEBAIKAN SUSTAINED RELEASE VITAMIN C-500 PLUS SH@KLEE

0 Comments
Assalamualaikum semua....

Entry kali ni, jom kita teliti apa pula fungsi dan kebaikan Vitamin C-500 Plus Sh@klee.


Seperti kita semua maklum, Vitamin C merupakan salah satu vitamin yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Ianya turut dikenali dengan nama Asid Askorbik.


Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh, membantu untuk 

pembentukan kolagen serta membantu penyerapan zat besi secara maksimum.

Kekurangan Vitamin C dalam tubuh boleh mengakibatkan beberapa gangguan kesihatan seperti sengal sendi dan anemia.


Manakala pengambilan berlebihan Vitamin C, jarang terjadi kerana vitamin ini adalah vitamin larut air. Vitamin C yang berlebihan akan hilang melalui pembuangan air kecil dan perpeluhan.



Sh@klee Sustained  Release  Vita – C 500
Di Sh@klee, Vitamin C dikenali sebagai Sustained Release Vita - C.


SUSTAINED  RELEASE VITA-C 500mg  
180  TABLETS


Apa itu Sustained Release? 
Sustained Release bermaksud proses di mana ia diformulasikan khas agar dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 hingga 6 jam. Dalam erti kata lain, ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Vitamin C adalah bersifat larut air, sesiapa yang mengambil Vitamin C dinasihatkan supaya minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Keistimewaan Sustained Release Vita-C Sh@klee.
Memerangi Kanser :- 
Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon  
semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-Cells untuk melawan
sel- sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. 
Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Mengekalkan Kolestrol Sihat :- 
Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah 
yang sihat, meghindari arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, 
hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Membentuk Kolagen :-Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka 
dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan keanjalan kulit dan 
menghalang otot menjadi lembik.

Mencantikkan Kulit :-Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan 
menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utaman kejadian jeragat.

FUNGSI VITAMIN C : 
Memberi efek kulit yang sekata, cerah dan lembap.
# Sangat sesuai untuk ibu mengandung.
# Sesuai untuk merawat jerawat di wajah & badan.
# Bagi yang menghadapi masalah resdung, amat sesuai diamalkan.
# Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan juga bagi 
   mendapatkan gusi & gigi yang sihat. 
# Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, melindungi daripada jangkitan 
   dan selesema serta meningkatkan imuniti badan.
# Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi dan mencegah 
   arterosklerosis. 
# Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan 
   pengeluaran hormon  antistress.
# Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin 
   semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema 
   dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
# Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen yang membantu 
   mencegah penuaan pra- matang.
# Membunuh bakteria patogenik yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
# Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang yang sering dirosakkan oleh radikal bebas. 
# Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih berguna dalam rawatan anemia.
# Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
# Merawat jangkitan saluran kencing.
# Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
# Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan dalam masa 
   6 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.


Manfaat Khas Vitamin C Bagi Tubuh :
1. Mencegah Stroke
Ada banyak bukti bahawa diet tinggi antioksidan yang kaya buah dan sayuran membantu 
mengurangkan penyakit kardiovaskular. Namun beberapa fakta penting menunjukkan bahwa 
pengambilan Vitamin C yang cukup dalam kuantiti yang disyorkan pada setiap hari, dapat 
merendahkan risiko untuk menderita stroke (terutama pada wanita).

2. Melawan Kanser
Beberapa penelitian menunjukkan bahawa beberapa wanita yang mengambil banyak 

Vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan suplemen), memiliki risiko 
lebih rendah terkena kanser payudara. 

3. Meningkatkan Mood
Sejak dulu sudah diketahui bahawa kekurangan Vitamin C dapat menyebabkan perubahan 
psikologi. Sebelum ini, penelitian dari McGill University menunjukkan bahawa pemberian 
suplemen Vitamin C (500 mg dua kali sehari) bagi pesakit mental yang kekurangan 
Vitamin C, secara signifikan membantu meningkatkan mood mereka.

4. Mengubati Infeksi Vagina (BV)
Infeksi vagina merupakan penyebab paling umum dari keputihan dan biasanya menimbulkan 

bau tidak enak, yang mempengaruhi hingga 30%  wanita hamil dan persepuluh wanita 
yang tidak hamil. Dua studi terbaru menunjukkan bahwa pemberian Vitamin C tablet 
untuk vagina (250 mg selama enam hari) dapat mengubati bacterial vaginosis (BV) dengan cara menurunkan pH vagina .

5. Memperbaiki Kualiti Kulit
Vitamin C adalah antioksidan yang paling banyak diperlukan oleh kulit, di mana ia membantu 
meneutralkan radikal bebas yang menumpuk akibat  sinar matahari dan usia. 
"Pemberian Vitamin C yang dikombinasi dengan bahan lain, memperbaiki beberapa 
tanda-tanda penuaan termasuk garis-garis halus, pigmentasi,  warna dan tekstur kulit 
yang tidak sekata, " kata Dr Mariusz Sapijaszko, direktur medis dari Youthful Image 
Cosmetic Surgery Clinic dan seorang profesor dermatologi di University of Alberta.

6. Imunisasi / Daya Tahan Badan.
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara 

kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka 
dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan. Bukan sahaja untuk daya 
tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk membina kolagen, struktur protein penting 
dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh 
melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

7. Demam Biasa.
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang 

berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, 
selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. 
Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

8. Anti-oksida.
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari 

radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan 
kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan 
sakit jantung dan strok.

9. Tekanan Darah Tinggi.
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian 

terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan 
tekanan darah tinggi.

10. Saluran Darah.
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik 

ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

11. Keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. 

Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan 
kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut 
di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang 
dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

12. Membantu Untuk Kurus.
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat badan ideal. 

Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam 
jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan 
Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan 
yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan 
menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk 
kurangkan berat badan.

13. Mengawal Tekanan.
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, 

hormon dan kortisol yang tinggi.

14. Katarak.
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C 

boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan 
penglihatan kabur dan boleh menjadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos 
Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 
1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

15. Meningkatkan Tenaga.
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu 

penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam 
meningkatkan tenaga dalam badan.

16. Mencegah Sakit Jantung.
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebas dari 

merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini 
menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. 
Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti 
adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

17. Mengawal Diabetes.
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal 

paras gula darah, mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. 
Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal 
komplikasi diabetes.

18. Mencegah Asthma.
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asthma. 

Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan 
yang menyebabkan keradangan.

19. Perlindungan dari Selaran Matahari.
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya 
matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari 
radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya 

boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

20. Penghasilan Kolagen.
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul 
yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan tona warna sekata pada 
muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen 
melembapkan kulit dari dalam, mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

21. Penyembuhan Luka.
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus 

menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda 
kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu 
terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

22. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut.
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah 
rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda 
tidak sihat pada rambut.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada 
glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan 
rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. 

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat 
dan lebat.

Anda menghadapi masalah seperti di atas? Ingin mendapatkan dan mencuba 
Vitamin C Sustained Release yang terbukti selamat dan berkesan ini? 
Jangan segan-segan.


Call / Msg / Whatsapp : 019 6436589


Semoga perkongsian ini serba sedikit telah dapat membantu anda untuk lebih memahami
konsep pengambilan suplement agar mendapat nikmat kesihatan secara
semulajadi yang berterusan.

Vitamin bukan ubat, tapi memberi apa yang hak pada tempatnya.
Berkonsepkan alam semulajadi, sesuai dengan falsafah Produk Sh@klee




“Products in Harmony with Nature and Good Health”


"Hargai Kesihatan Anda"

"Kesihatan Anda, Keutamaan Kami"

"Anda Sihat, Anda Bahagia"



Sebarang maklumat lanjut @ pembelian, sila hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor (1118070)

Pls. Call / Msg / Whatsapp : 019-6436589
                                                  019-6436589
                                                  019-6436589

Kawasan COD: Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Cheng, Malim, Pokok Mangga, Tanjung Kling, Tangga Batu, Bukit Rambai, Klebang, Limbongan, Tengkera, Bachang dan sekitar Bandar Melaka.


Pos Laju : Seluruh Malaysia…



Salam Ceria………Aini.




** Produk-produk Shaklee adalah Makanan Kesihatan, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Anda yang mengalami masalah kesihatan, digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar perubatan terlebih dahulu.




You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...