Masalah Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak Serta Cara Mengatasinya

2 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....
Kulit wajah kusam dan berminyak merupakan keadaan yang sangat merungsingkan. Kulit wajah kusam dan berminyak pada dasarnya disebabkan oleh minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kita sendiri. Minyak tersebut berfungsi untuk melindungi kulit dari bahaya luar seperti pencemaran, habuk, radikal bebas dan sebagainya. Selain itu, minyak semulajadi pada kulit ini membantu meremajakan sel kulit wajah.

Walaupun berfungsi sebagai pelindung kulit, namun jika pengeluaran minyak pada kulit terlalu banyak, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah lain. Minyak berlebihan akan membuat kulit menjadi kusam dan tak berseri, keadaan ini akan menganggu penampilan diri kita. Jika keadaan ini terus dibiarkan, ia boleh menyebabkan masalah kulit seperti timbulnya jerawat, bintik hitam, jeragat dan sebagainya. Kulit wajah yang berminyak dan kusam juga akan menjadikan kita berasa rendah diri.


Masalah Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak Serta Cara Mengatasinya

Bagi mengatasi masalah kulit wajah kusam dan berminyak, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk mengatasinya, sehingga kulit wajah anda akan sihat dan bersinar kembali. Jadi sebelum kita membincangkan tentang cara mengatasi masalah kulit wajah yang kusam dan berminyak, jom kita kenali dulu apa penyebab kulit wajah kusam dan berminyak, agar kita lebih mudah untuk mencari penyelesaiannya.

Penyebab Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak :
1.  Corak Pemakanan.
Punca utama kulit wajah menjadi kusam dan berminyak adalah kerana corak pemakanan yang tidak sihat. Ada beberapa makanan yang menjadi penyebab kulit wajah menjadi kusam dan berminyak. Antaranya adalah suka makan makanan berlemak seperti makanan bergoreng, makanan yang bersantan dan juga suka makan makanan ringan atau 'junk food'. Jadi sebaiknya kita elakkan mengambil makanan tersebut agar kulit wajah kita bebas dari kusam dan berminyak.

2.  Cara Hidup Yang Tidak Sihat.
Cara hidup yang tidak sihat juga boleh mempengaruhi keadaan kulit wajah kita. Cara hidup yang tidak sihat seperti malas bersenam, sentiasa sibuk hingga tidak cukup rehat dan sebagainya, menyebabkan kulit wajah kita menjadi kusam dan berminyak, malah yang lebih menakutkan lagi, kulit akan cepat berkedut dan kelihatan tua sebelum waktunya. Mesti rasa sedih kan, kalau umur masih muda, tapi orang tengok muka kita macam orang yang dah berusia. Contoh lah, umur baru 30++ tahun, tapi wajah kita kelihatan macam dah 40++ tahun!

3.  Faktor Persekitaran.
Faktor persekitaran juga berpengaruh besar terhadap kulit wajah yang kusam dan berminyak. Jika kita tinggal di kawasan kejiranan yang tidak sihat, tercemar dan berdebu akan membuat kulit menjadi kusam dan berminyak. Debu pencemaran akan melekat pada kulit wajah dan menyumbat pori-pori kulit sehingga akhirnya menimbulkan pelbagai masalah pada kulit wajah kita, seperti timbulnya jerawat, jeragat, alahan kulit, kulit gatal-gatal dan sebagainya.

4.  Salah Pilih Produk Kosmetik.
Kosmetik berfungsi sebagai membantu untuk menyerlahkan kejelitaan seorang wanita, namun kosmetik juga boleh menjadi racun yang boleh merosakkan kulit wajah. Kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit wajah akan merosakkan kulit sehingga menjadikan kulit wajah kusam dan berminyak, serta pelbagai masalah kulit yang lain. Jika kosmetik yang digunakan adalah kosmetik tiruan atau mengandungi bahan-bahan yang beracun dan terlarang, maka ini akan menjadi lebih berbahaya kerana boleh menyebabkan kanser kulit. Oleh sebab itu berhati-hati dalam memilih kosmetik. Pilih kosmetik yang sesuai dengan kulit wajah kita dan bebas dari bahan yang beracun dan terlarang.

5.  Faktor Genetik Atau Keturunan.
Kulit wajah kusam atau berminyak juga disebabkan oleh keturunan. Jika orang tua kita mempunyai kulit wajah yang kusam dan berminyak, kemungkinan besar, kita juga akan mendapat kulit yang kusam dan berminyak.

6.  Kurang Pengambilan Air Putih.
Pengambilan air putih yang cukup sangat penting untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Air putih berfungsi untuk membuang toksin dalam badan serta mengekalkan kelembapan kulit. Kekurangan air putih akan menyebabkan tubuh menjadi dehidrasi, banyak sel-sel yang mati, kulit akan menjadi kering, kusam dan cepat berkedut. Oleh sebab itu penuhi keperluan air harian kita iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

7.  Kurang Tidur.
Kurang tidur akan memberi kesan buruk kepada kulit wajah kita. Orang yang kurang tidur akan mempunyai kulit wajah yang pucat, kusam, berminyak dan cepat berkedut. Sewaktu kita tidur, sel kulit akan melakukan pembaikan dan pertumbuhan semula sel, jika kita kurang tidur, itu akan menganggu pertumbuhan semula sel kulit yang baru.

8.  Tekanan Atau Stress.
Stress atau tekanan yang berlebihan juga boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan berminyak. Orang yang stress biasanya akan menghasilkan lebih banyak minyak. Oleh itu cuba elakkan stress.

Ada banyak cara untuk mengatasi masalah kulit kusam dan berminyak. Berikut adalah beberapa cara mudah dan cepat bagi mengatasi masalah kulit kusam dan berminyak.

Masalah Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak Serta Cara Mengatasinya

1. Membersihkan Kulit Wajah Secara Teratur.
Perkara paling penting untuk mengatasi masalah kulit wajah kusam dan berminyak adalah dengan membersihkan kulit wajah secara teratur. Gunakan pembersih muka yang sesuai dengan kulit wajah kita. Dengan demikian kulit wajah kita akan bersih dan bebas dari kekotoran, minyak dan sebagainya. Ini akan membantu melindungi kulit wajah kita daripada kusam dan berminyak.

2.  Minum Banyak Air Putih.
Seperti yang kita ketahui, salah satu penyebab kulit kusam dan berminyak adalah kerana kulit kekurangan air. Bukan setakat kulit kusam dan berminyak saja, malah masalah kulit lain seperti jerawat, jeragat, kedutan dan sel kulit mati juga akan mudah muncul jika kulit kita kekurangan air putih. Jadi adalah sangat penting untuk kita minum air putih secukupnya dalam sehari. Paling bagus 8 gelas sehari atau lebih.

3.  Bersukan.
Bersukan tidak hanya bermanfaat untuk tubuh sahaja, bersukan juga dapat menjaga dan mengekalkan keanjalan dan kecantikan kulit. Bersukan akan membantu menjadikan kulit kelihatan anjal dan awet muda, serta mencegah kulit kusam dan berminyak. Ini kerana bersukan akan melancarkan pengaliran darah.

4.  Pemakaian Krim Pelembab Wajah.
Pemakaian krim pelembab sangat penting untuk mencegah kulit kusam dan berminyak. Pilihlah krim pelembab yang berasaskan air atau yang sesuai dengan kulit wajah kita.

5.  Rehat Secukupnya.
Kurang tidur atau sering berjaga sehingga lewat malam akan menyebabkan kulit menjadi pucat, kering, kusan berminyak dan cepat berkedut. Ini kerana pertumbuhan semula sel-sel kulit terganggu. Pastikan kita mendapat rehat dan tidur yang cukup iaitu 8 jam setiap malam.

6.  Hindari Stress Atau Tekanan.
Apabila tubuh mengalami stress, kulit akan menghasilkan lebih banyak minyak. Jadi cuba untuk hindari atau kurangkan stress, supaya kulit kita bebas dari masalah kusam dan berminyak.

Masalah Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak Serta Cara Mengatasinya

7.  Hindari Makanan Berlemak Dan Berminyak.
Kita harus mengelakkan makanan penyebab kulit berminyak seperti makanan yang bergoreng, makanan yang bersantan, 'junk food' dan sebagainya.

8.  Gunakan Masker Wajah Yang Semulajadi.
Paling bagus gunakan masker wajah dari bahan yang semulajadi, kerana ianya adalah selamat dan murah. Di antaranya adalah seperti, masker limau nipis, masker timun, masker tomato, masker putih telur, masker susu, masker yougurt dan banyak lagi, yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit yang kusam dan berminyak.

Selain itu juga kita boleh mengatasi masalah kulit wajah kusam dan berminyak ini dari dalaman, iaitu dengan pengambilan beberapa vitamin untuk kulit sihat dan cantik. Baca di sini <<Set Kulit Sihat Dan Cantik>>

Inilah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi kulit wajah kusam dan berminyak. Sayangilah kulit wajah kita. Kulit wajah yang sihat dan cantik, menjadikan kita lebih berkeyakinan dalam penampilan.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Anda berminat untuk menjadi pengedar sah Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!
 Klik Sini
(Shaklee id : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Melalui Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....



You may also like

2 ulasan:

  1. kulit berminyak ni dah x menyerang saya dah dengan vitamin e shaklee..alhamdullilah dah la sihat, kulit pun ok

    BalasPadam
  2. ituBola - Situs Judi Bola Online | Sportsbook Terlengkap & Terpercaya

    Situs Judi Bola Online / Sportsbook Terlengkap, Menyediakan berbagai macam taruhan permainan Sportsbook dengan pasaran terlengkap.

    Cukup 1 User id untuk bermain semua taruhan Permainan Meliputi :
    • Sepak Bola
    • BasketBall
    • Esports
    • Dan Lainnya

    Dapatkan Promo menariknya berupa :
    => Bonus Cashback Sebesar 5% (dibagikan setiap minggunya).
    => Deposit Pulsa tanpa Potongan.

    Deposit Bisa Melalui :
    => Via Bank Lokal Indonesia.
    => Via OVO, GOPAY, PULSA Telkomsel Atau E-Payment Lainnya.

    • Minimal Deposit 25,000 | Minimal Withdraw 50,000
    • Proses Deposit & Withdraw Tercepat

    Untuk Pendaftaran Hubungi Kontak Kami:
    - LINE : itubola757
    - WHATSAPP : +85589399149
    - LIVE CHAT : ituBola

    Alternatif Klik Disini : Pusat Bantuan ituBola

    BalasPadam

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...