Permainan Blok Yang Membantu Merangsang Perkembangan Kanak-kanak

0 Comments
Assalamualaikum, selamat sejahtera.....

Permainan blok walaupun tidak secanggih permainan lain, tetapi sangat sesuai untuk dijadikan alat bagi merangsang perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. Blok yang didatangkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna, dapat dimanipulasikan oleh kanak-kanak dan ibubapa, bagi merangsang minda dan pembelajaran dari usia anak seawal peringkat bayi hingga ke tahap pra sekolah. Permainan yang juga begitu fleksibel ini membantu mengembangkan daya imaginasi kanak-kanak, apabila mereka dengan mudah dapat mempelbagaikan cara-cara bermain. Mereka bukan setakat belajar membina, malah kanak-kanak akan memahami konsep keseimbangan, konsep matematik, belajar mencipta sesuatu, belajar menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Permainan Blok Yang Membantu Merangsang Perkembangan Kanak-kanak
Harga permainan blok bergantung kepada kualiti dan kuantitinya. Semakin tinggi kualiti dan kuantitinya, semakin mahal harganya, namun ia berbaloi untuk dibeli , kerana permainan ini tahan lama dan boleh digunakan dari seorang anak ke seorang anak yang lain, asalkan kita menjaganya dengan baik, agar unit-unit bloknya tidak hilang. Bagi keluarga yang kurang berkemampuan, terdapat blok yang agak murah di pasaran yang anda boleh dapatkan.

Bagaimana Blok Membantu Merangsang Perkembangan Kanak-kanak?


Permainan Blok Yang Membantu Merangsang Perkembangan Kanak-kanak

1. Blok Untuk Perkembangan Sosial Yang Baik.
Permainan blok mendorong kanak-kanak berkawan dan bekerjasama di dalam sesuatu kumpulan. Mungkin permainan blok ini merupakan pengalaman pertama, kepada kanak-kanak yang masih kecil bermain dalam kumpulan, sedangkan bagi kanak-kanak yang lebih besar, ia mendidik mereka bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

2. Blok Untuk Perkembangan Fizikal Yang Sihat.
Permainan blok membantu perkembangan fizikal apabila kanak-kanak mengambil, menyusun dan memadankan blok untuk membina sesuatu. Mereka membina kekuatan pada jari dan tangan serta menambah daya koordinasi antara mata dan tangan.


Permainan Blok Yang Membantu Merangsang Perkembangan Kanak-kanak

3. Blok Untuk Perkembangan Minda Yang Cerdas.
Permainan blok membantu kanak-kanak belajar pelbagai konsep matematik seperti campur, tolak, darab dan bahagi, bagi kanak-kanak pra sekolah. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, mereka akan mempelajari perbendaharaan kata seperti warna, saiz, bentuk dan kedudukan. Bagi kanak-kanak sekolah pula, mereka mempelajari konsep graviti, keseimbangan geometri dan sebagainya.

4. Blok Untuk Perkembangan Daya Kreativiti Yang Cemerlang.
Permainan blok menyediakan peluang bagi kanak-kanak untuk membina sesuatu mengikut daya imaginasi masing-masing. Kanak-kanak akan mendapat kepuasan dengan hasil ciptaan mereka. Bagi menambah daya kreativiti ini, ibubapa hendaklah selalu bertanya dan meminta anak-anak menerangkan atau menceritakan tentang ciptaan mereka.

Apakah Jenis Permainan Blok Yang Sesuai  Mengikut Tahap Umur?
Permainan Blok Yang Membantu Merangsang Perkembangan Kanak-kanak
1. Untuk Peringkat Bayi.
Untuk bayi yang berumur di bawah 5 bulan, (belum boleh duduk), blok yang paling sesuai ialah blok yang besar, berwarna hitam dan putih, dan diperbuat daripada bahan yang agak ringan seperti plastik. Ibubapa boleh tunjukkan blok ini kepada bayi untuk merangsang penglihatannya. Sesetengah blok mempunyai bunyi bila digoncang, ini sesuai untuk merangsang pendengaran bayi.

Apabila bayi berumur 7 - 8 bulan, sediakan blog yang berwarna terang. Ketika ini, ibubapa sudah boleh mempelbagaikan aktiviti. Aktiviti-aktiviti ini bukan saja menyeronokkan bayi, malah boleh mengembangkan kosa kata bayi, apabila ibubapa menerangkan aktiviti yang dilakukan, seperti menyebut pelbagai warna blok, bentuk dan saiz blok, gambar-gambar dan nombor pada blok dan sebagainya. Apa yang penting ialah, mengunakan permainan ini untuk menerangkan pelbagai perkara kepada bayi. 

Selain dari itu, blok boleh digunakan untuk merangsang perkembangan fizikal bayi. Letakkan blok yang berwarna-warni jauh sedikit dari bayi, dan biarkan bayi merangkak untuk mendapatkan blok-blok tersebut. Ibubapa juga boleh membina sesuatu dari blok, dan membiarkan bayi meruntuhkan binaan tersebut, atau membantu bayi membaling blok tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini sebenarnya, mampu membina kekuatan pada otot-otot dan fizikan bayi.


Permainan Blok Yang Membantu Merangsang Perkembangan Kanak-kanak

2. Untuk Peringkat Toddler (kanak-kanak yang masih kecil).
Kanak-kanak yang berusia di antara 12 - 15 bulan biasanya lebih menggemari blok yang lembut (sama seperti bayi). Apabila berusia dalam lingkungan 15 bulan ke atas, ibubapa digalakkan memberi blok yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai nombor/huruf/gambar dipermukaannya. Blok kayu adalah lebih baik daripada blok plastik, kerana ia lebih berat dan mempunyai permukaan yang rata, serta tahan lebih lama. Ini memudahkan kanak-kanak untuk membina sesuatu daripada blok tersebut. Ibubapa perlu mempelbagaikan bentuk dan warna blok, tetapi pada peringkat ini adalah lebih baik memilih saiz yang agak besar, kerana kanak-kanak pada tahap ini belum boleh mengendalikan blok yang bersaiz kecil.

Di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan dengan blok ini ialah :
* Mengenalkan nombor/huruf/gambar. Perkenalkan satu atau dua huruf/nombor/gambar
   pada satu-satu masa.
*Mengangkut dan memunggah blok dengan 'truck' mainan.
*Menyusun blok, kemudian menggolekkan bola untuk meruntuhkan susunan blok tersebut.


Permainan Blok Yang Membantu Merangsang Perkembangan Kanak-kanak

3. Untuk Peringkat Pra Sekolah.
Kanak-kanak pra sekolah telah mampu mengendalikan blok-blok yang lebih kecil. Pada 
tahap ini, kanak-kanak pra sekolah sudah mampu membina sesuatu yang bermakna, daripada blok-blok tersebut, seperti membina masjid, hospital, rumah dan sebagainya. Ibubapa perlu menyimpan blok di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak. Selain dari blok, ibubapa digalakkan menyediakan permainan-permainan lain, seperti kereta mainan, binatang mainan dan sebagainya, untuk digunakan oleh kanak-kanak ketika mereka bermain blok. Semua ini akan meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti mereka.

4. Untuk Peringkat Kanak-kanak Sekolah.
Pada tahap kanak-kanak sekolah pula, mereka telah mampu membina sesuatu yang lebih canggih dan komplex daripada blok. Ibubapa perlu menyediakan blok yang lebih banyak, dari segi kuantiti dengan pelbagai bentuk, saiz dan warna, agar imaginasi dan kreativiti mereka untuk membina sesuatu yang lebih rumit semakin menyerlah.

Jadi sebagai kesimpulannya, permainan blok merupakan satu permainan yang baik, untuk perkembangan kanak-kanak di semua peringkat dan tahap umur, dari bayi hingga ke peringkat kanak-kanak sekolah. Permainan blok banyak membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik, asal saja ibubapa mengambil bahagian, memahami serta memberi peluang dan galakkan kepada anak-anak mereka.


Permainan Blok Yang Membantu Merangsang Perkembangan Kanak-kanak

Selain itu, untuk merangsang perkembangan minda yang sihat, ibubapa perlu memberi pemakanan yang berkhasiat dan seimbang kepada anak-anak. Untuk memastikan anak-anak mendapat nutrien yang cukup, selain daripada makanan seimbang, multivitamin juga adalah sangat penting untuk diberikan kepada anak-anak. 

Shaklee ada menyediakan beberapa vitamin yang terbaik untuk kanak-kanak. Kenapa shaklee? Kerana vitamin-vitamin shaklee, telah terbukti semulajadi, selamat dan berkesan. Ibubapa harus memilih vitamin-vitamin yang selamat seperti ini, demi kesihatan anak-anak untuk jangka masa yang panjang. 

Jika anda adalah ibubapa yang sangat prihatin kepada kesihatan anak-anak anda, dan ingin mendapatkan vitamin-vitamin yang hebat ini, hubungi kak Aini 019-6436589

Anda berminat untuk menjadi pengedar produk Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri, termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. 
Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


Pengedar Sah Shaklee Melaka : Aini Musa

(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

**Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...