Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan Kita

0 Comments
بِسْÙ…ِ Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ِ Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َÙ†ِ Ø§Ù„رَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.....

Ramai yang berpendapat, menurunkan berat badan adalah mudah. Ya, ia mudah bagi mereka yang mengamalkan pemakanan seimbang secara sihat dan rajin bersenam. Walaubagaimanapun ia akan menjadi sukar apabila ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi berat badan. Jom kita terokai, apakah faktor-faktor tersebut.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan Kita

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan kita. Antaranya adalah : 
1. Faktor Keturunan.
Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kita kena kenal pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara kita yang obesiti. Obesiti yang disebabkan oleh faktor keturunan ini berkemungkinan susah untuk turunkan berat badan, kerana 10% masalah kegemukan adalah berpunca daripada faktor keturunan.

2. Jantina.
Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah jisim otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita pula mempunyai metabolisme yang rendah kerana secara umumnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Maka itulah lelaki lebih senang menurunkan berat badan berbanding wanita. Ini juga sebab kenapa kebanyakkan wanita terutamanya yang sudah berkhawin dan melahirkan anak, akan cepat gemuk dan sukar untuk turunkan berat badan mereka ke berat badan asal ketika zaman anak dara dulu.

3. Umur.
Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1 - 2kg setahun. Maka dengan itu, semakin meningkat usia, semakin kita perlu untuk menjaga pemakanan yang kita ambil setiap hari.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan Kita

4. Jenis Bentuk Badan.
Bentuk badan terbahagi kepada 2 jenis iaitu Epal atau Pear, di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme badan. Kadar metabolisme yang rendah menyukarkan penurunan berat badan.

* Bentuk Badan Epal : Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko iaitu mudah mendapat penyakit seperti jantung, diabetis jenis 2 dan kanser.

* Bentuk Badan Pear : Cenderung untuk menyimpan lemak di bahadian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat badan. Namun golongan ini mempunyai risiko yang rendah terhadap penyakit yang berkaitan berat badan.

5. Jisim Otot.
Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. Lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran kalori berlaku. Kadar purata lemak yang dibakar oleh otot ialah 35 - 50 kalori sehari.

6. Jisim Lemak.
Wanita mempunyai jisim lemak lebih banyak berbanding lelaki. Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Ini kerana lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.

7. Tabiat Bersenam.
Rajin bersenam, banyakkan berjalan, berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini adalah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot, untuk mengekalkan berat badan yang ideal.....

8. Tabiat Makanan.
Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat makan, seperti meninggalkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam, akan memperlahankan metabolisme. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri untuk makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak hanya pada waktu yang anda paling aktif. Elakkan sama sekali makan pada waktu lewat malam! Ambil makan malam seawal jam 6 petang, ini lebih bagus untuk mengekalkan berat badan yang ideal.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan Kita

9. Teori 'Set Point'.
Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'Set Point'. Teori ini mengatakan mekanisma dalaman badan mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai 'Set Point' yang lebih tinggi, susah untuk menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan hanya bertindak menurunkan berat badan sehingga 'Set Point' sahaja. Kita boleh mengubah 'Set Point' badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat badan secara perlahan, ini akan memberi masa kepada badan untuk ke 'Set Point' yang baru.

Selain daripada mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dan seimbang, rajin bersenam, pengambilan Set Vitamin Untuk Kurus Shaklee juga amat membantu dalam proses untuk penurunan berat badan. Vitamin bukan ubat, tapi memberi apa yang hak pada tempatnya. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua untuk faham situasi badan kita, dan apa yang kita perlu lakukan demi untuk mengekalkan berat badan yang ideal agar sihat sepanjang hayat. In sya Allah.....

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Konsultasi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin Beli Produk Terus Dari Shaklee dengan menggunakan Debit/Credit Card?


Klik BELI SEKARANG!

 Beli Sekarang

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsaap : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

**Penghantaran Secara Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...