Apa Itu Kolagen : Bagaimana Ia Berfungsi Untuk Kesihatan Badan

1 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Apa Itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun dalam tiga rantai polipetida (monomer protein) yang dipilih bagi membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.


Apa Itu Kolagen : Bagaimana Ia Berfungsi Untuk Kesihatan Badan

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu, organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen, namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan IV :

* Kolagen I: Terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi.

* Kolagen II : Tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata.


* Kolagen III : Reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus dan rahim.


* Kolagen IV : Membentuk asas kepada sel memberan dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang), kanta mata atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.


* Kolagen V : Permukaan sel, rambut dan uri.


Fungsi Kolagen, Menghasilkan Asid Amino Penting Seperti :

* Lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.

* Hydroxyprolin - Memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang.


* Glisin - Melembapkan kulit.


* Alanin, Prolin dan Asparagin - Menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.


* Arginin - Memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.


* Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.


* Melindungan tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.


* Menegang, menganjal dan melembapkan kulit.


* Menampung air dalam tubuh.


* Meningkatkan penyerapan kalsium.


* Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.


* Meningkatkan isyarat induksi.


* Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.



Apa Itu Kolagen : Bagaimana Ia Berfungsi Untuk Kesihatan Badan
Kesan Kolagen Ke Atas Badan:
* Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
* Memelihara kelembapan kulit.
* Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang.
* Menguatkan otot dan tulang.
* Membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin).
* Memelihara kelenturan sendi.
* Mengurangkan keradangan (inflammation).
* Memberi tenaga.
* Membantu pola tidur.
* Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf.


Apa Itu Kolagen : Bagaimana Ia Berfungsi Untuk Kesihatan Badan

Kesan Kekurangan Kolagen Dalam Badan.
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45 - 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Ini bermakna, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Sebab itulah kolagen perlu diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembap kulit.

Tanda-tanda Penuaan.

* Kulit kusam.
* Tak bermaya.
* Tiada seri.
* Kulit kedut dan mula kendur.
* Pigmentasi kulit.
* Cepat letih dan lesu.
* Sakit badan dan sendi.
* Mudah lupa.
* Kurang penglihatan.

Kolagen Yang Diambil Sebagai Suplemen Makanan.

* Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung.

* Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit.


* Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal. Ia adalah dari jenis kolagen I.


* Berat molekul rendah daripada 1000 delton adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari binatang seperti lembu, kambing dan sebagainya yang seberat 400 000 delton.


* Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.


* Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian 'Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini.


* Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).


* Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan. Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan)


* Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan. Menyediakan asid amino bebas dan peptida.


* Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu, dan untuk mengekalkan fungsi sel.


* Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan.


* Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot. Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme. Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak.


* Lemak yang dibakar daripada peningkatan otot tanpa lemak, diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.


* Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tisu penyokong terutamanya pada sendi.


* Menampung cecair badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.


* Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan. Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.


* Mempercepatkan proses pemulihan kecederaan.


* Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental dan konsentrasi.


* Membantu membentuk dan menegangkan badan.


* Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.


* Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.


* Ia membantu menegangkan kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi yang berusia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan.


* Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.


* Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.






(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-643 6589 (for fast response)

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....




You may also like

1 ulasan:

  1. ▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

    ▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

    BalasPadam

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...