Advanced Joint Health Tablet Sh@klee 

Membantu Melegakan Sakit Sendi.

Sakit sendi seperti sakit sendi lutut, sakit sendi pinggang, sakit sendi bahu, sakit sendi jari dan lain-lain menyebabkan anggota tubuh di bahagian tersebut berasa tegang, lenguh, bengkak dan sakit yang tak terperi. Lebih kasihan lagi apabila melihat atuk, nenek, ibu dan bapa menahan kesakitan akibat sakit sendi yang terlampau, sehingga terpaksa menelan pain killer. Pain killer hanya bertindak mengurangkan rasa sakit, bukan merawat sakit sendi. Pain killer jika digunakan dalam tempoh yang panjang berisiko merosakkan organ dalaman.

Sakit sendi bukan saja menyerang orang yang dah berumur. Yang muda pun tak terkecuali, apabila berat badan berlebihan. Atau penggunaan sendi yang berlebihan seperti ahli sukan. Bayangkanlah kalau sakit sendi. Nak jalan pun susah, apatah lagi nak buat aktiviti lain.


ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (60 tablets)

Dengan menggunakan Advanced Joint Health Tablet Sh@klee, yang lebih selamat, 100% semulajadi dan terbukti berkesan malah amat sesuai untuk vegetarian bagi memperbaiki struktur sendi dan tulang anda seawal 5 hari sahaja. Advanced Joint Health Tablet Sh@klee merupakan pilihan yang tepat untuk menjaga kesihatan otot sendi dan tulang yang berpanjangan. 

Hasil ujian klinikal mendapati Ekstrak Boswelia dalam Advanced Joint Health Tablet Sh@klee berkesan dalam masa 5 hari bagi mengatasi sakit sendi dan tulang serta lebih berkesan daripada produk sakit sendi terkemuka di pasaran.


10 Kebaikan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) 

1. Menyokong keselesaan sendi.

2. Membantu kekalkan tulang rawan.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat.

4. Melancarkan pergerakan harian.

5. Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau).

6. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan.

7. Anti radang semulajadi.

8. Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi.

9. Memberi kekuatan kepada struktur sendi.

10. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.

Kelebihan Advanced joint Health Tablet Sh@klee 

1.   31% Pergerakan menjadi lebih mudah berbanding sebelum menggunakannya. 
2.   41% Pergerakan menjadi lebih selesa dan digemari ramai... 
3.   Bebas kondroitin sulfat (kondroitin sulfat mengganggu glukosamina). 
4.   Formulanya berasaskan 100% sayuran. Sangat sesuai untuk vegetarian. 
5.   Mengandungi Vitamin C. 
6.   Mengandungi Zink, Tembaga dan Mangan. 
7.   Mengandungi ekstrak Boswellia. 

Rasailah sendiri perbezaan sebelum dan selepas menggunakan Advanced Joint Health Tablet Sh@klee, anda pasti tersenyum dan gembira dengan keberkesanannya dalam membantu mengatasi masalah sakit sendi anda.




Kesihatan Anda, Keutamaan Kami.

Anda Sihat, Anda Bahagia.

Sebarang maklumat lanjut @ pembelian, sila hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor (1118070)

Pls. Call / Msg / Whatsapp : 019-6436589
                                             019-6436589
                                             019-6436589

Kawasan COD: Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Cheng, Malim, Pokok Mangga, Tanjung Kling, Tangga Batu, Bukit Rambai, Klebang, Limbongan, Tengkera, Bachang dan sekitar Bandar Melaka.

Pos Laju : Seluruh Malaysia…


Salam Ceria………Aini.

* Produk ini adalah makanan kesihatan, bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit, harap maklum.

6 Faedah Yang Diperoleh Melalui Amalan Berjimat Cermat

Jika diamati secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan murni yang seharusnya dijadikan amalan sejak kecil lagi. Sebagai ibu bapa, kita juga seharusnya mendidik anak-anak kita supaya berjimat dan menabung. 

Kehadiran GST yang bakal muncul pada 1 April 2015 ini, menambahkan lagi keperluan untuk kita lebih berjimat dan berbelanja secara berhemah. Kita tidak berupaya untuk mengubah apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan, namun kita boleh mengawal ekonomi keluarga kita secara bijak. 

Nak tahu apa faedahnya jika kita berjimat? Jom lihat 6 faedah berjimat-cermat di bawah.

1. Lebih banyak duit

Berjimat bermakna seorang individu itu akan mempunyai lebih banyak wang pada akhir tahun. Ini merupakan salah satu faedah yang dapat diperoleh daripada amalan berjimat cermat atau bebelanja secara berhemah. Tanya diri sendiri, mengapa tidak menyimpan lebih banyak? Masih belum terlambat untuk bertindak. Saranan yang popular ialah menyimpan 10% daripada wang pendapatan pada setiap bulan, manakala orang Jepun mengamalkan menyimpan 20% setiap sebulan daripada pendapatan mereka.
JOM  MENABUNG

2. Fikiran lebih matang

Buat catatan untuk setiap perbelanjaan harian kita. Utamakan barangan keperluan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Seseorang itu akan menjadi lebih kritikal ketika membeli-belah. Sama ada barang itu satu keperluan atau satu kehendak, pasti dapat dinilai dengan lebih tepat. Cara ini dapat membantu kita mengkaji trend perbelanjaan dan menghalang pembaziran.
SENARAIKAN BAJET BULANAN
3. Jauhkan diri dari hutang
Paling penting, sebelum memulakan amalan berjimat-cermat, pastikan segala hutang telahpun dilangsaikan. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya akan terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Lebih awal seseorang itu berurusan dengan hutang, lebih mudah ia ditangani. Bolehlah berjimat tanpa menanggung beban hutang selepas itu.
ELAKKAN  BERHUTANG
4. Lahirkan masyarakat bijak
Apabila membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, pengguna yang bijak mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum membelinya. Dengan cara ini, masyarakat akan hidup dengan lebih kondusif dengan meminimumkan pembaziran. Seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.
JADILAH  PENGGUNA  YANG  BIJAK
5. Lebih banyak pilihan
Apabila seseorang memutuskan untuk menjimatkan wang dan menjadikan tabiat itu sebagai gaya hidup, terlalu banyak pilihan akan tersedia. Seseorang itu boleh melabur atau membeli sesuatu yang mereka inginkan hasil daripada wang yang terkumpul melalui amalan berjimat. Hidup yang mempunyai banyak pilihan adalah lebih baik.

PELABURAN  BIJAK
6. Jaminan masa depan

Amalan menjimatkan wang boleh dijadikan sebagai tabung simpanan wang untuk masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh dijadikan bekalan apabila seseorang menghadapi kesusahan pada hari muka. Hal ini bertepatan dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan. Seseorang itu tidak akan menghadapi kesulitan wang pada masa akan datang.
BEBAS  KEWANGAN

Kesimpulannya walau dalam keadaan apa sekalipun yang berlaku dalam negara kita, kita mesti bijak untuk mengawal dan menguruskan kewangan keluarga kita. Didik anak-anak kita dengan amalan berjimat cermat dari sekarang, supaya amalan tersebut menjadi sebati dalam jiwa mereka hingga mereka dewasa kelak. 

Bagaimana Tahap Kesihatan Anda?

Bagaimana Tahap Kesihatan Anda?
Lakukan sendiri analisa Tahap Kesihatan dari semasa ke semasa untuk mencari penyelesaian pantas sebelum keadaan kesihatan anda menjadi kritikal dengan menjawab checklist kesihatan berikut yang disediakan oleh pakar pemakanan Shaklee.


Sering kita keliru akan perbezaan antara simptom kekurangan zat dengan penyakit sebenar. Simptom-simptom berikut adalah disebabkan zat yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang baik seperti merokok, pengambilan alkohol dan kurang exercise.



PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN DIRI

(Checklist Tahap Kesihatan ini disediakan oleh pakar pemakanan).
Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati
.
Baiki Tahap Kesihatan Dalam 90 Hari Kerana Sel Berubah Setiap 90 Hari.

Nama: __________________                         Tel:___________________
Umur:__________________                           Tarikh:________________

No.           Simptom                                                  Supplement/Nutrition
______________________________________________________________________

1     Kurang tenaga/susah bangun tidur                          Vivix, Collagen Powder
2     Selalu pening kepala                                               ESP, Vita-Lea,
3     Gusi berdarah                                                          Vita - C, B Complex,
4     Mudah lebam                                                           DTX Complex, NutriFeron
5     Gugup dan gementar                                              
6     Mengantuk                                                              
7     Keinginan terhadap makanan manis
8     Kurang berat badan
______________________________________________________________________
9    Berat badan yang berlebihan                                   Cinch Shake & Tea, Herb-Lax
______________________________________________________________________
10  Penghadaman yang kurang baik                             Peppermint Ginger, Alfalfa,
11  Kekeringan mata/ penglihatan kurang                    Carotomax
12  Kuku mudah pecah
13  Kebas kaki tangan                                                   OsteMatrix, Alfalfa,
14  Kejang kaki                                                              Joint Health Tablet Complex,
15  Sakit-sakit badan                                                     B-Complex, Omega Guard
16  Bahu yang kaku
17  Sembelit                                                                    Herblax, Alfalfa
18  Rambut gugur                                                           Zinc Complex, ESP
19  Selalu mengambil pain killer                                    B – Complex
20  Mudah selsema                                                         Vita C / Vivix
21  Nafas berbau
_____________________________________________________________________
22  Diet tinggi kandunagn lemak                                   Lecithin,  Omega Guard, Vita E
23  Senggugut/ putus haid                                              GLA Complex, OsteMatrix
24  Susah tidur/ sakit sendi                                            Omega Guard, Osteomatrix
______________________________________________________________________

Cheklist yang disediakan adalah sebagai panduan. Pengambilan vitamin bergantung kepada tahap kesihatan dan bajet anda juga. Vitamin Shaklee bukan ubat, tapi memberi apa yang hak pada tempatnya. 

Salam kemesraan

Aini Musa

VitaVitamin.blogspot.com


Shaklee meneruskan kesinambungan di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembentukkan kehidupan yang lebih berharga.

"ANDA SIHAT, ANDA BAHAGIA"


Sebarang Pertanyaan, Konsultasi Percuma dan Pembelian Produk :

Call/SMS/WhatsApp : 019 6436589

AINI BINTI MUSA

*            COD : Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, 
                  Pulau Gadung, Cheng, Malim, Pokok Mangga, Tanjung Kling,
                  Tangga Batu, Bukit Rambai, Klebang, Limbongan, Tengkera,
                  Bachang dan sekitar Bandar Melaka.
*           POS : Kawasan Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Seluruh Malaysia.

Terima kasih, salam sayang.


7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukan Vitamin / Suplemen.

Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. 
Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. 
Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, 
karbohidrat dan lemak dalam badan kita.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. 
Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen 
(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.



Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini. 

Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah-celah kesibukan menguruskan kehidupan seharian, tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal mendapatan makanan yang mengandungi nutrien yang lengkap dan sempurna.
Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Namun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. 

Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang atau tiada langsung dalam pemakanan anda.

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walaupun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, makanan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien.


Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
Antara individu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah :
  • Wanita hamil dan menyusu anak.
  • Pengamal diet yoyo.
  • Perokok.
  • Pengamal vegetarian.
  • Peminum alkohol yang kerap.
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas – ini kerana vitamin hilang ketika proses memasak.
Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.
Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.

7 Sebab Kenapa Badan Kita Perlukan Suplemen.

1.   Melengkapkan dos vitamin yang kita perlukan setiap hari.

Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan yang kita makan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. 

2.   Cara penanaman sayur-sayuran & buah-buahan yang tidak organik.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur yang mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3.   Zat makanan mudah hilang.
Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
Contohnya, Vitamin C dan enzim mudah termusnah oleh haba semasa memasak.

4.   Pengambilan ubat-ubatan.
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan oleh sel-sel tubuh. Amalan diet yang tinggi kafen, lemak, gula dan garam, mengurangkan simpanan zat makanan yang ada di dalam tubuh.

5.   Makanan seharian tidak seimbang.
Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.  

6.   Gaya hidup tidak sihat.
Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan lemak, garam dan bahan kimia. Amalan merokok & meminum alkohol juga menyebabkan nutrisi dalam badan berkurangan.

7.   Pencemaran udara.
Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.


Pengambilan suplemen / vitamin dapat membantu kita mencegah dari terkena penyakit-penyakit  merbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, arthritis, kencing manis dan sebagainya. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.


Vitamin-vitamin Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya dihasilhan dari sumber semulajadi yang terbukti selamat, berkesan dan mesra alam. 

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat merupakan sesuatu yang terindah. Orang yang sihat sentiasa bertanaga dan kelihatan hebat. Nutrisi Shaklee telah membantu jutaan insan mencipta kehidupan yang lebih sihat selama lebih daripada 55 tahun. Alamilah rasa sihat kembali dengan nutrisi Shaklee.


Suplemen bukan ubat atau pengganti makanan tetapi sebagai makanan tambahan yang melengkapkan nutrisi dalam badan, serta memberi apa yang hak pada tempatnya.



                                  Makanan + Suplemen = Nutrisi Lengkap



Shaklee meneruskan kesinambungan di dalam menerajui kepercayaan bahawa 
kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembentukkan 
kehidupan yang lebih berharga.

“Anda Sihat Anda Bahagia”

Sebarang Pertanyaan, Konsultasi Percuma dan Pembelian Produk,

Hubungi : AINI BINTI MUSA Call/SMS/WhatsApp : 019 6436589

Area COD(Cash On Delivery) : Melaka Sentral, Taman Asean, 
Batu Berendam, Pulau Gadung, Cheng, Malim, Pokok Mangga, 
Tanjung Kling, Tangga Batu, Bukit Rambai, Klebang, Limbongan, 
Tengkera, Bachang dan sekitar Bandar Melaka.

Penghantaran Pos Laju Untuk Daerah Alor Gajah,Jasin 
dan seluruh Malaysia.

Terima kasih, salam kemesraan.....

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...