Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Setiap dari kita ni sememangnya mengimpikan kulit yang bersih, sihat, cantik dan anjal . Tentunya setiap dari kita, tak kiralah lelaki ataupun wanita ni, ingin kan wajah yang bersih dan bebas daripada berbagai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan sebagainya. Jika tidak dilakukan pencegahan awal, jerawat pasti mudah timbul akibat dari beberapa faktor seperti aktiviti harian, tekanan, dan pengambilan makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang. Jerawat bukan saja menjadikan kulit wajah kita nampak hodoh, malah ia juga boleh menjadikan kita hilang keyakinan diri. Jadi, adalah sangat penting untuk kita menjaga kulit wajah dengan sebaiknya, agar dapat mengelakkan dari ditumbuhi jerawat.

Tips Dapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat.

Berikut saya kongsikan 10 Tips Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat :
1. Jangan Cuci Muka Secara Berlebihan.
Kulit yang kotor merupakan salah satu penyebab timbulnya jerawat. Namun begitu, mencuci muka dengan kerap boleh menjadikan kulit muka luka dan sensitif. Malah boleh menyebabkan jerawat menjadi semakin parah. Elakkan dari menggunakan scrub dan pencuci muka yang mengandungi tinggi kandungan bahan kimia dan cuci muka hanya 2 kali sehari dengan pencuci yang sesuai dan air yang bersih.

2. Pilih Pencuci Muka Yang Bebas Minyak.
Pencuci muka yang bebas minyak tidak akan menyebabkan liang roma tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, bintik putih mahupun jerawat. Pilih pencuci muka yang mempunyai label "oil free", dan cucilah muka dengan lembut.

3. Jangan Takut Untuk Makan Makanan Kegemaran Anda.
Ianya adalah mitos, di mana makanan yang berminyak dan coklat menyebabkan tumbuhnya jerawat. Jerawat terjadi apabila liang-liang roma pada wajah tersumbat oleh minyak, sel-sel kulit mati dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan. Kenalpasti makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat dan cuba elakkan makan makanan tersebut.

Tips Dapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat.

4. Minum Banyak Air.
Minum air masak dengan banyak supaya kulit sentiasa dihidrasikan. Makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan Vitamin A dan juga Vitamin E. Dua vitamin ni yang telah diketahui memberikan kebaikan dan khasiat kepada kulit kita. Sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan brokoli adalah kaya dengan Vitamin E. Buah-buahan dan sayuran yang berwarna pula, seperti lobak merah, buah pic, betik dan sebagainya adalah kaya dengan Vitamin A.

Tips Dapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat.

5. Jangan Gunakan Kosmetik Yang Berlebihan.
Elakkan kosmetik yang berasaskan banyak minyak. Macamana nak kenal pasti? Ikut panduan mudah ni. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan seperti bedak, berkemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Pastikan kita cuci muka, sebelum dan selepas 'makeup'.

6. Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Di Bawah Terik Matahari.
Cahaya matahari mengandungi sinar UV yang boleh menyebabkan kulit kita berisiko mendapat kanser, penuaan pramatang dan berkedut. Selain itu, penggunaan produk jerawat seperti retinoid topikal boleh menyebabkan kulit kita menjadi lebih sensitif jika berjemur di bawah matahari. Sayur bayam mengandungi 3 kali ganda lebih Vitamin C, Vitamin E dan Beta Karotin yang membantu melindungi kulit daripada sinar UV dan  

7. Gunakan 'Sunscreen' Bebas Minyak.
Gunakan 'suncreen' atau pelembab yang mempunyai 'sun protection factor' (SPF) 15, ataupun lebih tinggi lagi, yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan (UV B). Cari produk yang dilabelkan 'non-comedogenic' yang tidak menyumbat liang roma pada wajah.

8. Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka Anda.
Sekiranya rambut kita panjang, pastikan ianya diikat. Jangan biarkan rambut menutupi wajah yang berjerawat, kerana akan menjadikan jerawat lebih teruk. Rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang roma kulit wajah.

9. Jangan Sentuh Muka Dengan Tangan Yang Kotor.
Sentuh atau meraba muka dengan tangan yang kotor, menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan mencuci muka selepas berpeluh.

Tips Dapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat.

10. Jangan Picit Jerawat!
Jangan picit jerawat, kerana ia akan menjadi bertambah teruk malah boleh meninggalkan parut. Bersabar dan cuba tahan apabila mula nampak jerawat mula tumbuh.

Selain daripada mengamalkan 10 tip di atas, kita juga adalah digalakkan untuk mengambil supplemen tertentu untuk penjagaan kulit dari dalaman. Penjagaan kulit dari luaran, disertai dengan penjagaan dalaman, pasti akan mendapat hasil yang terbaik dan hebat!

Baca Sini << Vitamin Untuk Kulit Cantik Shaklee >>

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa jerawat yang hodoh dan menyakitkan. Jom dapatkan kulit sihat dan cantik tanpa Jerawat!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Best nya....., makan vitamin Shaklee. Saya sememangnya seorang pencinta Vitamin Shaklee. Saya seisi keluarga memang mengamalkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee. Badan rasa bertenaga, sentiasa rasa cergas, segar bugar dan tak letih lesu. Memang tak pandang dah jenama lain. Untuk pengetahuan semua, selain daripada terbukti berkesan dan semulajadi, sebenarnya vitamin jenama Shaklee juga adalah selamat kerana ianya bertunjangkan kajian oleh para saintis dan doktor yang sangat berpengalaman dalam bidang nutrisi selama lebih dari 30 tahun.


Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee : Faedah Dan Kelebihannya

Contohnya tablet Vita-Lea Iron Formula, setiap tablet Vitalea yang anda telah, sebenarnya anda sedang menelan kajian yang berusia 100 tahun. Rasa bangga tak? Saya bangga, kerana sangat yakin pada setiap tablet yang saya telan adalah selamat dan berkesan. Setiap gelas ESP yang anda teguk pula, anda sedang meneguk vitamin hasil dari kajian selama 50 tahun di dalam bidang nutrisi. Percayalah dan yakinlah, Bertukar Jenama Akan Mengubah Hidup Anda! Jadi, jika anda seorang pencinta Vitamin Shaklee seperti saya, mengamalkan makan vitamin Shaklee sekeluarga, maka adalah sangat berbaloi untuk terus daftar jadi ahli Shaklee. Kenapa? Kerana anda akan dapat banyak manfaat, faedah dan kelebihan setelah mendaftar sebagai ahli Shaklee.

7 Faedah Dan Kelebihan Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee.
1. Boleh buat pembelian Vitamin Shaklee secara Online, iaitu boleh membuat pembelian terus di HQ atau Branch, dengan menggunakan ID sendiri dan dengan Harga Ahli yang jauh lebih murah.

2. Boleh dapat access exclusive dengan pakar nutrisi (Shaklee Nutritionist) untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang cara pemakanan vitamin-vitamin Shaklee yang sesuai dengan masalah kesihatan yang kita hadapi.

3. Dapat maklumat eksklusif terus dari Shaklee untuk setiap promosi dan free gift setiap bulan.

4. Dijamin dapat stok fresh dari HQ bukan stok bawah katil atau stok dalam bonet kereta pengedar Shaklee yang simpan stok.

5. Bagi anda yang tinggal di sekitar HQ dan Branch Shaklee, boleh terus jer walk in untuk beli produk.

6. Pembelian boleh di buat secara online direct dari HQ, sangat mudah dan menjimatkan masa. Keistimewaan ini adalah untuk yang telah sah mendaftar sebagai ahli Shaklee sahaja!

7. Dapat jemputan eksklusif dari Shaklee Nutritionist untuk menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma.

Kesemua faedah dan kelebihan di atas adalah Eksklusif hanya untuk ahli Shaklee yang sah berdaftar.

Adakah Perlu Aktif Jika Jadi Ahli Shaklee Hanya Untuk Makan Sendiri?
Jadi ahli Shaklee untuk makan sendiri ni, tiada paksaan untuk anda aktif atau buat bisnes. Tapi jika anda berminat untuk berbisnes, itu lebih bagus, kerana dapat menambah pendapatan sampingan. ID anda adalah aktif dan anda layak untuk mendapat kelebihan-kelebihan seperti ahli-ahli Shaklee yang lain. Yang menariknya, hanya dengan beli vitamin untuk kegunaan sendiri, ahli keluarga atau tolong oder untuk kawan-kawan, anda sebenarnya dah boleh kumpul point yang banyak. Jika point anda menepati syarat iaitu paling minima 150uv dan lebih, anda layak untuk mendapat bonus bulanan daripada Shaklee. Haa..... best ke best, kan.....

Saya juga bermula dengan jadi ahli Shaklee yang makan sendiri sahaja. Pada mulanya saya hanya mencari vitamin yang terbaik untuk anak-anak saya yang sedang membesar. Memandang aktiviti persekolahan yang semakin mencabar masa kini, ditambah lagi dengan pemakanan yang tak tau lah seimbang ke tidak, saya beranggapan adalah sangat perlu anak-anak diberi vitamin bagi menampung keperluan harian mereka, agar mereka sentiasa sihat, cergas dan bertenaga sepanjang hari.


Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee : Faedah Dan Kelebihannya

Saya mula mencari vitamin di farmasi, namun kebanyakkan vitamin di farmasi adalah dari sumber yang sintetik. Saya rasa amat bersalah jika saya memberikan vitamin yang sintetik ini kepada anak-anak saya, kerana saya tahu ianya sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang. Maka saya pun tanya pada Mr. Google, dan saya temukan jawapannya iaitulah Vitamin Shaklee..... Tanpa membuang masa, saya terus buat keputusan untuk daftar sebagai ahli Shaklee supaya dapat menikmati vitamin Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah. I Love Vitamin Shaklee!

So, apakah pilihan anda? Berminat nak daftar sebagai Ahli Sah Shaklee? Jangan tunggu lama-lama. Jom daftar ahli sah Shaklee sekarang! Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat mendaftar sebagai ahli sah Shaklee, kehadiran anda amat dialu-alukan.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Alhamdulillah, cuma tinggal beberapa minggu saja lagi, kita semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan, iaitu bulan yang sangat mulia. Pada bulan yang sangat mulia ini, kita semua umat Islam diwajibkan berpuasa. Bila sebut kena berpuasa saja, mesti ada dikalangan kita yang rasa berat untuk melakukan ibadah ini, atas berbagai-bagai alasan berkaitan masalah kesihatan.

Betapa ruginya kita, jika tidak dapat menjalankan ibadah puasa ni dengan sempurna, kerana bulan yang penuh kemuliaan ini hanya datang sekali dalam setahun. Malah kita semua sedia maklum, betapa banyaknya pahala yang boleh kita raih pada bulan ini, untuk saham akhirat kita nanti. Jadi adalah sangat bagus jika kita dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan sempurna dalam keadaan badan yang sihat dan cergas.....


Cara Atasi Masalah Kesihatan Ketika Berpuasa Dengan Berkesan

Terdapat beberapa masalah kesihatan semasa berpuasa yang sering kali kita semua alami, punca utama ialah kerana kekurangan air dalam badan, kerana ketika berpuasa kita tak boleh makan ataupun minum disiang hari. Sehari lebih kurang 13 jam kita semua berpuasa.

Jadi di sini saya nak kongsikan sedikit mengenai masalah kesihatan semasa berpuasa yang saya ada terbaca di FB Dr. Zubaidi Hj. Ahmad. Jom kita tengok, apa masalah kesihatan yang biasa dialami semasa berpuasa.


Cara Atasi Masalah Kesihatan Ketika Berpuasa Dengan Berkesan

1. Pedih Ulu Hati.
Apabila seseorang itu berfikir tentang makanan, otak akan menghantar isyarat di bahagian perut untuk menghasilkan asid yang boleh menyebabkan pedih ulu hati. Jangan fikir tentang juadah apa yang hendak dimakan ketika berbuka nanti, sebaiknya tumpukan kepada bacaan Al-Quraan, Zikir dan membaca buku-buku berkaitan agama ataupun motivasi.

Selain itu pedih ulu hati ni juga disebabkan oleh jenis makanan yang kita makan, ketika berbuka dan bersahur. Makanan yang berminyak (bergoreng), pedas dan berlemak akan lambat hadam, menyebabkan masalah pedih ulu hati dan kembung perut.

Jadi, pastikan kita memilih makanan yang lambat dihadam ketika bersahur. Bagus juga kalau dapat minum segelas ESP masa bersahur. ESP ni dapat membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama kerana ianya mengandungi Glisemik Indeks yang rendah. Gastrik ketika berpuasa? Tidak lagi dengan segelas ESP setiap hari bersahur!


Cara Atasi Masalah Kesihatan Ketika Berpuasa Dengan Berkesan

2. Dehidrasi.
Kekurangan air di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme dan menyebabkan seseorang individu itu tidak bertenaga. Ramai yang tidak cukup minum air ketika berpuasa dan ini dapat dikesan dengan melihat warna air kencing yang keruh dan kuantitinya yang sedikit.

Pastikan sepanjang malam, kita minum air sebanyaknya, dan saya mencadangkan sekurang-kurangnya minum 2 liter air sehari bagi membersihkan tubuh dari toksin bahan kumuhan. Kita boleh cuba amalkan Performance Drink sepanjang bulan puasa ini. Performance Drink dapat membantu mengekalkan tenaga dan mengelak dari dehidrasi.


Cara Atasi Masalah Kesihatan Ketika Berpuasa Dengan Berkesan

3. Sakit Kepala.
Sakit kepala pada bulan Ramadhan kerap terjadi kerana beberapa faktor seperti kekurangan glukos, kurang air, kurang tidur, mengambil kafein (kopi) terlalu banyak dan menghisap rokok.

Selain dari mengurangkan faktor di atas, kita perlulah minum air secukupnya.



4. Sembelit
Sembelit juga mudah berlaku jika kita dah minum air secukupnya tetapi kurang mengambil serat (fiber) dalam pemakanan.

Amalkan makan buah betik kerana buah betik yang ranum, kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Boleh juga amalkan pengambilan OsteMatrix yang mengandungi magnesium, kerana ia dapat membantu menangani masalah sembelit.

Pengambilan vitamin-vitamin tertentu juga adalah sangat digalakkan dalam menangani masalah kesihatan ketika kita berpuasa ni. 

Baca Sini << Set Vitamin Untuk Berpuasa >>

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Atasilah masalah kesihatan kita sebaik mungkin supaya dapat menjalankan ibadah puasa yang diwajibkan ini dengan sempurna. 
In sya Allah.....

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Anda berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan, saya sangat mengesyorkan anda untuk daftar sebagai ahli Shaklee. Selain anda dapat membuat pembelian produk dengan harga lebih murah, anda juga akan dapat banyak faedah yang lain.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat mendaftar sebagai ahli Shaklee, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....


Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Tak sampai pun sebulan lagi, kita semua Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Kita semua diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan ini. Kita semua akan berpuasa berturut-turut selama 30 hari. Siangnya kita berpuasa, malam pula kita akan solat sunat Terawih. Jadi perlukah kita mengambil vitamin untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga sepanjang hari berpuasa? Jawapan saya mestilah YA!
Vitamin Untuk Berpuasa Agar Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari.

Vitamin Untuk Berpuasa ni adalah sangat bagus diambil terutama untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ia juga sangat perlu diambil oleh mereka yang bekerja dan sentiasa sibuk agar dapat kekal sihat, cergas dan bertenaga walaupun sedang berpuasa dan bekerja.

Bagi mereka yang telah meningkat usia, mesti nak melakukan ibadah puasa dengan baik dan sempurna kan, di samping berusaha untuk melipat gandakan pahala dengan solat sunat terawih. Alangkah ruginya jika kita gagal atau tak berupaya melakukan ibadah puasa dan solat sunat terawih hanya disebabkan oleh beberapa faktor yang memang boleh diatasi dengan pengambilan vitamin untuk berpuasa shaklee. Antara faktor-faktor tersebut ialah :

* Tidak fit.
* Ada masalah gastrik.
* Masalah sakit lutut.
* Kurang bertenaga, tak tahan dahaga.
* Gagal melakukan solat sunat terawih akibat keletihan.

Lebih menyedihkan lagi jika kita asyik mengantuk ketika bekerja. Sedangkan orang yang berpuasa, sepatutnya lebih cergas. Berpuasa adalah menahan lapar dan dahaga serta menahan diri daripada melakukan maksiat dan dosa. Jika kita asyik letih dan tidur di tempat kerja, ini amatlah tidak baik kan. Jadi untuk mendapat puasa yang sempurna serta berupaya melakukan pekerjaan harian dengan sebaiknya, maka kita perlu untuk mengambil set vitamin untuk berpuasa yang dicadangkan.

Berikut adalah set vitamin untuk berpuasa dari shaklee yang berupaya untuk membantu kita semua agar kekal sihat, cergas dan bertenaga sepanjang hari berpuasa. Ramai yang telah mendapat manfaat daripada set untuk berpuasa shaklee ni.
Vitamin Untuk Berpuasa Agar Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari.

Set Untuk Berpuasa Shaklee Terdiri Daripada :

1. Energizing Soy Protein (ESP)
ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan positif mengambil suplemen ini dalam set untuk berpuasa shaklee adalah :

* Membantu untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari berpuasa.

* Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu bersahur dapat membantu agar rasa kenyang yang agak lama kerana kadar pencernaan dan penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan yang tinggi karbohidrat.

* ESP mengandungi glisermik indeks (GI) yang rendah, di mana sangat membantu memberikan tenaga di samping rasa kenyang yang lebih lama.

* Gabungan kalsium dan protein dalam ESP dapat membantu penghasilan susu ibu, jadi ibu yang menyusukan bayi tiada masalah untuk berpuasa dan menyusukan bayi mereka, sepanjang bulan ramadhan.

2. Meal Shakes
Meal Shakes berperisa vanilla yang pasti sangat memikat rasa!
* Ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.
* Ia kaya dengan kalsium dan serat yang membantu kita untuk mengatasi masalah sembelit ketika berpuasa.
* Ia adalah sumber vitamin lengkap untuk keperluan harian yang tidak dapat dipenuhi semasa berbuka dan sahur.

3. Performance Drink
Performance Drink adalah rumusan eksklusif Opticarb memberikan kita karbohidrat bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
* Rasa oren yang sangat menyegarkan!
* Membantu mengelakkan dehidrasi.
* Mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang hari berpuasa.
* Jika Performance Drink diminum selepas berbuka, ia akan membantu anda untuk menambah semula tenaga dan mudahlah untuk kita menunaikan solat sunat terawih.

Di sini juga saya sertakan beberapa testimoni Set Berpuasa Shaklee yang sangat berpuashati setelah mengamalkan set ini.

Testimoni Set Untuk Berpuasa Shaklee.


Vitamin Untuk Berpuasa Agar Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari.


Vitamin Untuk Berpuasa Agar Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari.

Vitamin Untuk Berpuasa Agar Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari.


Vitamin Untuk Berpuasa Agar Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari.

Kesimpulannya.
Memang sangat best jika dapat ambil Set Untuk Berpuasa Shaklee ni, disepanjang tempoh berpuasa. Ini kerana dengan mengambil Set Untuk Berpuasa Shaklee ni, kita akan dapat banyak manfaat. Antara manfaat yang akan kita rasa bila mengambil Set Untuk Berpuasa Shaklee ialah :

1. Dapat menjalankan ibadah buasa dengan cemerlang sekali. Tiada masalah gastrik.
2. Dapat menjalankan tugas harian dengan sebaiknya, tidak mudah mengantuk, pening dan sebagainya.
3. Rasa cergas dan bertenaga, jadi dapat lakukan macam-macam perkara walaupun berpuasa.
4. Dapat tambah pahala dengan solat sunat terawih, setiap hari.
5. Solat sunat terawih dapat dilakukan dengan segar dan fokus. Tiada gangguan perut berbunyi dan sebagainya.
6. Mudah bangun malam untuk melakukan solat sunat tahajud, sebab rasa cergas dan bertenaga.

Bila kita dapat lakukan semuanya dengan baik sekali, tentulah dapat tambah pahala dengan berganda kan. Bulan Ramadhan ni datang hanya sekali dalam setahun, rugi kalau kita tak rebut peluang untuk melipatgandakan pahala pada bulan yang mulia ini kan. Jadi, jom dapatkan Set Untuk Berpuasa Shaklee yang hebat ni agar dapat membantu dalam menjalani ibadah puasa dengan sebaik yang mungkin.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Konsultasi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee dengan menggunakan Debit / Credit Card?


Klik BELI SEKARANG!



 Beli Sekarang

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/Whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Secara Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....

بِسْÙ…ِ Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ِ Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َÙ†ِ Ø§Ù„رَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.....

Ramai yang berpendapat, menurunkan berat badan adalah mudah. Ya, ia mudah bagi mereka yang mengamalkan pemakanan seimbang secara sihat dan rajin bersenam. Walaubagaimanapun ia akan menjadi sukar apabila ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi berat badan. Jom kita terokai, apakah faktor-faktor tersebut.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan Kita

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan kita. Antaranya adalah : 
1. Faktor Keturunan.
Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kita kena kenal pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara kita yang obesiti. Obesiti yang disebabkan oleh faktor keturunan ini berkemungkinan susah untuk turunkan berat badan, kerana 10% masalah kegemukan adalah berpunca daripada faktor keturunan.

2. Jantina.
Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah jisim otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita pula mempunyai metabolisme yang rendah kerana secara umumnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Maka itulah lelaki lebih senang menurunkan berat badan berbanding wanita. Ini juga sebab kenapa kebanyakkan wanita terutamanya yang sudah berkhawin dan melahirkan anak, akan cepat gemuk dan sukar untuk turunkan berat badan mereka ke berat badan asal ketika zaman anak dara dulu.

3. Umur.
Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1 - 2kg setahun. Maka dengan itu, semakin meningkat usia, semakin kita perlu untuk menjaga pemakanan yang kita ambil setiap hari.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan Kita

4. Jenis Bentuk Badan.
Bentuk badan terbahagi kepada 2 jenis iaitu Epal atau Pear, di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme badan. Kadar metabolisme yang rendah menyukarkan penurunan berat badan.

* Bentuk Badan Epal : Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko iaitu mudah mendapat penyakit seperti jantung, diabetis jenis 2 dan kanser.

* Bentuk Badan Pear : Cenderung untuk menyimpan lemak di bahadian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat badan. Namun golongan ini mempunyai risiko yang rendah terhadap penyakit yang berkaitan berat badan.

5. Jisim Otot.
Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. Lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran kalori berlaku. Kadar purata lemak yang dibakar oleh otot ialah 35 - 50 kalori sehari.

6. Jisim Lemak.
Wanita mempunyai jisim lemak lebih banyak berbanding lelaki. Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Ini kerana lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.

7. Tabiat Bersenam.
Rajin bersenam, banyakkan berjalan, berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini adalah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot, untuk mengekalkan berat badan yang ideal.....

8. Tabiat Makanan.
Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat makan, seperti meninggalkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam, akan memperlahankan metabolisme. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri untuk makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak hanya pada waktu yang anda paling aktif. Elakkan sama sekali makan pada waktu lewat malam! Ambil makan malam seawal jam 6 petang, ini lebih bagus untuk mengekalkan berat badan yang ideal.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Berat Badan Kita

9. Teori 'Set Point'.
Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'Set Point'. Teori ini mengatakan mekanisma dalaman badan mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai 'Set Point' yang lebih tinggi, susah untuk menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan hanya bertindak menurunkan berat badan sehingga 'Set Point' sahaja. Kita boleh mengubah 'Set Point' badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat badan secara perlahan, ini akan memberi masa kepada badan untuk ke 'Set Point' yang baru.

Selain daripada mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dan seimbang, rajin bersenam, pengambilan Set Vitamin Untuk Kurus Shaklee juga amat membantu dalam proses untuk penurunan berat badan. Vitamin bukan ubat, tapi memberi apa yang hak pada tempatnya. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua untuk faham situasi badan kita, dan apa yang kita perlu lakukan demi untuk mengekalkan berat badan yang ideal agar sihat sepanjang hayat. In sya Allah.....

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Konsultasi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin Beli Produk Terus Dari Shaklee dengan menggunakan Debit/Credit Card?


Klik BELI SEKARANG!

 Beli Sekarang

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsaap : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

**Penghantaran Secara Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....


بِسْÙ…ِ Ø§Ù„Ù„َّÙ‡ِ Ø§Ù„رَّØ­ْÙ…َÙ†ِ Ø§Ù„رَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Disahkan mendapat kencing manis (diabetis) ketika hamil memang amat merisaukan. Jangan pandang ringan akan perkara ini ye. Terdapat beberapa kes di mana, bayi meninggal dalam perut akibat dari penyakit ini. Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu :

* Mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga.
* Membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Terdapat 3 Jenis Diabetis Iaitu :
1. Diabetis Jenis 1 - Apabila pankreas tidak menghasilkan insulin.
2. Diabetis Jenis 2 - Apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi (atau pun insulin tidak dihasikan).
3. Diabetis Gestasi - Apabila insulin kurang dihasilkan ketika hamil.

Kencing manis (diabetis) semasa hamil di kenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM), merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada ibu hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetis, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta / uri (organ yang membekalkan zat makanan kepada bayi melalui tali pusat). Ini dikenali sebagai rintangan insulin.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan 'human placenta lactogen' akan menganggu pengeluaran insulin. Plasenta ibu akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyababkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka (GDM) akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Namun pesakit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetis pada kemudian hari nanti.


Bagaimana saya tahu jika saya menghidap diabetis gestasi?
Jika doktor menjangkakan ibu hamil menghidap (GDM), beliau akan meminta ibu menjalani ujian. Ujian yang disarankan untuk diagnosis (GDM) adalah ujian Toleransi Glukosa Oral atau 'Oral Glucose Tolerance Test' (OGTT) dan ujian ini dilakukan di antara minggu ke-24 dan minggu ke 28 kehamilan. Kemungkinan besar doktor juga akan menguji air kencing ibu, untuk mengesan gula pada setiap temu janji antenatal. Jika terdapat gula dalam air kencing ibu, ini mungkin tanda bahawa ibu hamil tersebut penghidap diabetis gestasi.

Biasanya, diabetis gestasi tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi ibu mungkin mengalami beberapa perkara berikut iaitu :
* Berasa keletihan.
* Berasa dahaga yang terlampau.
* Kerap buang air kecil.
* Kabur penglihatan.

Jika ibu mengalami sebarang simptom-simptom seperti di atas, sila maklumkan kepada doktor yang memeriksa anda.

Apakah Kesan Kencing Manis Pada Kehamilan Saya?
Ini adalah bergantung kepada bagaimana ibu hamil menjaga diri. Jika ibu dapat mengawal diabetis dengan sebaiknya, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk ibu dan bayi.

Masalah utama jika ibu mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah, ia akan merentasi plasenta ke bayi, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses bersalin menjadi agak sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran, seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Apa Cara Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Atau Mencegah Diabetis Gestasi?
Ibu hamil boleh mengurangkan risiko menghidap diabetis gestasi dengan cara :
1. Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang dengan pengambilan karbohidrat daripada sumber bijirin penuh, protein tanpa lemah dan lemak yang sihat.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

2. Rajin bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Terdapat banyak jenis senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, pilates, berenang dan berjalan.

3. Mengawal peningkatan berat badan. Pastikan peningkatan berat badan ketika hamil adalah terkawal, tidak naik secara mendadak.

4. Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan dan meningkatkan risiko menghidap diabetis gestasi. Maka ini adalah sebab yang bagus untuk berhenti.




Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Bagaimana Diabetis Gestasi Dirawat?
Dalam kebanyakan kes, ibu hamil boleh mengawal diabetis gestasi dengan mengubah diet dan selalu bersenam.

Doktor akan menasihatkan bagaimana cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan cara :
* Mengamalkan diet yang seimbang dan sihat.
* Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.

Doktor akan menerangkan bagaimana cara untuk memantau tahap gula dalam darah. Kemudian ibu bolehlah memeriksa sama ada perubahan yang dilakukan memberi kesan atau tidak.

Ibu akan ditawarkan imbasan ultrasound tambahan untuk memeriksa tumbesaran bayi dan jumlah cecair amnion.


Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Cara Mencegahnya?

Bagaimana Jika Diet Dan Senaman Masih Tidak Berkesan?
Kadang kala diabetis gestasi tidak dapat dikawal dengan diet seimbang dan senaman. Ini berlaku kepada kira-kira 10 hingga 20 peratus bakal ibu yang menghidap diabetis gestasi. Jika anda tergolong dalam kumpulan tersebut, anda perlu mengambil ubat untuk mengawalnya ataupun mengambil suntukan insulin.

Doktor akan ajar bagaimana cara menyuntik diri sendiri. Ini mungkin kedengaran agak menakutkan, tapi jika ibu dapat memastikan jumlah gula dalam darah berada dalam keadaan terkawal, ibu sedang melakukan yang terbaik untuk kesihatan diri dan bayi.

Selain itu ibu hamil juga adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan vitamin semulajadi yang selamat, bagi membantu mengawal, mencegah serta memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan terjaga, malah dapat menjadikan ibu lebih cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan.



Kesimpulannya.
Cara paling penting dalam mengatasi masalah kencing manis ketika hamil ialah dengan menerapkan gaya pemakanan yang sihat, seimbang dan sesuai untuk ibu hamil. Makanan dan minuman yang diambil mestilah rendah kandungan gula dan juga berupaya memberikan tenaga kepada ibu hamil. Amalkan juga gaya hidup yang sihat dan aktif.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Konsultasi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.

Ingin Beli Produk Shaklee Terus Daripada Shaklee Dengan Menggunakan Debit / Credit Card?
Klik BELI SEKARANG!


 BELI SEKARANG

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Secara Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...