9 Makanan Berkhasiat Untuk Merangsang Dan Meningkatkan Fungsi Otak Bagi Meningkatkan Daya Tumpuan.

0 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Memang tidak dinafikan terdapat banyak kaedah dan makanan,yang boleh merangsang otak untuk berfungsi pada tahap optimum. Kita perlu sedar bahawa, otak yang sihat dan cerdas akan mempengaruhi badan dan aktiviti seharian kita.

9 Makanan Berkhasiat Untuk Merangsang Dan Meningkatkan Fungsi Otak Bagi Meningkatkan Daya Tumpuan.
Apa yang kita makan setiap hari, sangat mempengaruhi dalam menentukan kesihatan otak kita. Terdapat beberapa jenis makanan tertentu yang dapat meningkatkan fungsi otak kita. Selain meningkatkan fungsi otak, ia juga dapat membantu mencegah berbagai jenis penyakit yang berkaitan organ-organ penting dalam badan. Pengambilan diet yang seimbang yang kaya dengan nutrisi penting akan menjadikan otak sihat dan dapat berfungsi dengan baik.

Berikut adalah 9 makanan yang baik untuk merangsang dan meningkatkan kesihatan dan fungsi otak kita.

1. Ikan Berminyak :
Ikan berminyak seperti ikan salmon, tuna, makarel, hering dan sebagainya mengandungi asid lemak Omega 3 dengan jumlah yang banyak, yang sangat penting untuk meningkatkan fungsi otak kita. Asid lemak berperanan untuk meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak, yang akhirnya meningkatkan kesihatan otak secara keseluruhan.

2. Telur Setengah Masak :
Telur setengah masak kaya dengan nutrisi, sangat baik untuk keperluan nutrisi harian badan kita. Dua biji telur setengah masak merupakan sumber Choline yang sangat tinggi. Choline adalah unsur yang sangat baik untuk meningkatkan memori dan daya ingatan kita.

9 Makanan Berkhasiat Untuk Merangsang Dan Meningkatkan Fungsi Otak Bagi Meningkatkan Daya Tumpuan.
3. Kekacang :
Selain ikan berminyak, kekacang juga adalah sumber terbaik kedua, asid lemak Omega-3, Omega-6, Folat, Vitamin E dan Vitamin B6. Kacang kenari (walnuts), badam, kacang tanah dan kacang hazel mengandungi lemak baik yang membantu mencerdaskan otak. Asid lemak esential dalam kacang akan memastikan pengaliran darah yang lebih baik, untuk kesihatan otak kita.

4. Coklat : 
Coklat asli yang dihasilkan dari 60% koko (dark chocolate) merupakan sumber gizi yang baik, terutama untuk otak. Kajian yang dilakukan mendapati biji coklat yang sudah tua dapat membantu mencegah daripada penurunan kognitif dan demensia (kumpulan penyakit dengan gejala-gejala yang mana mengakibatkan perubahan dalam cara berfikir dan berinteraksi dengan orang lain, contohnya Alzheimer).

5. Brokoli :
Brokoli merupakan sejenis sayuran yang paling berkhasiat di dunia, kaya dengan Vitamin C, Vitamin K dan Kolin, yang juga merupakan makanan terbaik untuk otak. Kolin sangat penting untuk menjaga kesihatan neurotransmitter dan meningkatkan daya ingatan. Vitamin K pula meningkatkan daya kognitif.

6. Biji Labu Kuning :
Kuaci atau biji labu kuning kaya dengan mineral Zink, iaitu mineral yang meningkatkan kekuatan memori otak kita. Selain meningkatkan kekuatan memori otak, Zink juga sangat penting untuk menjaga kesihatan otak secara keseluruhan.

9 Makanan Berkhasiat Untuk Merangsang Dan Meningkatkan Fungsi Otak Bagi Meningkatkan Daya Tumpuan.
7. Blueberry : 
Buah bulat kecil yang berwarna biru ini, mengandungi seribu manfaat yang baik untuk kesihatan. Ianya sangat kaya dengan vitamin dan antioksida yang bermanfaat untuk kecerdasan otak. Pengambilan blueberry setiap hari, dapat meningkatkan daya ingatan serta menghalang kemerosotan memori disebabkan oleh faktor usia. Kajian yang dilakukan mendapati, antioksida yang terkandung dalam buah blueberry, bermanfaat untuk menghilangkan radikal bebas dan menurunkan stres oksidatif yang berkait dengan otak.

8. Biji Rami (flaxseed/linseed) :
Komponen nutrisi dari Biji Rami yang paling utama adalah, Asid Lemak Omega-3, Lignan (antioksida) dan Serat (fiber). Kandungan nutrisi yang lengkap ini menjadikan Biji Rami dikategorikan sebagai Superfood. Omega-3 adalah lemak 'baik' yang dapat menyihatkan jantung, otak dan organ-organ dalaman badan yang lain. Pengambilan 1 hingga 2 sudu teh biji rami setiap hari, bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan otak secara keseluruhannya.

9. Tomato :
Tomato sangat kaya dengan zat antioksida iaitu Lycopene, yang berupaya melawan radikal bebas dan menghilangkannya dari badan. Tomato berupaya mencegah kerosakan otak akibat stres oksidatif. Ini adalah sangat baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan, termasuk mencegah kehilangan ingatan dan Alzheimer.

Diet Sihat.
Walaupun kita telah mengamalkan kesemua makanan di atas, jika daripada segi pengambilan makanan utama tidak seimbang, ini akan menyebabkan badan kita tidak dapat menyerap khasiat makanan tersebut secara optimum, seterusnya akan menjadikan otak tidak dapat berfungsi secara optimum juga.

gambar supplemen utk otak

Supplemen Harian.
Badan kita memerlukan supplemen daripada luar iaitu Vitamin dan Mineral yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Vitamin dan mineral daripada makanan sahaja adalah tidak cukup untuk menampung keperluan harian badan kita, kerana kebanyakkan makanan masa kini, sudah kurang nutrisinya akibat daripada pencemaran dan proses penyediaan yang menghapuskan kebanyakkan nutrisinya. So, suka atau tidak, kita perlu juga ambil supplemen demi kesejahteraan tubuh badan dan otak kita.

*Supplemen untuk kesihatan otak yang terbaik adalah : Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E,
Beta-Carotene dan Magnesium.


Demikian beberapa makanan yang bagus untuk kesihatan otak kita. Semoga informasi ini bermanfaat untuk kita semua. Jom kita amalkan bersama-sama ye.

(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Sekitar Taman Asean, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Pokok Mangga, Limbongan, Bachang, Tengkera, Klebang.

**Penghantaran Melalui Pos Untuk Seluruh Malaysia.


Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...