بِسْÙ…ِ Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ِ Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َÙ†ِ Ø§Ù„رَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.....

Ramai yang berpendapat, menurunkan berat badan adalah mudah. Ya, ia mudah bagi mereka yang mengamalkan pemakanan seimbang secara sihat dan rajin bersenam. Walaubagaimanapun ia akan menjadi sukar apabila ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi berat badan. Jom kita terokai, apakah faktor-faktor tersebut.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan Kita

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan kita. Antaranya adalah : 
1. Faktor Keturunan.
Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kita kena kenal pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara kita yang obesiti. Obesiti yang disebabkan oleh faktor keturunan ini berkemungkinan susah untuk turunkan berat badan, kerana 10% masalah kegemukan adalah berpunca daripada faktor keturunan.

2. Jantina.
Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah jisim otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita pula mempunyai metabolisme yang rendah kerana secara umumnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Maka itulah lelaki lebih senang menurunkan berat badan berbanding wanita. Ini juga sebab kenapa kebanyakkan wanita terutamanya yang sudah berkhawin dan melahirkan anak, akan cepat gemuk dan sukar untuk turunkan berat badan mereka ke berat badan asal ketika zaman anak dara dulu.

3. Umur.
Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1 - 2kg setahun. Maka dengan itu, semakin meningkat usia, semakin kita perlu untuk menjaga pemakanan yang kita ambil setiap hari.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan Kita

4. Jenis Bentuk Badan.
Bentuk badan terbahagi kepada 2 jenis iaitu Epal atau Pear, di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme badan. Kadar metabolisme yang rendah menyukarkan penurunan berat badan.

* Bentuk Badan Epal : Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko iaitu mudah mendapat penyakit seperti jantung, diabetis jenis 2 dan kanser.

* Bentuk Badan Pear : Cenderung untuk menyimpan lemak di bahadian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat badan. Namun golongan ini mempunyai risiko yang rendah terhadap penyakit yang berkaitan berat badan.

5. Jisim Otot.
Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. Lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran kalori berlaku. Kadar purata lemak yang dibakar oleh otot ialah 35 - 50 kalori sehari.

6. Jisim Lemak.
Wanita mempunyai jisim lemak lebih banyak berbanding lelaki. Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Ini kerana lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.

7. Tabiat Bersenam.
Rajin bersenam, banyakkan berjalan, berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini adalah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot, untuk mengekalkan berat badan yang ideal.....

8. Tabiat Makanan.
Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat makan, seperti meninggalkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam, akan memperlahankan metabolisme. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri untuk makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak hanya pada waktu yang anda paling aktif. Elakkan sama sekali makan pada waktu lewat malam! Ambil makan malam seawal jam 6 petang, ini lebih bagus untuk mengekalkan berat badan yang ideal.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan Kita

9. Teori 'Set Point'.
Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'Set Point'. Teori ini mengatakan mekanisma dalaman badan mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai 'Set Point' yang lebih tinggi, susah untuk menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan hanya bertindak menurunkan berat badan sehingga 'Set Point' sahaja. Kita boleh mengubah 'Set Point' badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat badan secara perlahan, ini akan memberi masa kepada badan untuk ke 'Set Point' yang baru.

Selain daripada mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dan seimbang, rajin bersenam, pengambilan Set Vitamin Untuk Kurus Shaklee juga amat membantu dalam proses untuk penurunan berat badan. Vitamin bukan ubat, tapi memberi apa yang hak pada tempatnya. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua untuk faham situasi badan kita, dan apa yang kita perlu lakukan demi untuk mengekalkan berat badan yang ideal agar sihat sepanjang hayat. In sya Allah.....

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Konsultasi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin Beli Produk Terus Dari Shaklee dengan menggunakan Debit/Credit Card?


Klik BELI SEKARANG!

 Beli Sekarang

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsaap : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

**Penghantaran Secara Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....


بِسْÙ…ِ Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ِ Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َÙ†ِ Ø§Ù„رَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Disahkan mendapat kencing manis (diabetis) ketika hamil memang amat merisaukan. Jangan pandang ringan akan perkara ini ye. Terdapat beberapa kes di mana, bayi meninggal dalam perut akibat dari penyakit ini. Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu :

* Mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga.
* Membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Terdapat 3 Jenis Diabetis Iaitu :
1. Diabetis Jenis 1 - Apabila pankreas tidak menghasilkan insulin.
2. Diabetis Jenis 2 - Apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi (atau pun insulin tidak dihasikan).
3. Diabetis Gestasi - Apabila insulin kurang dihasilkan ketika hamil.

Kencing manis (diabetis) semasa hamil di kenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM), merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada ibu hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetis, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta / uri (organ yang membekalkan zat makanan kepada bayi melalui tali pusat). Ini dikenali sebagai rintangan insulin.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan 'human placenta lactogen' akan menganggu pengeluaran insulin. Plasenta ibu akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyababkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka (GDM) akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Namun pesakit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetis pada kemudian hari nanti.


Bagaimana saya tahu jika saya menghidap diabetis gestasi?
Jika doktor menjangkakan ibu hamil menghidap (GDM), beliau akan meminta ibu menjalani ujian. Ujian yang disarankan untuk diagnosis (GDM) adalah ujian Toleransi Glukosa Oral atau 'Oral Glucose Tolerance Test' (OGTT) dan ujian ini dilakukan di antara minggu ke-24 dan minggu ke 28 kehamilan. Kemungkinan besar doktor juga akan menguji air kencing ibu, untuk mengesan gula pada setiap temu janji antenatal. Jika terdapat gula dalam air kencing ibu, ini mungkin tanda bahawa ibu hamil tersebut penghidap diabetis gestasi.

Biasanya, diabetis gestasi tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi ibu mungkin mengalami beberapa perkara berikut iaitu :
* Berasa keletihan.
* Berasa dahaga yang terlampau.
* Kerap buang air kecil.
* Kabur penglihatan.

Jika ibu mengalami sebarang simptom-simptom seperti di atas, sila maklumkan kepada doktor yang memeriksa anda.

Apakah Kesan Kencing Manis Pada Kehamilan Saya?
Ini adalah bergantung kepada bagaimana ibu hamil menjaga diri. Jika ibu dapat mengawal diabetis dengan sebaiknya, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk ibu dan bayi.

Masalah utama jika ibu mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah, ia akan merentasi plasenta ke bayi, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses bersalin menjadi agak sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran, seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Apa Cara Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Atau Mencegah Diabetis Gestasi?
Ibu hamil boleh mengurangkan risiko menghidap diabetis gestasi dengan cara :
1. Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang dengan pengambilan karbohidrat daripada sumber bijirin penuh, protein tanpa lemah dan lemak yang sihat.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

2. Rajin bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Terdapat banyak jenis senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, pilates, berenang dan berjalan.

3. Mengawal peningkatan berat badan. Pastikan peningkatan berat badan ketika hamil adalah terkawal, tidak naik secara mendadak.

4. Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan dan meningkatkan risiko menghidap diabetis gestasi. Maka ini adalah sebab yang bagus untuk berhenti.




Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Bagaimana Diabetis Gestasi Dirawat?
Dalam kebanyakan kes, ibu hamil boleh mengawal diabetis gestasi dengan mengubah diet dan selalu bersenam.

Doktor akan menasihatkan bagaimana cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan cara :
* Mengamalkan diet yang seimbang dan sihat.
* Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.

Doktor akan menerangkan bagaimana cara untuk memantau tahap gula dalam darah. Kemudian ibu bolehlah memeriksa sama ada perubahan yang dilakukan memberi kesan atau tidak.

Ibu akan ditawarkan imbasan ultrasound tambahan untuk memeriksa tumbesaran bayi dan jumlah cecair amnion.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Bagaimana Jika Diet Dan Senaman Masih Tidak Berkesan?
Kadang kala diabetis gestasi tidak dapat dikawal dengan diet seimbang dan senaman. Ini berlaku kepada kira-kira 10 hingga 20 peratus bakal ibu yang menghidap diabetis gestasi. Jika anda tergolong dalam kumpulan tersebut, anda perlu mengambil ubat untuk mengawalnya ataupun mengambil suntukan insulin.

Doktor akan ajar bagaimana cara menyuntik diri sendiri. Ini mungkin kedengaran agak menakutkan, tapi jika ibu dapat memastikan jumlah gula dalam darah berada dalam keadaan terkawal, ibu sedang melakukan yang terbaik untuk kesihatan diri dan bayi.

Selain itu ibu hamil juga adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan vitamin semulajadi yang selamat, bagi membantu mengawal, mencegah serta memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan terjaga, malah dapat menjadikan ibu lebih cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan.



Kesimpulannya.
Cara paling penting dalam mengatasi masalah kencing manis ketika hamil ialah dengan menerapkan gaya pemakanan yang sihat, seimbang dan sesuai untuk ibu hamil. Makanan dan minuman yang diambil mestilah rendah kandungan gula dan juga berupaya memberikan tenaga kepada ibu hamil. Amalkan juga gaya hidup yang sihat dan aktif.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Konsultasi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin Beli Produk Shaklee Terus Daripada Shaklee Dengan Menggunakan Debit / Credit Card?
Klik BELI SEKARANG!


 BELI SEKARANG

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Secara Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....

بِسْÙ…ِ Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ِ Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َÙ†ِ Ø§Ù„رَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Kebanyakkan orang berpendapat, kurus itu cantik. Memang tidak dinafikan, orang yang memiliki bentuk badan dan berat yang ideal secara automatik dianggap cantik. Pakai pakaian apa sekali pun tetap nampak cantik kan. Namun begitu, harus ingat ye, kurus saja belum cukup untuk mentafsir ianya sebagai cantik jika kita tidak sihat dan sakit sana sini. Apa yang paling utama adalah, kita perlu sihat, kurus dan cantik secara seiring, barulah dapat menikmati kehidupan dengan bahagia..... Jadi di sini saya nak berkongsi beberapa cara untuk menguruskan badan secara sihat, selamat dan berkesan.


7 Cara Kuruskan Badan Secara Semulajadi, Selamat Dan Berkesan.

Cara Nak Kuruskan Badan.
Perkara yang paling utama dalam proses untuk menguruskan badan ialah kita mesti tahu status berat badan kita. Hubungan antara berat dan ketinggian dijelaskan dalam nombor yang dipanggil Indeks Jisim Badan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'Body Mass Index' (BMI). BMI digunakan secara meluas sebagai satu kaedah yang mudah, untuk menilai berat badan kita dan bagi menentukan status berat badan kita samada kita ni dalam kategori kurang berat badan, berat badan normal, berlebihan berat badan atau obesiti.

7 Cara Kuruskan Badan Secara Semulajadi, Selamat Dan Berkesan.

Bagaimana Mengira BMI?

Cara Pengiraan BMI : Berat badan (kg) / [Ketinggian (m) x Ketinggian (m)]

Berikut Ini Adalah Tanda Aras BMI Untuk Rujukan Kita Bersama :
BMI bawah 18.5     :  Kurang berat badan
BMI 18.5 - 24.9      :  Berat badan normal
BMI 25 - 29.9         :  Berlebihan Berat Badan
BMI 30 ke atas       :  Obesiti

Nota : Tanda aras di atas tidak boleh digunapakai jika ; Umur bawah 18 tahun dan lebih 64 tahun, ibu mengandung atau sedang menyusukan anak ataupun seorang ahli sukan yang aktif.

Setelah mengetahui BMI kita, barulah kita boleh fokuskan kepada cara-cara untuk menguruskan badan pula. Paling penting, tetapkan dalam minda bahawa semuanya boleh dicapai, termasuklah misi kuruskan badan! Berapa kilo pun berat badan yang kita nak kurangkan, pasti boleh dicapai dengan syarat kita jaga pemakanan dan hidup secara aktif dan sihat.

In sya Allah..... cara-cara kuruskan badan yang saya kongsikan ini, diharap dapat membantu kita semua untuk mencapai berat badan yang ideal secara sihat. Mungkin dah banyak kali dibaca, tetapi ia takkan berkesan jika kita hanya membaca tanpa ambil tindakan untuk mulakan gaya hidup yang lebih sihat!

Berikut adalah 7 cara untuk kuruskan badan secara sihat, selamat dan berkesan.
1. Tetapkan Matlamat Kita.
Contohnya tulis atas kertas besar-besar. Misi kita nak kuruskan badan 10% daripada berat kita sekarang dalam masa 6 bulan. 10% tu dalam 8kg, contohlah. Jadi, sekitar hanya 1.3kg sebulan. Mesti boleh punyalah kan..... Yakin boleh!

2. Turunkan Berat Badan Secara Konsisten.
Penting untuk tidak terlalu drastik dalam usaha untuk kuruskan badan kita. Disarankan untuk turunkan berat badan sekitar 0.5kg seminggu, atau 2kg sebulan.

3. Kawal Nafsu Makan.
Ini mungkin cabaran paling sukar! Makan bila perlu, kerap dan lebih sedikit bahagiannya, pada setiap kali waktu makan. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Kalau tak, nanti kita akan rasa tersangat lapar bila tiba waktu makan tengahari. Ini akan menjadikan kita makan berlebihan dari yang sepatutnya. Maka usaha kita untuk kurus akan terjejas. Rugi kan.....


http://vitavitamin.blogspot.my/2016/07/pengedar-shaklee-di-negeri-melaka.html

4. Kurangkan Makanan Bergoreng Dan Berlemak.
Bukan tak boleh makan langsung, tapi kurangkan! Boleh? Pilih cara memasak yang lebih sihat iaitu dengan cara kukus, rebus dan panggang. Masakan cara ini bukan saja sedap, malah kita akan rasa lebih sihat.

5. Lebihkan Makan Sayur.
Ulaman, sayuran dan buah memang sangat bagus dimakan untuk kesihatan. Kurangkan jumlah nasi dan lebihkan makan sayuran dan buah dalam diet harian. Mula-mula memang agak payah juga tekak nak terima, tapi bila dah selalu amalkan, pasti akan biasa dan mudah. Badan pun akan jadi lebih ringan, kurus dan sihat. Misi untuk kurus dan sihat pun akan tercapai.....

6. Kurangkan Makanan Dan Minuman Manis.
Gula sememangnya penyumbang yang besar kepada kegemukan. Secawan kopi + sesudu gula + 1/4 susu rendah lemak = 50 kalori. Minuman bergas pula lagi tinggi kandungan gulanya. Bayangkan jika kita ni penggemar minuman-minuman tersebut. Bukan setakat gemuk saja, malah boleh mendatangkan penyakit kencing manis tau. Jadi paling mudah, gantikan dengan air kosong yang 0 kalori. Lagipun, elok minum air kosong banyak, sebab boleh buang toksin dalam badan, sekaligus boleh jadikan kita semakin sihat.


7 Cara Kuruskan Badan Secara Semulajadi, Selamat Dan Berkesan.

7. Hidup Dengan Lebih Aktif.
Maknanya pastikan kita lebih banyak bergerak dalam aktiviti harian kita. Berjalan biarlah lebih banyak berbanding duduk sepanjang hari menghadap komputer. Luangkan masa untuk tingkatkan aktiviti harian dengan berjalan, berjoging, berzumba, menari seorang diri dalam bilik di rumah dan lain-lain aktiviti. Ini semua adalah cara untuk menguruskan badan kita secara selamat. Ini antara banyak cara lain untuk kita cuba dalam proses menguruskan badan. Ingat, tetapkan matlamat dalam masa 6 bulan.

Ambil masa untuk kembalikan kecergasan badan kita dengan aktiviti santai bersama keluarga. Ajak suami dan anak-anak untuk turut serta dengan aktiviti aktif kita. Pasti lebih seronok dan kurang tekanannya! Selamat mencuba dengan 7 cara kuruskan badan dengan sihat dan selamat! Paling penting sangat, kawal minum dan makan makanan manis.

Selain tu, pengambilan vitamin-vitamin tertentu seperti Set Vitamin Untuk Kurus Shaklee, adalah sangat membantu dalam proses kita nak kuruskan badan. 



Inilah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk kuruskan badan secara semulajadi, selamat dan berkesan. Miliki badan yang kurus, ideal dan sihat dapat meningkatkan keyakinan diri serta penampilan yang menarik. Jom sihat sepanjang hayat!

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Konsultasi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.


Ingin Beli Produk Terus Dari Shaklee dengan menggunakan Debit/Credit Card?
Klik BELI SEKARANG!


 BELI SEKARANG

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

**Penghantaran Secara Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....

بِسْÙ…ِ Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ِ Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َÙ†ِ Ø§Ù„رَّØ­ِيم 

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Betul ke kalau kita kurus, kita nampak cantik? Betul lah tu..... kalau kita lihat orang kurus berbanding orang yang gemuk, mesti kita kata yang kurus tu cantik kan..... Tapi saya nak tekankan di sini ye, selain cantik, yang paling utama adalah sihat! Apa guna badan nampak kurus dan cantik tapi sakit sana sini kan..... Biarlah kita kurus, sihat dan cantik, baru lah hidup rasa bahagia..... Betul tak?
Betul lah.....
Set Kurus Badan Shaklee Yang Selamat Dan Berkesan

Mendapat bentuk badan yang ideal, terutamanya bagi mereka yang berdepan dengan masalah kegemukan, adalah satu masalah yang sangat merungsingkan. Tapi jangan bimbang, Anda boleh mencuba Set Kurus Badan Shaklee yang telah terbukti selamat dan berkesan. Tak kenal maka tak cinta, cuba dulu baru tahu. Pengambilan secara konsistan dengan kawalan pemakanan dan sedikit senaman, pasti menjanjikan hasil yang terbaik.


Set Kurus Badan Shaklee Yang Selamat Dan Berkesan

Set Kurus Badan Shaklee ni bertindak dalam tiga cara iaitu :
1. BUANG.
Produk Alfalfa dan Herb-Lax bertindak membuang lemak dan toksin dalam badan. Herb-Lax turut memainkan peranan penting dalam sistem pelawasan yang berupaya merawat sembelit, mengempiskan perut dan membersihkan usus. Kita boleh pilih salah satu atau kedua-dua produk ini mengikut keperluan kita.

2. BAKAR.
Produk Lecithin dan Omega Guard bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolesterol. Lecithin mengandungi kolina, komponen yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Ia juga bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak. Kita boleh pilih salah satu daripada dua produk ini, mengikut keperluan kita. Omega Guard pula bertindak untuk membuang kolesterol bagi mengelakkan salur darah tersumbat, meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.

3. BINA.
Produk Cinch dan Soy Protein berfungsi untuk bina otot dan mengelakkan daripada otot mengelembeh. Kita boleh pilih salah satu daripada produk ini, mengikut kesesuaian.

Jadi tidak hairanlah, kombinasi produk-produk ini menjadi pilihan yang tepat dan hebat bagi membantu dalam proses menguruskan badan kita..... Selain kurus, tentunya kita nak sihat, cantik dan anggun gitu kan.....

Mana cukup dengan setakat kurus jer! Kita semua pastinya perlu memiliki lebih daripada setakat kurus, kerana perkara yang lebih penting adalah untuk sihat! Maka dengan ini jom dapatkan produk-produk ini yang berupaya bertindak seperti serampang dua mata, untuk menjadikan kita lebih kurus, sihat, cantik dan anggun secara selamat dan berkesan. 

Memang terdapat lambakan produk kuruskan badan di pasaran, namun kebanyakkannya adalah tidak selamat dan memudaratkan. Berbeza dengan Set Kurus Badan Shaklee, ia merupakan produk yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi. Pastikan kita menjadi pengguna bijak yang sentiasa memilih produk yang selamat, berkesan dan semulajadi demi untuk kesihatan yang berpanjangan. Jom le kita sihat sepanjang hayat!

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma dan berterusan, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

**Konsultasi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk 'customer' saya sahaja!

Ingin Beli Produk Terus Dari Shaklee dengan menggunakan Debit/Credit Card?
Klik <<BELI SEKARANG>>



Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia. 

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang, Pulau Gadung.

** Penghantaran Secara Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....

بِسْÙ…ِ Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ِ Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َÙ†ِ Ø§Ù„رَّØ­ِيم 

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Hari ni saya nak cerita tentang Perbezaan Antara Ubat (Medicine) Dengan Vitamin (Supplements).....
(amboi.....dah macam doktor lah pulak saya ni kan.....hahahahaha..... tapi yang pastinya saya bukan doktor ye, saya ni cuma seorang pencinta vitamin).


Memang ramai di kalangan kita yang masih keliru untuk membezakan antara ubat dan vitamin. Tak kurang juga yamg bertanya pada saya, perlu ke kita makan vitamin, kalau kita dah ambil makanan yang seimbang? Jawapan saya, mestilah YA, kerana badan kita tak boleh menghasilkan (sintesis) vitamin sendiri, kecuali Vitamin D (hanya perlukan cahaya matahari).
Apa Bezanya Antara Ubat (Medicine) Dengan Vitamin (Food Supplement)?

Dengan gaya hidup yang semuanya nak cepat, nak segera, selalu makan 'fast food', kadang-kadang tak sempat makan sebab sibuk dengan kerja, makan pun tak tentu masa, semua ini perlahan-lahan akan menjejaskan kesihatan kita tanpa kita sedari. Selain itu, makanan seimbang yang kita makan tu pun belum tentu dijamin cukup vitaminnya, kerana kebanyakkan bahan mentah seperti sayuran, buahan dan sumber protein, telah diubah genetiknya supaya cepat mendapatkan hasilnya dan banyak. Proses memasak juga memusnahkan banyak vitamin. Jadi apa sebenarnya yang kita makan? Cukupkah vitamin dari makanan yang kita ambil untuk keperluan harian kita?

Salah Faham Tentang Vitamin.
1. Vitamin (supplement) tu ubat ke?
TIDAK -----> Vitamin bukan ubat. Ubat terdiri daripada bahan jenis dadah yang 'asing' untuk tubuh badan kita. Vitamin pula adalah makanan tambahan yang berkhasiat untuk pembina tubuh yang diperlukan oleh badan kita.


Apa Bezanya Antara Ubat (Medicine) Dengan Vitamin (Food Supplement)?

2. Perlu ke kita ambil vitamin lagi, kalau dah makan makanan yang seimbang?
Bila diteliti semula diet harian kita, kebanyakkan yang kita makan tu HAMPAS sahaja. Ini kerana proses memasak telah memusnahkan vitamin-vitamin yang ada pada makanan tersebut. Kalau ada pun vitamin, cuma sedikit saja dan tidak cukup untuk menampung keperluan harian tubuh kita.

3. Adakah semua vitamin yang ada di pasaran tu sama saja?
TIDAK -----> Kebanyakan vitamin di pasaran adalah dari sumber sintetik. Vitamin dikategorikan kepada 3 jenis iaitu : sintetik, organik dan semulajadi. Vitamin yang terbaik adalah dari sumber yang semulajadi.

4. Adakah vitamin memberi kesan sampingan?
YA, sekiranya ia dari sumber sintetik. Vitamin dari sumber yang semulajadi TIDAK memberi kesan sampingan.

5. Adakah vitamin hanya diperlukan oleh orang yang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran?
TIDAK -----> Vitamin adalah untuk orang yang sedar akan kepentingan menjaga kesihatan.
~ Tahukah anda kebanyakkan rasa penat, letih, lesu, stress dan sebagainya adalah petanda anda kekurangan vitamin?
~ Tun Dr. Mahathir adalah seorang pengamal vitamin, cuba bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan buah fikirannya) dengan atuk kita yang seusia dengannya (yang tidak ambil apa-apa vitamin). Nampak kan..... bezanya.

Berikut adalah secara ringkas perbezaan di antara ubat dan vitamin, untuk kita jadikan sebagai panduan bersama. Jom baca!

Ubat (Medicine) VS Vitamin (Food Supplement).
1. Ubat (Medicine) - adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.

Vitamin (Food Supplement) - adalah nutrien berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kekurangan vitamin, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ dalam badan.

2. Ubat - merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan menganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzime.

Vitamin - adalah nutrien berkhasiat yang membantu tindakan biokimia dan proses enzime dalam tubuh badan kita.

3. Ubat - boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakkannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya.

Vitamin - tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos, ia hanya akan menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzime untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos.

4. Ubat - baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

Vitamin - bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian. Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang terbaik. Boleh diambil bersama makanan. Ia berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan.

5. Ubat - berkemungkinan boleh mengakibatkan maut jika digunakan secara berlebihan.

Vitamin - adalah selamat diambil. Tiada satu pun kenyataan yang tercatat mengenai bahayanya pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

6. Ubat - menghasilkan kesan sampingan kepada setiap orang.

Vitamin - tidak menghasilkan kesan sampingan kepada tubuh, kecuali jika kita mengalami kekurangan vitamin tersebut.

7. Ubat - bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam.

Vitamin - bertindak secara perlahan-lahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh.

8. Ubat - hanya mengurangkan kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi tidak merawat punca penyakit. Ianya hanya meredakan kesakitan, tapi tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. ** Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem. Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan 'Overdose'.

Vitamin - bertindak merawat terhadap punca penyakit, sekiranya ia digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu vitamin yang tertentu, menambah pengambilannya akan dapat mengatasi masalah kerosakkan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi. Tidak perlu pengawasan yang rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi.

9. Ubat - orang yang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda.

Vitamin - orang yang lebih tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah.

10. Vitamin - mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman, bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ dalaman badan.

Pendek kata, ubat diambil ketika kita sakit sahaja. Ia mengandungi dadah untuk merawat penyakit dengan cepat.

Sebaliknya Supplement boleh diambil pada bila-bila masa sahaja untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Supplement adalah Nutrien Yang Berkhasiat untuk membantu menyokong kesihatan sistem dalaman badan supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.


Apa Bezanya Antara Ubat (Medicine) Dengan Vitamin (Food Supplement)?
                                                "Jom Sihat Sepanjang Hayat"

Jika sistem badan kita berfungsi dengan baik dan semua organ dalaman badan mendapat khasiat yang sepatutnya, ia akan dapat mengelakkan pelbagai penyakit daripada bertandang. Senang cerita, "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati".

Semoga dengan penerangan di atas, sedikit sebanyak dapat membantu kita semua agar dapat mengenal pasti dan memahami tentang perbezaan antara Ubat dan Vitamin. 

** Vitamin bukan ubat, tapi ia memberi apa yang hak pada tempatnya.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....  

بِسْÙ…ِ Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ِ Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َÙ†ِ Ø§Ù„رَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Apa Itu Sistem Imun?
Sistem Imun adalah Sistem Kekebalan Tubuh untuk melawan penyakit. Sistem imun ada dalam diri kita sejak kita dilahirkan. Bukan manusia saja yang ada sistem imun tau, binatang dan tumbuhan juga ada sistem imun ni untuk melindungi mereka dari serangan musuh dari luar.


Tingkatkan Sistem Imun Badan Secara Semulajadi

Secara teknikal, sistem imun atau sistem kekebalan tubuh, adalah suatu sistem yang terdiri dari jaringan organ tubuh, tisu dan sel yang melindungi tubuh dari musuh seperti bakteria, kuman, virus, parasit dan pelbagai mikroorganisma lain.

Bukan itu saja, Sistem Imun juga dapat melindungi tubuh daripada serangan dari dalam tubuh sendiri. Sistem ini, mampu mempertahankan diri kita terhadap serangan pelbagai penyakit.


Tingkatkan Sistem Imun Badan Secara Semulajadi

Apakah Kepentingan Sistem Imun Terhadap Kesihatan?
Sistem Imun adalah sangat penting kepada kita. Ia merupakan tentera peribadi yang mengawal badan kita untuk menentang serangan dari musuh seperti bakteria, kuman, virus, parasit dan pelbagai mikroorganisma lain. Sistem Imun bertindak sebagai satu pertahanan terhadap jangkitan dan pertumbuhan sel tidak normal.

Selain melindungi kita dari jangkitan, sistem imun juga boleh mengurangkan keterukan jangkitan. Keupayaan sistem imun kita untuk mengigati serangan penyakit yang terdahulu, membuatkan kita lebih bersedia untuk berlawan dengan jangkitan-jangkitan serupa pada masa akan datang, membenarkan kita sembuh lebih cepat dan mencegah daripada menghasilhan masalah kesihatan yang lebih serius. Sistem Imun yang lemah akan membuatkan kita mudah dipengaruhi oleh beberapa serangan yang boleh menimbulkan huru-hara di dalam badan.

Terdapat tiga tahap pertahanan dalam sistem imun badan, iaitulah sistem organ, sel dan tisu di seluruh anggota badan kita. Adalah amat penting untuk memupuk kesemua 3 tahap perlindungan imun ini untuk membuatkan badan kita kuat dan sihat.

Tiga Tahap Perlindungan Imun.
1.  Tahap Pertama.
Peringkat pertama pertahanan adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut kita. Ia bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang mereka daripada memasuki badan kita.

2.  Tahap Kedua.
Apabila kuman berjaya melalui halangan yang pertama, mereka akan menemui pelbagai jenis sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi, yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan kita. Protein isyarat imun yang dipanggil Interferon, memainkan peranan yang penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindakbalas imun, untuk melindungi kita daripada serangan kuman.

3.  Tahap Ketiga.
Tahap pertahanan ini bertindakbalas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan mengingatinya. Sekiranya ia menyerang badan anda lagi, ia akan bertindakbalas dengan sewajarnya. Tindakbalas imun biasanya menyebabkan kerosakan yang serius kepada sel-sel kita. Untuk pulih dengan sendiri, sel-sel kita memerlukan Resveratrol dan Polifenol bagi pemulihan sel yang lebih cepat.

Secara umumnya, mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengurusan tekanan yang baik, dilengkapi dengan diet yang berkhasiat dan seimbang, dan disokong pula oleh makanan tambahan yang diperlukan, semua ini adalah gambaran pendekatan holistik dalam menjaga dan meningkatkan sistem imun kita, untuk perlindungan yang maksimum kepada badan kita.


Tingkatkan Sistem Imun Badan Secara Semulajadi

Apakah Nutrien Yang Dapat Merangsang Sistem Imun Badan Kita ?
1.  Protein.
Protein berperanan menguatkan dan menyihatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan. Shaklee menyediakan protein yang terbaik iaitu protein dari tumbuhan. Energizing Soy Protein (ESP) adalah protein dari tumbuhan iaitu kacang soya tanpa GMO.

2.  Vitamin Dan Mineral.
Vitamin dan mineral atau multivitamin, berperanan untuk membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun. Shaklee juga menyediakan Multivitamin Vita-Lea Iron Formula yang lengkap dengan nutrisi untuk keperluan harian. Setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi lengkap tang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.

3.  Omega 3.
Omega 3 terbukti dapat membantu untuk mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan, dan gerak balas imun yang terlalu aktif. Untuk omega 3, shaklee menyediakan Omega Guard. Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk. Omega merupakan minyak ikan paling tulin di dunia, yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 yang semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA  dan banyak lagi. Omega Guard membekalkan 905mg asid- lemak omega-3 EPA dan DHA.

4.  Biji Labu, Biji Plantago, Bunga Safflower, Honeysuckle Jepun.
Telah terbukti secara semulajadi meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada peringkat sel. Shaklee Nutriferon merupakan satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Ia diekstrak daripada biji labu, biji plantago, bunga safflower dan honneysuckle Jepun. Nutriferon mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semilajadi interferon tubuh. Ia telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

5.  Karotenoid.
Karotenoid berperanan menutralkan radikan bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih. Shaklee Carotomax membekalkan 13mg karotenoid yang diekstrak daripada rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan.

6.  Bawang Putih.
Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Garlic Complex dari Shaklee dibuat daripada bawang putih permium, yang bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik. Mengandungi 100% Allicin aktif, setiap 2 biji tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen.

7.  Vitamin C.
Vitamin C adalah sangat penting dalam Sistem Imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih untuk mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing. Shaklee SR Vita-C Plus adalah vitamin C yang terbaik. Setiap tablet SR Vita-C Plus mengandungi bersamaan 7.5 biji buah oren termasuk kulitnya dan membebaskan 1.5 Vitamin C ke dalam tubuh kita pada setiap jam.

8.  Resveratrol Dan Polifenol.
Resveratrol dan Polifenol meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki dan melindungi sel-sel badan hingga ke peringkat DNA. Shaklee memperkenalkan Vivix, produk Revolusi Anti-Penuaan. Kajian klinikal menunjukkan ramuan aktif Vivix memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap sellular.
* Melindungi dan membaiki sellular DNA.
* Memberi impak positif kepada pengawalan genetik.
* Menggalakkan biogenesis mitochondria.
* Melambatkan pembentukkan protein AGE (Advanced Glycation End products).

Meningkatkan Sistem Imun adalah sangat penting untuk kesihatan kita yang berpanjangan. Di Shaklee ada menyediakan beberapa vitamin yang sangat berkualiti untuk meningkatkan Sistem Imun kita. Vitamin-vitamin tersebut adalah :
1. Energizing Soy Protein (ESP).
2. Multivitamin Vita-Lea Iron Formula.
3. Omega Guard.
4. Nutriferon.
5. Carotomax.
6. Garlic.
7. Sustained Release Vita C 500mg.
8. Vivix.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan,  pembelian produk atau konsultasi secara percuma, bileh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Anda juga boleh membuat pembelian terus ke Shaklee. Klik Beli Sekarang.




Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi Pengedar Shaklee, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

**Penghantaran Melalui Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...