7 Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi

1 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Jerawat oh jerawat! Masa jerawat datang, susah sangat nak hilangkan. Bila dah hilang jerawat, ada pulak tinggalkan parut yang hodoh. Sedihnya, rasa hilang keyakinan diri, nak keluar rumah jumpa kawan pun malu. Jangan risau, jom cuba amalkan 7 cara mudah ni yang saya komplikasikan untuk kita sama-sama dapat hilangkan perut jerawat yang menganggu penampilan tu ye.


7 Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi

7 Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat :
1. Lidah Buaya (Aloe Vera).
Aloe Vera kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut jerawat secara beransur-ansur. Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak banyak-banyak. Lagipun tak perlu letak banyak, sikit pun dah cukup. Aloe Vera yang sudah diproses, boleh di dapatkan di pasaran, namun kalau gunakan yang asli adalah lebih bagus.

Caranya :
Patahkan daun lidah buaya tu, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi tu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

2. Baking Soda (Natrium Bikarbonat).

Baking Soda ni boleh dikatakan ada dalam dapur setiap rumah, sebab banyak kegunaannya. Selain untuk membuat kek, Baking Soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Baking soda akan menyerap masuk ke dalam pori kulit lalu membersihkannya dan juga menghalang jerawat baru dari naik.

Caranya :

Campurkan 2 sudu teh Baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat, biar pekat macam pes gitu. Oleskan pes ni ke kulit wajah, tempat yang banyak parut jerawat tu. Biarkan dalam 20 minit, cucilah sampai bersih. Lap muka dengan kain bersih dan sapukan pelembab wajah. Amalkan 2 hari sekali.

3. Minyak Kelapa Dara (Viggin Coconut Oil).
Minyak kelapa dara ni, terdapat banyak di pasaran. Ianya sangat berkhasiat berbanding dengan minyak kelapa biasa kerana cara penghasilannya yang menggunakkan cara 'cool press' perahan sejuk.

Caranya :

Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan dan biarkan suhu badan kita memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka kita dengan minyak tu, biarkan saja, tak perlu cuci. Ia akan bertindak memulihkan kulit muka kita dan menghilangkan parut jerawat. Kalau rasa rimas sebab melekit, biarkan setengah jam, kemudian cucilah dengan bersih.

4. Timun.
Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C dan magnesium. Semua nutrisi yang terbaik untuk kulit sihat dan cantik.

Caranya :

Hiris timun segar, tepekkan pada kulit wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. kemudian bilas dengan air biasa. Amalkan setiap hari sehingga parut jerawat hilang.

5. Madu.

Semua sedia maklum, bahawa madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakkan madu di pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Carilah madu lebah yang asli untuk mendapatkan kesan yang maksima.

Caranya :
Ambil sedikit madu lebah asli, urutkan ke kulit wajah, jangan banyak sangat sebab madu asli ni panas. Dah urut, biarkan saja, tak perlu cuci. Biarkan madu tu berkerja untuk memulihkan keserian wajah kita.


7 Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi

6. Lemon.
Lemon adalah asid alfa hidroksil yang semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan dan menghilangkan perut jerawat.

Caranya :
Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit yang jenis sensitif, cairkan sedikit dengan air sejuk. Kalau kulit biasa, tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke kulit wajah dan biarkan ia kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari, sehinga mendapat hasil yang memuaskan.

7. Ubi Kentang.
Jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan khasiat vitamin dan mineral. Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Caranya :
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tempekkan pada kulit wajah yang berparut. Boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit, kemudian bilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

Selain daripada menggunakkan bahan-bahan semulajadi untuk luaran, pengambilan vitamin-vitamin tertentu untuk kulit cantik adalah sangat digalakkan, sebagai rawatan dari dalam.

Baca Sini << Set Kulit Cantik Shaklee >>

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-643 6589.


Ingin dapatkan produk dengan harga ahli yang jauh lebih murah dan menjimatkan?

Jom join ahli shaklee dengan saya, sekarang!

Dengan kualiti produk yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mendaftar sebagai ahli shaklee. Selain anda dapat membuat pembelian produk dengan harga lebih murah, anda juga akan dapat banyak faedah yang lain, yang anda pasti sukakannya.

Hubungi saya Aini Musa 019- 643 6589 jika berminat mendaftar sebagai ahli Shaklee, kehadiran anda dalam keluarga Shaklee kami, amat dialu-alukan!


(SID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-643 6589 (for fast response)



Salam ceria, Aini.....



You may also like

1 ulasan:

  1. ▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

    ▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

    BalasPadam

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...