7 KEBAIKAN DAN KHASIAT ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SH@KLEE

0 Comments
Assalamualaikum.....

Salam ceria dan kasih sayang semua....
Hari ni nak cerita berkenaan dengan Energizing Soy Protein (ESP). Mungkin ada yang dah arif tentang ESP ni dan tak kurang juga yang masih tak tau apa dia ESP ni kan. Jadi jom baca......


KEBAIKAN DAN KHASIAT ESP SHAKLEE

Untuk pengenalan, Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) 850g

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:


SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

Ramuannya terdiri daripada:

* Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu    rendah.
* Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.
* Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang          menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:


1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita

Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

7. Meningkatkan Keupayaan Memori

Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
ESP Sesuai Untuk Semua Lapisan Masyarakat:
1. Ibu-ibu yang sibuk :
ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan :
Hanya bancuh ESP dengan minuman kegemaran anda pada setiap pagi, memberikan
rasa kenyang yang lebih lama. Tidak perlu sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusukan anak :
Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping
digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman
susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis :
Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam
darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka :
Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus,
gebu dan berseri-seri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!

DAN…. lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. In sha Allah!

Kesimpulannya, ESP Sh@klee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.
Bagaimana, anda berminat nak cuba ambil ESP yang enak, berkhasiat, selamat lagi berkesan ni? Hubungi saya segera!
Jom dapatkan ESP daripada akak dengan harga mampu milik, sekarang!! 
Hubungi akak untuk sebarang pertanyaan, pesanan produk dan konsultasi
secara percuma dan berterusan.
Shaklee Distributor : 1118070 untuk Negeri Melaka dan Seluruh Malaysia.
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)
COD (Cash On Delivery) : Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau
Gadung, Cheng, Malim, Pokok Mangga, Tanjung Kling, Tangga Batu, Bukit Rambai,
Klebang, Limbongan, Tengkera, Bachang dan sekitar Bandar Melaka.
**Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Terima kasih.
Salam sayang, Aini…..

** Produk-produk Shaklee adalah Makanan Kesihatan, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Anda yang mengalami masalah kesihatan, digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar perubatan terlebih dahulu.




You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...