Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

0 Comments

بِسْÙ…ِ Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ِ Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َÙ†ِ Ø§Ù„رَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Disahkan mendapat kencing manis (diabetis) ketika hamil memang amat merisaukan. Jangan pandang ringan akan perkara ini ye. Terdapat beberapa kes di mana, bayi meninggal dalam perut akibat dari penyakit ini. Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu :

* Mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga.
* Membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Terdapat 3 Jenis Diabetis Iaitu :
1. Diabetis Jenis 1 - Apabila pankreas tidak menghasilkan insulin.
2. Diabetis Jenis 2 - Apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi (atau pun insulin tidak dihasikan).
3. Diabetis Gestasi - Apabila insulin kurang dihasilkan ketika hamil.

Kencing manis (diabetis) semasa hamil di kenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM), merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada ibu hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetis, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta / uri (organ yang membekalkan zat makanan kepada bayi melalui tali pusat). Ini dikenali sebagai rintangan insulin.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan 'human placenta lactogen' akan menganggu pengeluaran insulin. Plasenta ibu akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyababkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka (GDM) akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Namun pesakit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetis pada kemudian hari nanti.


Bagaimana saya tahu jika saya menghidap diabetis gestasi?
Jika doktor menjangkakan ibu hamil menghidap (GDM), beliau akan meminta ibu menjalani ujian. Ujian yang disarankan untuk diagnosis (GDM) adalah ujian Toleransi Glukosa Oral atau 'Oral Glucose Tolerance Test' (OGTT) dan ujian ini dilakukan di antara minggu ke-24 dan minggu ke 28 kehamilan. Kemungkinan besar doktor juga akan menguji air kencing ibu, untuk mengesan gula pada setiap temu janji antenatal. Jika terdapat gula dalam air kencing ibu, ini mungkin tanda bahawa ibu hamil tersebut penghidap diabetis gestasi.

Biasanya, diabetis gestasi tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi ibu mungkin mengalami beberapa perkara berikut iaitu :
* Berasa keletihan.
* Berasa dahaga yang terlampau.
* Kerap buang air kecil.
* Kabur penglihatan.

Jika ibu mengalami sebarang simptom-simptom seperti di atas, sila maklumkan kepada doktor yang memeriksa anda.

Apakah Kesan Kencing Manis Pada Kehamilan Saya?
Ini adalah bergantung kepada bagaimana ibu hamil menjaga diri. Jika ibu dapat mengawal diabetis dengan sebaiknya, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk ibu dan bayi.

Masalah utama jika ibu mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah, ia akan merentasi plasenta ke bayi, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses bersalin menjadi agak sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran, seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Apa Cara Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Atau Mencegah Diabetis Gestasi?
Ibu hamil boleh mengurangkan risiko menghidap diabetis gestasi dengan cara :
1. Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang dengan pengambilan karbohidrat daripada sumber bijirin penuh, protein tanpa lemah dan lemak yang sihat.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

2. Rajin bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Terdapat banyak jenis senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, pilates, berenang dan berjalan.

3. Mengawal peningkatan berat badan. Pastikan peningkatan berat badan ketika hamil adalah terkawal, tidak naik secara mendadak.

4. Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan dan meningkatkan risiko menghidap diabetis gestasi. Maka ini adalah sebab yang bagus untuk berhenti.




Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Bagaimana Diabetis Gestasi Dirawat?
Dalam kebanyakan kes, ibu hamil boleh mengawal diabetis gestasi dengan mengubah diet dan selalu bersenam.

Doktor akan menasihatkan bagaimana cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan cara :
* Mengamalkan diet yang seimbang dan sihat.
* Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.

Doktor akan menerangkan bagaimana cara untuk memantau tahap gula dalam darah. Kemudian ibu bolehlah memeriksa sama ada perubahan yang dilakukan memberi kesan atau tidak.

Ibu akan ditawarkan imbasan ultrasound tambahan untuk memeriksa tumbesaran bayi dan jumlah cecair amnion.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Bagaimana Jika Diet Dan Senaman Masih Tidak Berkesan?
Kadang kala diabetis gestasi tidak dapat dikawal dengan diet seimbang dan senaman. Ini berlaku kepada kira-kira 10 hingga 20 peratus bakal ibu yang menghidap diabetis gestasi. Jika anda tergolong dalam kumpulan tersebut, anda perlu mengambil ubat untuk mengawalnya ataupun mengambil suntukan insulin.

Doktor akan ajar bagaimana cara menyuntik diri sendiri. Ini mungkin kedengaran agak menakutkan, tapi jika ibu dapat memastikan jumlah gula dalam darah berada dalam keadaan terkawal, ibu sedang melakukan yang terbaik untuk kesihatan diri dan bayi.

Selain itu ibu hamil juga adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan vitamin semulajadi yang selamat, bagi membantu mengawal, mencegah serta memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan terjaga, malah dapat menjadikan ibu lebih cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan.



Kesimpulannya.
Cara paling penting dalam mengatasi masalah kencing manis ketika hamil ialah dengan menerapkan gaya pemakanan yang sihat, seimbang dan sesuai untuk ibu hamil. Makanan dan minuman yang diambil mestilah rendah kandungan gula dan juga berupaya memberikan tenaga kepada ibu hamil. Amalkan juga gaya hidup yang sihat dan aktif.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Konsultasi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin Beli Produk Shaklee Terus Daripada Shaklee Dengan Menggunakan Debit / Credit Card?
Klik BELI SEKARANG!


 BELI SEKARANG

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Secara Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...