Assalamualaikum, salam sejahtera.

Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai kuih muih yang sedap dan kita suka, dijual di pasar malam, di warung tepi jalan dan di kedai-kedai. Mudah nak dapatkan. Namun begitu, alangkah baiknya jika kita dapat buat sendiri kuih muih kegemaran kita tu kan. Ada beberapa kuih muih yang saya sangat gemar memakannya dan mudah pula untuk menyediakannya. Malah ianya merupakan kuih muih yang biasa dibuat oleh mak saya dahulu. Antara kuih muih yang menjadi kegemaran saya ialah, kuih seri muka, kuih koci pulut hitam, kuih ketayap, kuih kaswi dan kuih apam beras. Emm..... Semua kuih muih ni sedap tau, terutama kalau mak saya yang buat. Orang kata, apa saja makanan, hasil air tangan mak kita, itulah yang paling sedap kan....

Kuih Tradisional Kegemaran Saya Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

Kalau ada masa yang terluang, saya pasti akan membuat sendiri kuih muih kegemaran saya ni. Ini kerana hasilnya pasti lebih terjamin dari segi rasa dan kebersihannya kan..... Mesti rasa lebih puas hati kan, dapat makan kuih hasil dari air tangan kita sendiri. Untuk suami dan anak-anak, keberkatan dalam penyediaan kuih muih itu adalah yang paling utama.

Jadi di sini saya nak kongsikan resepi-resepi kiuh muih kegemaran saya yang sedap dan mudah disediakan. 


Kuih Tradisional Kegemaran Saya Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

1. Resepi Kuih Seri Muka Mudah Dan Sedap
Bahan-bahan Untuk Lapisan Bawah :
1 cawan beras pulut
1 cawan santan
Secubit garam

Bahan-bahan Untuk Lapisan Atas :
1 cawan santan
5 helai daun pandan - blend dengan air, dan tapis
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam

Cara Menyediakannya :
1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan secubit garam.
3. Masak guna rice cooker jer, senang kan.
4. Bila pulut dah masak dan agak suam, masukkan dalam loyang dan tekan hingga sejat.
5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender kecuali daun pandan
6. Blend kesemuanya hingga hancur dan sebati.
7. Tapiskan bahan yang telah diblend ke dalam loyang pulut tadi.
8. Kukus selama 30 minit denga api yang sederhana.
9. Biarkan sejuk, baru dipotong dan sedia dihidangkan.
Kuih seri muka ni, sesuai untuk di buat minum pagi atau petang.
** Jangan lupa, cuba resepi ni tau.


Kuih Tradisional Kegemaran Saya Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

2. Resepi Kuih Koci Pulut Hitam
Bahan-bahan Untuk Inti :
Sebiji kelapa parut yang muda
1 cawan gula merah 1 cawan air daun pandan - didihkan dan tapis.
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam - untuk rasa lemak
Sedikit tepung jagung untuk kentalkan inti

Cara Penyediaannya :
Campurkan semua bahan, kecuali tepung jagung, masukkan 1 cawan air lagi dan masak inti hingga agak kering, masukkan tepung jagung, kacau hingga kering. Tepikan.

Bahan-bahan Untuk Tepung :
1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air, ikut kelembutan.

Cara Penyediaannya :
Satukan semua tepung dan bancuhkan dengan air sedikit-sedikit, hingga menjadi doh yang lembut...

Bahan-bahan Untuk Santan :
2 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar tepung beras
1 helai daun pandan
Secubit garam

Cara Penyediaannya :
Campurkan semua bahan dan kacau atas api sederhana hingga pekat. Tepikan.

Cara Penyediaan Kuih Koci :
Ambil doh tepung anggaran 20g, leperkan dan masukkan inti, bulatkan dan ketepikan. Buat sampai tepung habis. Panaskan air dalam periuk hingga menggelegak, masukkan kuih tadi dan biar hingga kuih koci timbul, macam buat kuih buah melaka tu.....

Angkat dan masukkan kuih koci ke dalam santan. Ambil daun pisang yang sudah di gunting, sapukan sedikit minyak, letakkan kuih koci, sudukan sedikit santan dan bungkus kemas. Kukus dalam 5 minit bagi mendapatkan aroma daun pisang. Siap dan sedia dihidangkan. Kuih koci ni sedap dimakan bila hangat-hangat tu tau. Sesuai juga untuk dihidangkan dalam majlis seperti kenduri.....
**selamat mencuba.....


Kuih Tradisional Kegemaran Saya Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

3. Resepi Kuih Ketayap / Kuih Gulung
Bahan-bahan Untuk Inti :
1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula kabung / gula melaka
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1/4 cawan air

Cara Penyediaan Inti :
1. Gaulkan semua bahan inti dalam kuali, jerang atas api yang sederhana.
2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan tepikan.

Bahan-bahan Untuk Kulit :
1 cawan tepung gandum
1 cawan jus air pandan (5 helai daun pandan 1 cawan air, blend dan tapiskan)
1/2 cawan santan / susu segar / air
1 biji telur
Pewarna hijau
Secubit garam

Cara Untuk Penyediaan Kulit :
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau rata, masukkan adunan ke dalam blender
    dan blend sebati dan halus.
2. Panaskan kuali leper, oleskan dengan minyak.
3. Tuangkan sesenduk adunan, lenggangkan kuali tadi supaya adunan tu rata dan nipis.
    Setelah masak, angat dan tepikan. Buat sampai adunan habis.
4. Bentangkan kulit tadi, letak inti di atasnya, lipat bahagian kiri dan kanan, gulung kemas.
    Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan. Sangat sesuai di buat minum petang.
** Mudah, sedap dan muai, boleh makan sekeluarga. Cuba jangan tak cuba ye.


Kuih Tradisional Kegemaran Saya Yang Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan

4. Resepi Kuih Kaswi (loyang 10" x 10")
Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula melaka - saya guna 2 1/4 keping saiz sederhana.
1 cawan gula pasir
7 cawan air
1 sudu kecil kapur - bancuh dengan sedikit air

Bahan Lain :
Kelapa parut muda dan secubit garam - gaulkan

Cara Penyediaannya :
Masak air dengan gula melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak suam.

Satukan tepung gandum dan tepung ubi, masukkan ke dalam air gula tadi. Kacau sebati. Boleh rasa adunan ni, kalau kurang manis, boleh tambah sedikit gula. Akhir sekali masukkan air kapur dan kacau sebati. Tapis adunan.

Panaskan loyang dalam kukusan, setelah loyang panas, tuang adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga cukup masak.

Setelah kuih masak, sejukkan. Bila dah sejuk, bolehlah dipotong. Hidangkan dengan kelapa parut tadi. Sangat sesuai dibuat minum petang.
** selamat mencuba.....


Kuih Tradisional Kegemaran Saya Yang Sedap Dan Mudah Untuk Dsediakan

5. Resepi Apam Beras Gebu
Bahan-bahannya :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering - mauripan
Pewarna makanan ikut suka

Kelapa parut putih - gaul dengan sedikit garam, kukus. 

Cara Penyediaannya :
1. Blend nasi sejuk dan air hingga hancur. Masukkan brown sugar dan gula pasir, blend lagi. 
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata. 
3. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sebati. Tambahkan pewarna ikut suka. Perap selama 3 jam. 
4. Didihkan air dalam kukusan.  Sapu sedikit minyak pada acuan kecil. 
5. Sudukan adunan ke dalam acuan kecil, kukus selama 15 - 20 minit dengan api besar. 
6. Setelah kuih masak, keluarkan dari acuan, hidangkan dengan kelapa parut tadi.
** selamat mencuba ye..... 

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda.....



Terima kasih. 

Salam ceria, Aini.....
Assalamualaikum, salam sejahtera..... 

Tahniah! Anda hamil dan kini sudah memasuki usia kehamilan di trimester pertama, di mana anda kini harus lebih menjaga kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Perlu diingatkan iaitu, ibu hamil akan mengalami banyak perubahan selama 3 bulan pertama kehamilan, di mana waktu ini, ibu seringkali merasa mual atau loya, kerap letih, sengal punggung, perubahan mood, kram kaki, kerap kencing dan sembelit. Keadaan mungkin akan merisaukan ibu hamil. Jadi, ibu hamil mesti tahu membezakan antara keadaan normal dengan keadaan yang abnormal. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

Masalah kehamilan yang sering terjadi di trimester pertama ini, biasanya hanya sementara dan tidak merbahayakan. Beberapa keadaan di antaranya merupakan masalah yang normal. Masalah yang harus diberi perhatian adalah jika masalah itu sampai menganggu dan merbahaya pada kesihatan ibu dan janin dalam kandungan. 

Berikut adalah beberapa masalah yang sering terjadi kepada ibu hamil dan tergolong dalam kategori masalah kehamilan yang normal. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

1. Berasa Mual Atau Loya. 
Berasa mual atau loya pada peringkat awal kehamilan merupakan perkara yang normal atau biasa terjadi. Hampir kebanyakkan ibu hamil akan merasakan mual atau loya atau juga dikenali sebagai morning sickness. Ini biasa dialami oleh sembilan dari sepuluh ibu hamil, yang mana sering mengalami klimaks pada waktu pagi dan menjelang malam hari. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini tergolong dalam keadaan yang normal dan tidak merbahayakan. 

Bagaimanakah cara untuk mengatasinya? Ok, ibu hamil boleh mengatasi masalah ini dengan menghindari makanan yang mengandungi banyak lemak, rehat dengan secukupnya, minum banyak air atau jus buah dan makan secara kerap dalam jumlah yang sedikit. 

Tetapi jika anda mengalami mual dan muntah dengan kerap dan berlebihan, berat badan menurun, dan kekurangan cecair dalam badan, maka anda harus segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

2. Sengal Punggung. 
Selain itu, masalah yang sering dialami oleh ibu hamil pada trimester pertama ini adalah sengal punggung. Keadaan ini terjadi kerana perubahan yang berlaku pada ibu hamil, walaupun tidak terlalu ketara, tetapi masalah ini sudah mulai wujud pada trimester pertama dan akan terus meningkat hingga ke trimester akhir. Sengal punggung biasanya disertai dengan lenguh pada bahagian leher dan kaki mulai bengkak. 

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya atau berendam menggunakan ait suam bagi membantu mengurangkan rasa lenguh. Keadaan ini biasanya akan hilang dengan sendirinya. Namun ada sesetengah kes yang berlarutan hingga ke trimester akhir. Boleh juga lakukan senaman khusus untuk ibu hamil, bagi membantu meringankan masalah ini. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

3. Kerap Letih Dan Mengalami Perubahan Mood. 
Perubahan mood yang terjadi pada ibu hamil adalah disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan yang menjadikan ibu hamil sedih dan berasa serba tak kena, ketika sedang hamil. Perubahan mood yang terjadi pada ibu hamil ini akan menjadikan emosi yang tidak stabil dan malas untuk melakukan aktiviti seharian. 

Keadaan yang berkaitan dengan perubahan mood ini adalah tidak merbahayakan. Pada ketika ini, sokongan dari suami tercinta amatlah diperlukan oleh ibu hamil ini. Justeru para suami disarankan agar dapat menambah pengetahuan mengenai kehamilan supaya dapat menjaga dan memperhatikan kesihatan isteri dan bayi dalam kandungan. 

4. Kerap Buang Air Kecil. 
Pada trimester pertama ini juga, ibu hamil akan kerap ingin buang air kecil. Keadaan ini adalah disebabkan oleh hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin) iaitu hormon kehamilan, yang akan meningkatkan aliran darah ke kawasan punggung selama kehamilan. Rahim yang semakin membesar juga akan menyebabkan pundi kencing ditekan dan akan meningkatkan kekerapan untuk buang air kecil, pada ibu hamil. 

Keadaan ini adalah normal dan dialami oleh semua ibu hamil pada trimester pertama, dan akan berterusan dan semakin bertambah seiring dengan bertambahnya usia kehamilan sehingga ke trimester akhir. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

5. Gangguan Pada Pencernaan. 
Seterusnya yang berkaitan dengan masalah kesihatan ibu hamil, di trimester pertama ini adalah,ibu akan mengalami gangguan pada sistem pencernaan. Ibu hamil akan kerap mengalami pedih ulu hati dan merasa tidak selesa. Ibu hamil juga akan ketap sendawa, kembung perut dan kentut, disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan. 

Masalah yang berkaitan dengan pencernaan dan sesekali ibu hamil akan merasa pening, adalah disebabkan oleh peningkatan hormon kehamilan. Masalah ini dapat dicegah atau dikurangkan dengan mengambil makanan yang sihat secara teratur, minum banyak air, berihat dengan secukupnya dan hindari stres. 

Berikut Adalah Masalah Yang Perlu Di Beri Perhatian Serius :


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

1. Mengalami Pendarahan. 
Trimester pertama merupakan suatu masa yang mencabar kepada ibu hamil, di mana pada ketika usia kandungan masih baru, kemungkinan terjadinya keguguran adalah tinggi. Pendarahan yang terjadi pada waktu usia kehamilan trimester pertama adalah berbeza bagi setiap ibu. Ada banyak faktor yang menyebabkan pendarahan ketika hamil. Pada kebiasaannya pendarahan yang berlaku hanya sedikit dan sementara sahaja, ini tidaklah merbahaya. 

Tetapi jika pendarahan berlaku dengan banyak, dan disertai rasa sakit yang amat sangat, maka ini adalah bahaya. Anda perlu segera berjumpa dengan doktor, bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya, demi kesihatan dan keselamatan ibu dan janin dalam kandungan. 

2. Demam. 
Jika ibu hamil mengalami demam yang tinggi sehingga mencapai 38 darjah celcius atau lebih, maka anda harus segera berjumpa dengan doktor. Dibimbangi jika ada berlaku infeksi, sehingga boleh memudaratkan perkembangan janin dalam kandungan. 

Jika anda hanya mengalami demam yang biasa, tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa yang dialami oleh setiap ibu hamil, terutama pada kehamilan trimester pertama. Sebab itulah, pengetahuan berkaitan kehamilan sangat penting untuk anda, sehingga dapat mengetahui keadaan kehamilan anda normal atau abnormal, dari masalah yang terjadi ketika kehamilan di trimester pertama lagi. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

Bukan mudah ye nak jadi seorang ibu. Pelbagai kesukaran perlu ditempuhi, bermula dari awal kehamilan lagi. Ketahanan mental dan fizikal amatlah perlu. Perlu juga ada kesabaran yang tinggi dan bersedia untuk menghadapi setiap masalah kehamilan terutama pada trimester pertama ini. 

Namun begitu, janganlah berasa takut atau risau, kerana kami di shaklee ada menyediakan beberapa vitamin yang telah terbukti selamat, berkesan dan semulajadi untuk membantu anda dalam melalui fasa kehamilan dengan tenang, sihat dan ceria. 

Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

Bagi ibu-ibu yang hamil, dan sedang mencari vitamin yang terbaik untuk diri anda dan janin dalam kandungan, jangan ragu-ragu untuk mengambil set vitamin shaklee untuk ibu hamil. 

Anda adalah ibu hamil yang bijak, pilihlah vitamin yang sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi, untuk kesihatan dan kesejahteraan anda dan janin dalam kandungan. Bertukarlah ke arah yang lebih baik, semulajadi dan selamat. 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya, Aini Musa 019-6436589

Bertindaklah sekarang! 

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee? 
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan disetiap negeri termasuk Brunei, Indonesia dan Singapura.

Hubungi saya, Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan! 


Pengedar Sah Shaklee Melaka : Aini Musa
(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response) 

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Cheng, Melaka Sentral, Taman ASEAN, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang. 

**Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia. 

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....
Assalamualaikum, selamat sejahtera.....

Setiap wanita yang hamil, pasti inginkan keselesaan dan kesejahteraan ketika hamil. Kesihatan bayi dalam kandungan juga amat dititikberatkan. Setiap ibu pasti mengharapkan agar anak yang bakal dilahirkan sihat dan sempurna keadaannya.


Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari

Adakah anda sedang mencari apakah suplemen yang selamat dan sesuai untuk ibu hamil? Setiap orang yang hamil mempunyai ragam yang berbeza. Pelbagai cabaran dan kesukaran harus ditempuh dengan sabar dan tenang. Justru itu ibu hamil sangat-sangat memerlukan suplemen atau vitamin yang lengkap bernutrisi untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan. 


Kami di Shaklee ada menyediakan beberapa jenis vitamin yang sangat sesuai malah selamat untuk ibu hamil. Jadi, jika anda ibu hamil yang masih lagi tercari-cari vitamin yang sesuai untuk anda semasa hamil, Set Vitamin Ibu Hamil Shaklee ada jawapannya kerana ianya adalah sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan...!!! 


Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari

Set Hamil Shaklee Premium Untuk (trimester 1, 2 dan 3) adalah :
- Vita Lea Iron Formula (multivitamin 120 tablets)
- Vita B Complex (asid folik 120 tablets) 
- SR Vita C Plus (antioksidan 180 tablets) 
- OsterMatrix (kalsium 120 caplets) 
- OmegaGuard (minyak ikan 90 capsules) 
**Boleh tambah ESP Soy Protein bagi menambah tenaga dan kecergasan ibu hamil. 

Kenapa Mesti Pilih Set Hamil Premium Shaklee? 
* Lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil. 
* Isian yang banyak, boleh tahan berbulan-bulan. 
* Sesuai untuk seisi keluarga, boleh kongsi dengan en. suami. 
* Harga berpatutan dan sangat berbaloi. 
* Vitamin yang semulajadi, bukan sintetik. 
* Tidak memberi sebarang kesan sampingan. 
* Extra bonus, dapat sihat dan cantik juga. 
* Boleh teruskan selepas kelahiran, kerana sangat sesuai untuk ibu berpantang juga. 
* Telah diuji dan terbukti selamat dan berkesan. 


Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari

1. Vita-Lea Iron Formula - 1 biji sehari. 
     * Vita-Lea adalah multivitamin, jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. 
     * Kaya dengan iron (zat besi) yang mana boleh bantu untuk selesaikan masalah pitam, 
        mudah pening atau masalah anemia. 
     * Anemia ni bahaya kepada ibu dan anak ketika bersalin kelak. Sebab itu, pengambilan
        multivitamin amat penting semasa mengandung. 
  
Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari

  2. Vitamin B Complex - 1 biji sehari
     * Vitamin B Complex shaklee ni unik, kerana ia lengkap dengan asid folik dan 8
        kumpulan B. 
     * Asid folik sangat penting untuk membantu mengelakkan kecacatan pada janin dan
        membantu mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. 
     * Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg asid folik sehari. 
     * Penting untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum merancang untuk hamil,
        sehinggalah tempoh awal kehamilan. 
     * Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal 
        minggu pertama kehamilan, ketika janin baru terbentuk. 
Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari

3. SR Vita C Plus - 1 biji sehari
     * Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen, membina dan menguatkan sel-sel
        tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk kesihatan gusi dan gigi. 
     * Ianya juga berfungsi membantu dalam penyerapan zat di samping meningkatkan taraf
        sistem pertahanan tubuh. 
     * Sebiji SR Vita C ni adalah bersamaan dengan 7 biji buah oren. Larat ke nak makan 7 
        biji buah oren sehari? 
     * Membantu mempertingkatkan kadar penyerapan zat besi yang sangat penting untuk
        pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. 

Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari

4. OsteMatrix (kalsium) - 4 biji sehari
     * Ibu yang hamil memerlukan 1000mg - 1300mg kalsium sehari. Ostematrix ni
        mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D iaitu 3 in 1.
     * Setiap biji ostematrix mengandungi 250mg kalsium. 
     * Magnesium berfungsi membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta
        menguatkannya. 
     * Vitamin D pula, merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk
        pembinaan sel, pembentukan tulang janin dan pertumbuhan gigi. 
     * Kalsium penting untuk pembekuan darah dengan sempurna. 
     * Membantu membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama 
        bagi ibu hamil, juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah
        tinggi. 
     * Kekurangan kalsium akan menjejaskan pertumbuhan bayi, kemerosotan jisim tulang
        ibu, maka berlakulah kerosakan gigi pada ibu itu sendiri. 
     * Kekurangan kalsium ini akan menyebabkan kalsium ditarik dari tulang ibu bagi
        menampung keperluan kalsium untuk janin, kesannya ibu akan terdedah kepada risiko
        mendapat osteoporosis di usia tua. 
     
Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari

5. OmegaGuard (minyak ikan) - 1 biji sehari
     * Sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal 
        pembentukannya. 
     * Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk pembentukan otak dan 
        mata bayi. 
     * Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. 

Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari
6. ESP (Energizing Soy Protein) - minum sekali sehari
     * Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, menstabilkan
        hormon dan enzim dalam badan. 
     * Sangat diperlukan oleh ibu hamil dan yang menyusukan anak. Penting untuk
        pembentukkan kuku, rambut dan kulit yang sihat dan cantik. 
     * Protein berkualiti, membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga berfungsi untuk
        melawan penyakit. 
     * Memberi ibu tenaga, terutama bagi ibu yang mengalami morning sickness yang 
        agak teruk. Juga membantu memelihara dan mengelakkan kecacatan pada janin. 
     * Protein juga membekalkan asid amino penting yang bertindak membentuk otot 
        dan organ bayi. 
     * Keperluan protein yang mencukupi ketika hamil sangat penting bagi membantu
        pertumbuhan plasenta,  uterus,  penghasilan susu dan untuk membantu pengaliran 
        darah ibu yang bertambah. 
     * Keperluan protein semakin penting pada trimester ke 3 bagi membantu
        memaksimumkan pertumbuhan fetus. 

Untuk memudahkan anda,  kami telah menyediakan set untuk ibu hamil yang terdiri daripada 2 set iaitu :

Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari

1. Kombinasi Vitamin Untuk Trimester Pertama. 
     * Vita-Lea Iron Formula
     * Vitamin B Complex
     * SR Vita C Plus
     * OsteMatrix

Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari

2. kombinasi Vitamin Untuk Trimester Kedua & Ketiga. 
     * Vita- Lea Iron Formula
     * Vitamin B Complex
     * SR Vita C Plus
     * OsteMatrix
     * OmegaGuard
     * ESP

Di sini saya sertakan beberapa testimoni customer yang berpuas hati dengan pengambilan Set Hamil Premium Shaklee ni. 

# Testimoni 1

Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari


#  Testimoni 2

Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil Agar Kekal Sihat Dan Cergas Setiap Hari

Bagi ibu-ibu hamil yang sedang mencari vitamin terbaik untuk diri anda dan bayi dalam kandungan, jangan ragu-ragu, jika anda dah ambil Vita-Lea, B Complex dan Vita C Shaklee, anda tak perlu ambil obimin lagi..... 

Jadilah ibu hamil yang bijak, pilihlah vitamin yang telah terbukti selamat, berkesan dan semulajadi, demi untuk kesejahteraan anda dan kandungan anda. Bertukarlah kepada yang lebih baik, selamat dan semulajadi. 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan,  pembelian produk atau konsultasi percuma, boleh hubungi saya, Aini Musa 019-6436589

Bertindaklah sekarang! 


Anda berminat untuk menjadi pengedar shaklee? 
Dengan kualiti produk yang telah terbukti selamat, berkesan dan semulajadi, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia. 

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan! 


Pengedar Sah Shaklee Melaka : Aini Musa
(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6537589 (for fast response) 

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Cheng,  Melaka Sentral, Taman ASEAN,  Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang. 

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia. 

Terima kasih
Salam ceria, Aini..... 

Assalamualaikum, salam sejahtera..... 

Kehamilan merupakan suatu anugerah dari tuhan yang tidak ternilai. Betapa bahagianya pasangan suami isteri, apabila isteri itu disahkan hamil. Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri dengan baik dari segi fizikal, mental dan emosi.


Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan


Bebaskan diri anda daripada masalah kehamilan dengan mengikuti tips-tips berikut:

1. Rancanglah rawatan antenatal anda dari awal kehamilan. 
Penjagaan antenatal yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan anda dan bayi. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal kehamilan, bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. 

2. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. 
Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil. Keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (lebih kurang 200 kalori sehari). 

Adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Sediakan hidangan makanan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi. Sertakan juga protein seperti ikan, daging, telur, kekacang, sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari. 

Jangan abaikan sarapan pagi, kawal saiz hidangan dan pengambilan snek di antara waktu makan.

Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan

3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan. 
Cuba elakkan makanan tertentu semasa hamil kerana ia boleh membawa risiko kepada kesihatan bayi. Daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau setengah masak boleh mendatangkan jangkitan salmonella. 

Listeria yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpunca daripada keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert dan keju berurat biru, seperti Stilton. Namun keju Cheddar, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan. 

4. Pengambilan asid folik. 
Asid folik sangat penting bagi membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Asid folat terdapat dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan dan diperkuatkan dengan vitamin. Selain itu zat besi dan kalsium juga penting untuk kesihatan anda dan bayi. 

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan. Selain ikan berminyak seperti salmon, hering atau sardin, pengambilan suplemen tambahan minyak ikan juga sangat mudah diperolehi (pilihlah jenama yang selamat lagi berkesan). 

5. Bersenam selalu. 
Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa hamil dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali mendapatkan bentuk badan asal, selepas bayi dilahirkan. 

6. Mula lakukan senaman lantai pelvik. 
Otot lantai pelvis adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing,  vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil disebabkan oleh tekanan tambahan ke atasnya dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit. 

Otot lantai pelvik boleh dikencangkan dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvis tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. 

7. Elakkan atau hadkan pengambilan alkohol. 
Sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta. Pakar-pakar mengesyorkan agar wanita hamil menjauhkan alkohol sama sekali. 

Wanita yang banyak minum alkohol semasa hamil adalah berisiko tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Spectrum Disoder - FASD), yang menyebabkan pelbagai masalah iaitu dari masalah pembelajaran kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius. 

8. Kurangkan pengambilan kafein. 
Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang sederhana. Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi yang mempunyai berat badan lahir yang rendah atau meningkatkan risiko keguguran. 

9. Berhenti merokok. 
Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang dan kelahiran mati. Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan sumbing bibir atau lelangit. 

Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan

10. Lebihkan berehat. 
Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "Jangan Terlalu Aktif" Mungkin tidur sekejap di tengahari akan memberi manfaat untuk anda dan bayi.

Jika tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah seperti apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih. 

Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil.

Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan
Selain itu, pengambilan beberapa vitamin juga penting untuk ibu hamil kekal sihat, cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan.  Di shaklee kami menyediakan beberapa vitamin yang selamat dan sesuai untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

# Dr. Hamid Arshat 

Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan

Untuk melancarkan proses kehamilan, sebaiknya ikutilah anjuran dan tips ibu hamil di atas. Semoga dengan itu kehamilan anda terjaga, kandungan anda sihat dan selamat sehingga sampai waktu kelahiran. Diharapkan tips ibu hamil ini dapat membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk kehamilan dan kelahiran permata hati idaman dengan selamat dan sihat. In sya Allah..... 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya :
Shaklee Distributor : 1118070 untuk Negeri Melaka.
Sms/whatsapps : 019-6436589 (for fast response)

Terima kasih,
Salam ceria, Aini.....

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...