CARA RAWATAN ALTERNATIF BAGI MEMBANTU MERAWAT TIROID

0 Comments
Assalamualaikum......salam sejahtera, salam ceria.....

Bila sebut je tentang penyakit tiroid, apa yang jelas difikiran kita adalah benjolan besar di bahagian leher kan. Memang betul, itu adalah tanda bagi menunjukkan tentang penyakit tiroid. Bagi orang yang tidak mengetahui akan kesan penyakit tiroid ni, akan menganggap penyakit ini biasa saja. Namun perlu diingatkan bahawa penyakit tiroid ini agak merbahaya sehingga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

Mengikut dari pembacaan dan beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar tempatan, wanita lebih mudah diserang penyakit tiroid berbanding lelaki, iaitu (4 : 1). Penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun dan ke atas, atas sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa hamil dan selepas bersalin.

Apa Itu Tiroid?

Tiroid merupakan satu kekenjar yang berbentuk rama-rama yang terdapat di bahagian leher kita. Fungsi kekenjar tiroid, adalah untuk mengawal metabolisma badan dengan melepaskan hormon yang dipanggil T3 dan T4.


Apa Itu Hormon T3 dan T4?

T3 adalah hormon triiodothyronine
T4 adalah hormon thyroxine

Bagaimana Mengawal Hormon Tiroid?

Otak kita merupakan organ yang mengawal kesemua sistem dalam badan. Ada satu bahagian di otak kita iaitu kekenjar pituitari yang akan menghasilkan hormon TSH (thyroid stimulating hormone). TSH ini akan merangsang kekenjar tiroid untuk merembeskan T3 dan T4. Bila T3 dan T4 cukup dirembeskan, secara automatik hormon ini akan menghantar isyarat ke otak untuk TSH 'berhenti' merembes. Kawalan pengeluaran hormon yang 'cantik' ini, tidak terlebih ataupun terkurang hormon dirembeskan akan memastikan sistem metabolisma badan kita normal.

Penyakit Tiroid Terbahagi Kepada Dua Iaitu :

1. Hypothyroidism (tiroid kurang ataupun tidak aktif)
2. Hyperthyroidism (tiroid terlebih ataupun terlajak aktif)



Apa Itu Hypothyroidism?

Hormon untuk T3 dan T4 kurang maka tahap metebolisma badan kita menjadi rendah.
     **Bila buat pemeriksaan darah, doktor akan dapat kenalpasti yang :
         - TSH adalah tinggi
         - T3 dan T4 adalah rendah
TSH menjadi tinggi disebabkan oleh T3 dan T4 tidak menghantar isyarat 'berhenti' kepada otak. Maka otak akan sentiasa menghasilkan TSH dengan menganggap badan tidak cukup T3 dan T4.

Tanda-tanda Hypothyroidism Adalah :

i.   Badan cepat letih disebabkan makanan yang diambil tidak mampu ditukar menjadi tenaga.
ii.  Hilang selera makan menyebabkan badan menjadi lenah.
iii. Berat badan mudah naik desebabkan metabolisma yang rendah.
iv. Akan mempengaruhi Kitaran Haid Yang Tidak Teratur, kulit kering dan juga rambut mudah
     gugur.

Punca Terjadinya Hypothyroidism Adalah :

1) Masalah Autoimmune.
    Keadaan di mana sistem antibodi badan menyerang sel-sel tiroid itu sendiri, menyebabkan sel mati
    dan tidak boleh berfungsi. Keadaan ini dipanggil 'Hashimoto'.

2) Kandungan Iodin Kurang Dalam Badan.
    Iodine yang cukup sangat penting untuk merembeskan hormon T3 dan T4 ke dalam darah.

3) Kandungan Dadah Dalam Ubat.
    Pengambilan sesetengah ubat menyebabkan fungsi tiroid menjadi kurang. Contohnya lithium dan
    amiodarone.

4) Thyroidectomy.
    Iaitu melakukan pembedahan untuk buang tiroid atas sebab tertentu. Bila tiada tiroid maka tiadalah
    T3 dan T4.

Apa Itu Hyperthyroidism?

Hormon untuk T3 dan T4 dirembeskan berlebihan sehingga menyebabkan metabolisma badan jadi sangat tinggi.
     ** Bila buat pemeriksaan darah, doktor akan dapat mengenalpasti yang :
          - TSH adalah rendah
          - T3 dan T4 adalah tinggi

Tanda - tanda Hyperthyroidism Adalah :

1) Autoimmune.
    Berlainan daripada keadaan hypothyroidism, di mana antibodi badan kita 'menyamar' menjadi
    TSH, lalu merangsang tiroid untuk menghasilkan lebih banyak T3 dan T4.

2) Toxic Multinodular Goitre / Single Toxic Nodule.
    Ada ketulan tiroid dalam badan yang menghasilkan T3 dan T4 dengan sendiri tanpa 'arahan' TSH.

3) Thyroiditis.
    Terjadinya jangkitan virus yang menyebabkan keradangan pada kelenjar tiroid. Biasanya kesan ini
    hanya sementara sahaja.

4) Kehamilan.
    Hormon semasa mengandung iaitu Beta HCG juga boleh merangsang hormon tiroid ini. Biasanya
    kesan ini hanya sementara sahaja.



Cara Rawatan Tiroid.

Bergantung kepada diagnosis yang dilakukan oleh doktor. Sesetengah kes memerlukan pembedahan. Ada juga yang hanya memerlukan pengambilan ubat-ubatan tertentu sahaja.
   
* Pembedahan.
Bagi yang melakukan pembedahan, biasanya tiroid akan dibuang dan pastinya tiada lagi T3 dan T4. Jika sebelum ini terjadi Hyperthyroidsm, maka selepas ini akan terjadi pula Hypothyroidism.

Bila terjadi Hypothyroidism, pesakit terpaksa mengambil ubat sebagai pengganti T3 dan T4 dan perlu pemantauan dengan kerap untuk elak dari terjadinya Hyperthyriodism. Memang agak memeningkan, terlebih dose ubat bahaya, terkurang dose ubat pun bahaya.

* Keradangan Tiroid.
Bila ada jangkitan kuman yang menyebabkan keradangan. Masalah tiroid akan hilang bila tiada jangkitan.

* Berkaitan Dengan Sistem Antibodi.
Ia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Salah satunya dengan pengambilan vitamin / supplemen.

Rawatan Alternatif Yang Boleh Membantu Merawat Tiroid.




Pesakit Hypothyroidism boleh mengambil Vita-Lea, Vita E Complex, Omega Guard dan B Complex (tidak boleh mengambil ESP)

Vita-Lea
- Multivitamin yang mempunyai semua vitamin baik seperti iodin, Vita A, D, E, B2, B3 dan Zink sangat sesuai untuk pesakit Hypothyroidism.
- Vita-Lea merupakan sumber iodin terbaik bagi menangani masalah penyakit Hypothyroidism.
- Vitamin A dan D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif).
- Vitamin B2, B3 dan B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid.
- Zink diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau T4 (hormon tiroid yang tidak aktif) dalam kelenjar   tiroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif).

Vita-E Complex
- Vitamin E mengandungi 10mg selenium semulajadi.
- Ia diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid.
- Penyebab hypothyroidsm adalah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam
  badan.
- Jika dapat kurangkan antibodi ni maka lebih banyak hormon dari kelenjar tiroid dihasilkan.



Pesakit Hyperthyroidsm boleh mengambil ESP, SR Vita C, Vita E Complex dan Ostermatrix. (tidak boleh mengambil Vita-Lea dan Alfalfa).

ESP SOY PROTEIN
- Mengandungi protein soya yang mempunyai estrogen.
- Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan
  paras hormon tiroid dalam badan.
- Sangat sesuai untuk pesakit Hyperthyrodism iaitu terlebih hormon tiroid. Tidak sesuai untuk pesakit
  Hypotiroidisme (kurang hormon tiroid).



VIVIX
- Vivix adalah antara suplemen yang paling sesuai dan sangat berkesan untuk membantu penyakit tiroid, tidak kira Hypothyroidism ataupun Hyperthyroidism. Vivix melindungi dan memperbaiki DNA badan yang telah rosak. Kandungan resveratrol dalam vivix boleh membantu untuk stabilkan hormon tiroid. Ini diperakui melalui kajian dan journal yang dikeluarkan iaitu Resveratrol and Thyroid Function di mana;

"Resveratrol dipercayai mengawal beberapa proses biologi, terutamanya metabolisme dan penuaan. Resveratrol juga mempengaruhi fungsi tiroid dengan meningkatkan perangkap iodida dan dengan meningkatkan rembesan TSH melalui pengaktifan laluan sirtuins dan phosphatidylinositol-4-fosfat 5 y kinase (PIP5Ky), yang mana memberi kesan positif kepada metabolisme."

Bagi pesakit tiroid, pemeriksaan secara berkala dengan pihak hospital sangat penting untuk pemantauan.

Testimoni Pesakit Tiroid


# Testimoni 1




# Testimoni 2



Walaupun kelihatan remeh, jika tidak dirawat boleh mengancam nyawa juga. Pengambilan suplemen sangat membantu untuk kestabilan hormon untuk jangka panjang.

Jika anda adalah salah seorang daripada penderita penyakit tiroid, dan ingin mencuba rawatan alternatif dengan pengambilan vitamin-vitamin shaklee, silalah humungi kak Aini 019-6436589 sekarang! Kak Aini akan bimbing anda cara pengambilan vitamin-vitamin shaklee yang betul agar mendapat kesan yang maksima dan semoga kesihatan anda akan dapat dikembalikan seperti sediakala. In sya Allah.....

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma boleh hubungi :

Aini binti Musa
Shaklee Distributor : 1118070 untuk Negeri Melaka dan Seluruh Malaysia.
Page : Vitavitamin shop
SMS/WhatsApp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Cheng, Pokok Mangga, Tanjong Kling, Tangga Batu, Bukit Rambai, Klebang, Limbongan, Tengkera, Bachang dan Sekitar Bandar Melaka.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.
Salam ceria, Aini.....



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...