About Me

/
0 Comments
About Me

Alhamdulillah…..Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.

Di ruangan ini, saya ingin berkongsi serba ringkas tentang biodata saya. Nama penuh saya adalah Aini binti Musa. Saya anak jati Melaka. Merupakan anak sulung daripada lapan adik beradik.

Pencapaian akademik setakat SPM saja dan kini bertugas sebagai Pembantu Makmal C22 (KUP) di SMK Malim, Melaka.
Saya merupakan isteri kepada En. Mohd Jelani bin Yusop dan ibu  kepada 5  orang permata hati kami iaitu seorang puteri dan 4 orang putera. Yang sulung perempuan, kini sudah berusia 23 tahun, sedang menuntut di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Bakal seorang guru Bahasa Inggeris, In sya Aallah…..

Anak kedua lelaki, berusia 20 tahun, kini sedang menuntut di UITM Shah Alam, Selangor. Jurusan Masscomm Jurnalisme. Anak ketiga, keempat dan kelima masih bersekolah. Alhamdulillah…….

Kami  sekeluarga telah menggunakan produk Shaklee semenjak awal tahun 2013. Disebabkan keberkesanan Produk Shaklee yang selamat dan semulajadi, saya akhirnya jatuh cinta dengan produk Shaklee dan telah mengambil keputusan untuk menjadi ahli Shaklee secara sah pada Mac 2014.

Saya mula menulis blog hanya untuk berbisnes. Sebelum ni, langsung tak tau macamana nak buat blog. Anak kedua sayalah yang banyak membantu pada peringkat awalnya. Apabila mula serius dengan bisnes Shaklee, saya jadikan blog sebagai medium untuk berkongsi kebaikan produk shaklee disamping info-info kesihatan.

Melalui blog ini saya dapat berkongsi kebaikan dan keberkesanan produk Shaklee serta tip-tip kesihatan yang saya peroleh melalui pembacaan dan pembelajaran secara langsung atau tidak bersama dengan kawan-kawan semua. Diharap perkongsian di dalam blog ini dapat membantu diri saya dan rakan-rakan menjadi lebih sihat.

Saya amat teruja dengan vitamin Shaklee. Vitamin Shaklee memang sangat membantu kami sekeluarga untuk kekal sihat bertenaga, malah dapat mencegah daripada pelbagai penyakit bahaya. Disebabkan itu juga saya ingin kongsikan kebaikan produk Shaklee dengan semua orang yang ingin sihat seperti saya.

Terima kasih pada semua yang selama ini membantu saya untuk jadikan blog ini sebagai sumber perkongsian informasi dan juga untuk menjana pendapatan.

Ingat  ya, “Kesihatan adalah Kebahagiaan”

Salam sayang, Aini…..


Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...