Assalamualaikum......salam sejahtera, salam ceria.....

Bila sebut je tentang penyakit tiroid, apa yang jelas difikiran kita adalah benjolan besar di bahagian leher kan. Memang betul, itu adalah tanda bagi menunjukkan tentang penyakit tiroid. Bagi orang yang tidak mengetahui akan kesan penyakit tiroid ni, akan menganggap penyakit ini biasa saja. Namun perlu diingatkan bahawa penyakit tiroid ini agak merbahaya sehingga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

Mengikut dari pembacaan dan beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar tempatan, wanita lebih mudah diserang penyakit tiroid berbanding lelaki, iaitu (4 : 1). Penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun dan ke atas, atas sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa hamil dan selepas bersalin.

Apa Itu Tiroid?

Tiroid merupakan satu kekenjar yang berbentuk rama-rama yang terdapat di bahagian leher kita. Fungsi kekenjar tiroid, adalah untuk mengawal metabolisma badan dengan melepaskan hormon yang dipanggil T3 dan T4.


Apa Itu Hormon T3 dan T4?

T3 adalah hormon triiodothyronine
T4 adalah hormon thyroxine

Bagaimana Mengawal Hormon Tiroid?

Otak kita merupakan organ yang mengawal kesemua sistem dalam badan. Ada satu bahagian di otak kita iaitu kekenjar pituitari yang akan menghasilkan hormon TSH (thyroid stimulating hormone). TSH ini akan merangsang kekenjar tiroid untuk merembeskan T3 dan T4. Bila T3 dan T4 cukup dirembeskan, secara automatik hormon ini akan menghantar isyarat ke otak untuk TSH 'berhenti' merembes. Kawalan pengeluaran hormon yang 'cantik' ini, tidak terlebih ataupun terkurang hormon dirembeskan akan memastikan sistem metabolisma badan kita normal.

Penyakit Tiroid Terbahagi Kepada Dua Iaitu :

1. Hypothyroidism (tiroid kurang ataupun tidak aktif)
2. Hyperthyroidism (tiroid terlebih ataupun terlajak aktif)



Apa Itu Hypothyroidism?

Hormon untuk T3 dan T4 kurang maka tahap metebolisma badan kita menjadi rendah.
     **Bila buat pemeriksaan darah, doktor akan dapat kenalpasti yang :
         - TSH adalah tinggi
         - T3 dan T4 adalah rendah
TSH menjadi tinggi disebabkan oleh T3 dan T4 tidak menghantar isyarat 'berhenti' kepada otak. Maka otak akan sentiasa menghasilkan TSH dengan menganggap badan tidak cukup T3 dan T4.

Tanda-tanda Hypothyroidism Adalah :

i.   Badan cepat letih disebabkan makanan yang diambil tidak mampu ditukar menjadi tenaga.
ii.  Hilang selera makan menyebabkan badan menjadi lenah.
iii. Berat badan mudah naik desebabkan metabolisma yang rendah.
iv. Akan mempengaruhi Kitaran Haid Yang Tidak Teratur, kulit kering dan juga rambut mudah
     gugur.

Punca Terjadinya Hypothyroidism Adalah :

1) Masalah Autoimmune.
    Keadaan di mana sistem antibodi badan menyerang sel-sel tiroid itu sendiri, menyebabkan sel mati
    dan tidak boleh berfungsi. Keadaan ini dipanggil 'Hashimoto'.

2) Kandungan Iodin Kurang Dalam Badan.
    Iodine yang cukup sangat penting untuk merembeskan hormon T3 dan T4 ke dalam darah.

3) Kandungan Dadah Dalam Ubat.
    Pengambilan sesetengah ubat menyebabkan fungsi tiroid menjadi kurang. Contohnya lithium dan
    amiodarone.

4) Thyroidectomy.
    Iaitu melakukan pembedahan untuk buang tiroid atas sebab tertentu. Bila tiada tiroid maka tiadalah
    T3 dan T4.

Apa Itu Hyperthyroidism?

Hormon untuk T3 dan T4 dirembeskan berlebihan sehingga menyebabkan metabolisma badan jadi sangat tinggi.
     ** Bila buat pemeriksaan darah, doktor akan dapat mengenalpasti yang :
          - TSH adalah rendah
          - T3 dan T4 adalah tinggi

Tanda - tanda Hyperthyroidism Adalah :

1) Autoimmune.
    Berlainan daripada keadaan hypothyroidism, di mana antibodi badan kita 'menyamar' menjadi
    TSH, lalu merangsang tiroid untuk menghasilkan lebih banyak T3 dan T4.

2) Toxic Multinodular Goitre / Single Toxic Nodule.
    Ada ketulan tiroid dalam badan yang menghasilkan T3 dan T4 dengan sendiri tanpa 'arahan' TSH.

3) Thyroiditis.
    Terjadinya jangkitan virus yang menyebabkan keradangan pada kelenjar tiroid. Biasanya kesan ini
    hanya sementara sahaja.

4) Kehamilan.
    Hormon semasa mengandung iaitu Beta HCG juga boleh merangsang hormon tiroid ini. Biasanya
    kesan ini hanya sementara sahaja.



Cara Rawatan Tiroid.

Bergantung kepada diagnosis yang dilakukan oleh doktor. Sesetengah kes memerlukan pembedahan. Ada juga yang hanya memerlukan pengambilan ubat-ubatan tertentu sahaja.
   
* Pembedahan.
Bagi yang melakukan pembedahan, biasanya tiroid akan dibuang dan pastinya tiada lagi T3 dan T4. Jika sebelum ini terjadi Hyperthyroidsm, maka selepas ini akan terjadi pula Hypothyroidism.

Bila terjadi Hypothyroidism, pesakit terpaksa mengambil ubat sebagai pengganti T3 dan T4 dan perlu pemantauan dengan kerap untuk elak dari terjadinya Hyperthyriodism. Memang agak memeningkan, terlebih dose ubat bahaya, terkurang dose ubat pun bahaya.

* Keradangan Tiroid.
Bila ada jangkitan kuman yang menyebabkan keradangan. Masalah tiroid akan hilang bila tiada jangkitan.

* Berkaitan Dengan Sistem Antibodi.
Ia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Salah satunya dengan pengambilan vitamin / supplemen.

Rawatan Alternatif Yang Boleh Membantu Merawat Tiroid.




Pesakit Hypothyroidism boleh mengambil Vita-Lea, Vita E Complex, Omega Guard dan B Complex (tidak boleh mengambil ESP)

Vita-Lea
- Multivitamin yang mempunyai semua vitamin baik seperti iodin, Vita A, D, E, B2, B3 dan Zink sangat sesuai untuk pesakit Hypothyroidism.
- Vita-Lea merupakan sumber iodin terbaik bagi menangani masalah penyakit Hypothyroidism.
- Vitamin A dan D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif).
- Vitamin B2, B3 dan B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid.
- Zink diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau T4 (hormon tiroid yang tidak aktif) dalam kelenjar   tiroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif).

Vita-E Complex
- Vitamin E mengandungi 10mg selenium semulajadi.
- Ia diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid.
- Penyebab hypothyroidsm adalah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam
  badan.
- Jika dapat kurangkan antibodi ni maka lebih banyak hormon dari kelenjar tiroid dihasilkan.



Pesakit Hyperthyroidsm boleh mengambil ESP, SR Vita C, Vita E Complex dan Ostermatrix. (tidak boleh mengambil Vita-Lea dan Alfalfa).

ESP SOY PROTEIN
- Mengandungi protein soya yang mempunyai estrogen.
- Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan
  paras hormon tiroid dalam badan.
- Sangat sesuai untuk pesakit Hyperthyrodism iaitu terlebih hormon tiroid. Tidak sesuai untuk pesakit
  Hypotiroidisme (kurang hormon tiroid).



VIVIX
- Vivix adalah antara suplemen yang paling sesuai dan sangat berkesan untuk membantu penyakit tiroid, tidak kira Hypothyroidism ataupun Hyperthyroidism. Vivix melindungi dan memperbaiki DNA badan yang telah rosak. Kandungan resveratrol dalam vivix boleh membantu untuk stabilkan hormon tiroid. Ini diperakui melalui kajian dan journal yang dikeluarkan iaitu Resveratrol and Thyroid Function di mana;

"Resveratrol dipercayai mengawal beberapa proses biologi, terutamanya metabolisme dan penuaan. Resveratrol juga mempengaruhi fungsi tiroid dengan meningkatkan perangkap iodida dan dengan meningkatkan rembesan TSH melalui pengaktifan laluan sirtuins dan phosphatidylinositol-4-fosfat 5 y kinase (PIP5Ky), yang mana memberi kesan positif kepada metabolisme."

Bagi pesakit tiroid, pemeriksaan secara berkala dengan pihak hospital sangat penting untuk pemantauan.

Testimoni Pesakit Tiroid


# Testimoni 1




# Testimoni 2



Walaupun kelihatan remeh, jika tidak dirawat boleh mengancam nyawa juga. Pengambilan suplemen sangat membantu untuk kestabilan hormon untuk jangka panjang.

Jika anda adalah salah seorang daripada penderita penyakit tiroid, dan ingin mencuba rawatan alternatif dengan pengambilan vitamin-vitamin shaklee, silalah humungi kak Aini 019-6436589 sekarang! Kak Aini akan bimbing anda cara pengambilan vitamin-vitamin shaklee yang betul agar mendapat kesan yang maksima dan semoga kesihatan anda akan dapat dikembalikan seperti sediakala. In sya Allah.....

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma boleh hubungi :

Aini binti Musa
Shaklee Distributor : 1118070 untuk Negeri Melaka dan Seluruh Malaysia.
Page : Vitavitamin shop
SMS/WhatsApp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Cheng, Pokok Mangga, Tanjong Kling, Tangga Batu, Bukit Rambai, Klebang, Limbongan, Tengkera, Bachang dan Sekitar Bandar Melaka.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.
Salam ceria, Aini.....

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Haid tidak teratur ni sememangnya merungsingkan. Bulan ni datang, dua tiga bulan tak datang. Bulan berikutnya datang semula. Risau, risau.....kerana haid yang tak stabil ni menjadikan kita rasa macam tak sempurna seperti wanita lain. Ye lah kan, wanita lain tu setiap bulan datang haid, tapi tidak kita. Bagi yang sudah berkhawin pula, tentu menjadi lebih sukar untuk merancang bagi mendapatkan zuriat, bila terjadinya keadaan haid yang tidak stabil ni kan.


Masalah haid yang tidak teratur ini, bukanlah satu masalah kecil sebenarnya, walaupun nampak macam tak ada apa-apa. Masalah-masalah lain, seperti sukar hamil walaupun dah lama berkhawin, badan sering rasa letih lesu, emosi sering terganggu, sehingga menjejaskan hubungan suami isteri, merupakan kesan-kesan dari masalah haid yang tak teratur. Ini sangat membimbangkan. Justru itu kita perlu berusaha untuk mencari alternatif yang selamat bagi membantu merawat masalah tersebut.




Bagi individu yang beragama Islam, elok amalkan doa ini ketika hari pertama 
datang haid. Semoga bermanfaat.

Apakah Yang Sebenarnya Yang Dimaksudkan Dengan Kitaran Haid?
Kitaran haid adalah siri bulanan perubahan yang dilalui oleh badan wanita dalam persediaan untuk kehamilan. Setiap bulan, salah satu ovari melepaskan telur dan proses ini dipangil ovulasi. Pada masa yang sama, perubahan hormon menyediakan rahim untuk kehamilan. Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan, lapisan rahim akan luruh melalui faraj. Ini adalah satu tempoh di mana haid akan keluar.

Bagaimana Dikatakan Haid Stabil Atau Kitaran Haid Normal?
Kitaran haid, yang dikira dari hari pertama sesuatu haid dengan hari pertama akan datang, perlu diingat bahawa ianya tidak sama untuk setiap wanita. Aliran haid mungkin berlaku setiap 21 hingga 35 hari dan biasanya terjadi 2-7 hari. Untuk beberapa tahun pertama selepas haid bermula, kitaran haid yang panjang adalah perkara biasa. Walaubagaimanapun, kitaran haid cenderung untuk menjadi lebih pendek selari dengan peningkatan usia.

Kitaran haid juga dianggap normal bila tempohnya sama setiap bulan atau berbeza hari tapi masih datang setiap bulan. Sakit atau lenguh-lenguh badan ketika haid juga dianggap normal.

Bagaimana Pula Keadaan Haid Yang Tidak Teratur?
Kitaran haid yang tidak teratur bermakna tempoh di antara tempoh berbeza setiap bulan. Iaitu, kadang-kadang ia datang setiap 28 hari, kadang-kadang setiap 20 hari, kadang-kadang setiap 30 hari. Ada juga kes yang berbulan tak datang haid, kemudian datang semula. Dan ada berbagai-bagai lagi keadaannya.

Apakah Yang Menyebabkan Haid Tidak Stabil?
Kitaran haid yang tidak stabil ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor berikut :

1) Faktor kehamilan atau penyusuan bayi
    -   Tempoh haid yang lambat, memberi tanda awal kehamilan. 
    -   Menyusu bayi juga biasanya melambatkan kedatangan haid selepas bersalin.

2) Gangguan Pemakanan.
    -   Penurunan berat badan yang melampau atau senaman yang berlebihan.
    -   Gangguan pemakanan, sererti anaroksia nervosa.

3) Sindrom Polycystic Ovari (PCOS).
    -   Ini adalah gangguan hormon yang boleh menyebabkan cyst kecil untuk terjadi pada
        ovari dan haid yang tidak teratur.
    -   Wanita dengan PCOS mempunyai gangguan fungsi ovari kronik yang tidak normal dan
        tahap androgen yang luar biasa tinggi (hiperangrogenisme). Androgen adalah hormon
        seks lelaki.

4) Kegagalan Ovari Pra-matang.
    -   Kegagalan ovari pra-matang merujuk kepada kehilangan fungsi ovari yang normal
        sebelum usia 40 tahun, iaitu haid terhenti sebelum mencapai usia 40 tahun. Wanita
        yang mempunyai kegagalan ovari pra-matang mungkin mempunyai haid yang tidak
        teratur atau jarang dalam setahun.

5) Penyakit Keradangan Pelvis (PID)
    -   Jangkitan organ-organ pembiakan boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak
        teratur.

6) Fibroid Rahim.
    -   Fibroid rahim adalah ketumbuhan bukan barah rahim. Mereka boleh menyebabkan 
        pendarahan haid lebih banyak dan tempoh haid menjadi lama.

7) Gangguan Tiroid (Hyperthyroidism or hypothyroidism).
    -   Haid yang tidak teratur mungkin disebabkan oleh gangguan tiroid. Kelenja tiroid 
        menghasilkan hormon yang mempengaruhi metabolisme badan kita.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengatasi Masalah Haid Tidak Teratur?
Rawatan adalah bergantung kepada sebab kenapa haid tidak teratur. Dapatkan konsultasi
dan pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar sakit puan jika mengalami tempoh haid tidak
stabil yang lama. Buat UPT untuk mengetahui anda hamil atau tidak. Jika disebabkan oleh
hormon yang tidak stabil, PCOS ataupun fibroid, VIVIX dan GLA Complex adalah cadangan
supplemen untuk anda bagi membantu menstabilkan semula hormon dalam badan.




Vivix kaya dengan Resveratrol dan Polyphenols bagi membantu menangani pelbagai masalah kesihatan keseluruhan termasuklah menstabilkan hormon bagi membantu menangani masalah haid yang tidak teratur. In sya Allah.....




GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linoleik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk menstabilkan kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause.

Saya kongsikan di sini testimoni pengguna GLA untuk masalah haid tidak teratur.

# TESTIMONI 1

# TESTIMONI 2

Bagi masalah tiroid pula, rujuk doktor untuk nasihat lanjut bagi mengenalpasti jenis tiroid
yang dihidapi.

Bagi yang mengalami haid tidak teratur disebabkan oleh penurunan berat badan yang melampau, anda perlu kawal semula proses diet agar tidak memberi kesan yang boleh membahayakan tubuh badan.

Bagaimana untuk mendapatkan VIVIX dan GLA sebagai supplemen alternatif bagi membantu merawat masalah haid tidak stabil?

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk dan konsultasi secara percuma boleh hubungi kak Aini.


Shaklee Distributor : 1118070 untuk Negeri Melaka.


SMS / WhatsApp : 019 6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Melaka Sentral, Taman Asean, Pulau Gadung, Cheng, Malim, Batu Berendam, Tanjong Minyak, Bukit Rambai, Tangga Batu, Tanjong Kling, Klebang, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....


Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat masa kinimenyebabkan ramai wanita mudah terkena penyakit fibroid dan cyst. Ada kes yang telah pun menjalani pembedahan 
untuk membuangnya. Dan malangnya ada juga kes yang berulang dan terpaksa lakukan 
pembedahan untuk kali ke2 dan ada juga yang terpaksa buang terus rahimnya. Ini sangat 
menyedihkan......

Apakah itu Cyst/ Fibroid
Cyst/Fibroid merujuk kepada poket yang berisi cecair, bahan separa pejal atau gas. Antara 
yang lazim adalah cyst ovari. Ramai wanita yang menghidap cyst ovari ni, namun ramai 
yang tidak sedar akan kewujudannya sebab tidak ada simptom atau gejala yang jelas.

Sama seperti yang berlaku kepada kakak ipar saya, pada mulanya dia ingatkan senggugut 
biasa dan sakit pinggang akibat datang bulan, tapi agak pelik sebab darah keluar terlalu 
banyak. Bila pergi ke hospital dan buat pemeriksaan, rupa-rupanya dia ada cyst yang perlu 
dibedah segera kerana cyst tersebut dah besar dan betul-betul berada di pintu rahim beliau. 
Doktor beritahu terpaksa buang rahim sekali dan beliau terpaksa redha.....

Fobroid/Cyst ovari ini merupakan masalah pada sistem peranakan dan antara punca 
masalah ketidaksuburan dan juga sukar hamil.



Jenis-jenis Cyst/Fibroid :
Endometriosis
Terjadi bila tisu endometriosis melekat pada ovari dan memerangkap darah haid yang 
keluar setiap bulan. Lama kelaman ia akan membentuk cyst pada ovari dan menyebabkan 
sakit setiap kali datang haid dan semasa melakukan hubungan intim bersama suami.

Polycystic Ovaries (PCOS)
Ia terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepaskan telur (sel ovum) gagal menjadi 
matangdan bertukar menjadi cyst. Lama kelamaan lebih banyak cyst yang terbentuk 
dan memenuhi ovari.

Cystadenomas
Ia membentuk sel di atas permukaan ovari. Selalunya ia berisi cecair.

Dermoid Cyst
Cyst jenis ini mempunyai tisu yang sama dengan bahagian lain dalam badan termasuklah 
kulit, rambut dan gigi.

Cyst boleh dikesan dengan mudah melalui ultrasound tapi selalunya dikesan secara tak 
sengaja bila melakukan ujian Pap Smear. Rata-rata wanita sekarang ni menghidap cyst 
tapi yang tidak serius dan akan hilang dengan sendirinya.

Tapi jika anda menghidap endometriosis atau PCOS, ia mungkin menjadi punca anda 
tidak subur dan sukar hamil. Dan cyst ovari ini juga boleh bertukar menjadi kanser ovari.

Bagaimanakah Cara Merawat Cyst Ovari?
Selalunya doktor akan pastikan tahap cyst ovari tersebut. Kalau berada pada tahap 
terkawal doktor akan monitor je. Tapi kalau masih membesar dan semakin serius,
cyst akan dibuang melalui pembedahan. Rawatan hormon juga dilakukan untuk 
menyeimbangkan hormon dan mengelakkan pembentukan cyst.

Setelah disahkan ada cyst ovari atau fibroid, jika anda mencari rawatan alternatif untuk 
membantu mengurangkan simptom atau untuk membantu mengecutkan cyst dan fibroid 
tersebutSet vitamin shaklee Cyst Dan Fibroidadalah alternatif terbaik untuk anda. 
Ianya adalah sangat selamat dan berkesan. In sya Allah.....

Bagaimana Set Cyst Dan Fibroid ini dapat membantu anda?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan penyakit yang wujud sekarang ini 
adalah disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit 
termasuklah cyst dan fibroid yang mana berkemungkinan untuk menjadi kanser. Dengan 
pengambilan suplemen antioksidan, ia dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini dalam 
tubuh kita.



Bagaimana Vivix dan GLA membantu Cyst dan Fibroid?
Sebenarnya Vivix dan GLA adalah suplemen ataupun vitamin. Bukan ubat dan pastinya 
Vivix dan GLA tidak mengandungi bahan terlarang seperti dadah, iaitu di mana boleh 
bagi kesan buruk pada badan untuk jangka masa panjang.

Kandungan Vivix yang sangat tinggi antioksida membantu memperbaiki sel-sel badan 
yang telah rosak dan tidak mempu berfungsi sepenuhnya. Dan paling penting, Vivix 
membantu untuk buang kandungan toksin yang sangat-sangat tinggi di dalam organ hati, 
ginjal dan juga buah pinggang. Vivix bertindak untuk cuci ataupun sebagai agen detoks 
keseluruhan badan termasuk saluran darah kita. Vivix juga bertindak untuk meningkatkan 
tenaga kepada sel-sel badan yang telah lemah.

GLA Complex memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengecutkan 
cyst dan fibroid. GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon 
yangmengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal. Dengan 
menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat membantu untuk kecutkan 
cyst dan fibroid dengan mengawal keseimbangan hormon untuk mengelakkan 
pembentukan cyst dan fibroid baru sekaligus membantu merawat masalah cyst 
dan fibroid anda.

Bukan setakat Vivix dan GLA sahaja tetapi set vitamin Shaklee memang diperakui 
hinggakan ada landmark study. Malah doktor sendiri memperakui keberkesanan 
vitamin Shaklee kan.

Pengambilan Vitamin A (Carotomax)Vitamin C, dan Vitamin E yang merupakan 
anti-oksidan yang berkesan, juga dapat membantu badan kita untuk menentang 
radikal bebas ini dari terus menyerang sel badan kita, dengan izin Allah.

Jom kita tengok bagaimana Set ini membantu rakan-rakan yang menghidap cyst juga:

# TESTIMONI 1


# TESTIMONI 2

# DOA MERAWAT FIBROID

Alhamdulillah..... syukur kerana Set Fibroid dan Cyst Shaklee ini dapat membantu dalam 
menangani masalah penghidap Cyst dan Fibroid

Harga bagi Set ini adalah:
Vivix (150ml) – RM 475.00
GLA Complex (60 Biji) – RMRM91.25
Vitamin A (30 biji) – RM 74.00
Vitamin C (180 biji) – RM 92.50
Vitamin E (120 biji) – RM 149.00

Dengan pembelian Set Cyst dan Fibroid ini, anda akan dapat menikmati :
Keahlian PERCUMA bernilai RM68.90!
Harga yang jauh lebih MURAH!
Bonus pada bulan berikutnya!

Jika anda adalah salah seorang daripada penderita penyakit cyst atau fibroid, dan ingin 
mencuba rawatan alternatif dengan pengambilan vitamin-vitamin shaklee, silalah 
hubungkak Aini 019-6436589 sekarang! Kak Aini akan bimbing anda cara pengambilan 
vitamin-vitamin shaklee yang betul agar mendapat kesan yang maksima dan semoga 
kesihatan anda akan  dapat dikembalikan seperti sediakala. In sya Allah........

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk atau sesi kaunseling secara percuma 
boleh hubungi akak:

Shaklee Distributor : 1118070 untuk Negeri Melaka.
Sms/whatapps: 019 6436589 (for fast response)

#  Kawasan COD : Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Cheng, 
Malim, Pokok Mangga, Tanjong Kling, Tangga Batu, Bukit Rambai, Klebang, Limbongan, 
Tengkera, Bachang dan Sekitar Bandar Melaka.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih. 
Salam ceria, Aini…..

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...