Tips Dapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat.

1 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Setiap dari kita ni sememangnya mengimpikan kulit yang bersih, sihat, cantik dan anjal . Tentunya setiap dari kita, tak kiralah lelaki ataupun wanita ni, ingin kan wajah yang bersih dan bebas daripada berbagai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan sebagainya. Jika tidak dilakukan pencegahan awal, jerawat pasti mudah timbul akibat dari beberapa faktor seperti aktiviti harian, tekanan, dan pengambilan makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang. Jerawat bukan saja menjadikan kulit wajah kita nampak hodoh, malah ia juga boleh menjadikan kita hilang keyakinan diri. Jadi, adalah sangat penting untuk kita menjaga kulit wajah dengan sebaiknya, agar dapat mengelakkan dari ditumbuhi jerawat.

Tips Dapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat.

Berikut saya kongsikan 10 Tips Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat :
1. Jangan Cuci Muka Secara Berlebihan.
Kulit yang kotor merupakan salah satu penyebab timbulnya jerawat. Namun begitu, mencuci muka dengan kerap boleh menjadikan kulit muka luka dan sensitif. Malah boleh menyebabkan jerawat menjadi semakin parah. Elakkan dari menggunakan scrub dan pencuci muka yang mengandungi tinggi kandungan bahan kimia dan cuci muka hanya 2 kali sehari dengan pencuci yang sesuai dan air yang bersih.

2. Pilih Pencuci Muka Yang Bebas Minyak.
Pencuci muka yang bebas minyak tidak akan menyebabkan liang roma tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, bintik putih mahupun jerawat. Pilih pencuci muka yang mempunyai label "oil free", dan cucilah muka dengan lembut.

3. Jangan Takut Untuk Makan Makanan Kegemaran Anda.
Ianya adalah mitos, di mana makanan yang berminyak dan coklat menyebabkan tumbuhnya jerawat. Jerawat terjadi apabila liang-liang roma pada wajah tersumbat oleh minyak, sel-sel kulit mati dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan. Kenalpasti makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat dan cuba elakkan makan makanan tersebut.

Tips Dapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat.

4. Minum Banyak Air.
Minum air masak dengan banyak supaya kulit sentiasa dihidrasikan. Makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan Vitamin A dan juga Vitamin E. Dua vitamin ni yang telah diketahui memberikan kebaikan dan khasiat kepada kulit kita. Sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan brokoli adalah kaya dengan Vitamin E. Buah-buahan dan sayuran yang berwarna pula, seperti lobak merah, buah pic, betik dan sebagainya adalah kaya dengan Vitamin A.

Tips Dapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat.

5. Jangan Gunakan Kosmetik Yang Berlebihan.
Elakkan kosmetik yang berasaskan banyak minyak. Macamana nak kenal pasti? Ikut panduan mudah ni. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan seperti bedak, berkemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Pastikan kita cuci muka, sebelum dan selepas 'makeup'.

6. Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Di Bawah Terik Matahari.
Cahaya matahari mengandungi sinar UV yang boleh menyebabkan kulit kita berisiko mendapat kanser, penuaan pramatang dan berkedut. Selain itu, penggunaan produk jerawat seperti retinoid topikal boleh menyebabkan kulit kita menjadi lebih sensitif jika berjemur di bawah matahari. Sayur bayam mengandungi 3 kali ganda lebih Vitamin C, Vitamin E dan Beta Karotin yang membantu melindungi kulit daripada sinar UV dan  

7. Gunakan 'Sunscreen' Bebas Minyak.
Gunakan 'suncreen' atau pelembab yang mempunyai 'sun protection factor' (SPF) 15, ataupun lebih tinggi lagi, yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan (UV B). Cari produk yang dilabelkan 'non-comedogenic' yang tidak menyumbat liang roma pada wajah.

8. Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka Anda.
Sekiranya rambut kita panjang, pastikan ianya diikat. Jangan biarkan rambut menutupi wajah yang berjerawat, kerana akan menjadikan jerawat lebih teruk. Rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang roma kulit wajah.

9. Jangan Sentuh Muka Dengan Tangan Yang Kotor.
Sentuh atau meraba muka dengan tangan yang kotor, menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan mencuci muka selepas berpeluh.

Tips Dapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat.

10. Jangan Picit Jerawat!
Jangan picit jerawat, kerana ia akan menjadi bertambah teruk malah boleh meninggalkan parut. Bersabar dan cuba tahan apabila mula nampak jerawat mula tumbuh.

Selain daripada mengamalkan 10 tip di atas, kita juga adalah digalakkan untuk mengambil supplemen tertentu untuk penjagaan kulit dari dalaman. Penjagaan kulit dari luaran, disertai dengan penjagaan dalaman, pasti akan mendapat hasil yang terbaik dan hebat!

Baca Sini << Vitamin Untuk Kulit Cantik Shaklee >>

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa jerawat yang hodoh dan menyakitkan. Jom dapatkan kulit sihat dan cantik tanpa Jerawat!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....


You may also like

1 ulasan:

  1. The Best 20 Babyliss Nano Titanium Bars - Technomat
    The 20 Babyliss Nano Titanium Bars titanium nipple barbells are our top 10 alternatives for low-cost titanium linear compensator alternatives. used ford edge titanium They're designed with a titanium vs ceramic flat iron very titanium watch band sensitive and high performance graphite.

    BalasPadam

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...