7 Cara Kuruskan Badan Secara Semulajadi, Selamat Dan Berkesan.

1 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Kebanyakkan orang berpendapat, kurus itu cantik. Memang tidak dinafikan, orang yang memiliki bentuk badan dan berat yang ideal secara automatik dianggap cantik. Pakai pakaian apa sekali pun tetap nampak cantik kan. Namun begitu, harus ingat ye, kurus saja belum cukup untuk mentafsir ianya sebagai cantik jika kita tidak sihat dan sakit sana sini. Apa yang paling utama adalah, kita perlu sihat, kurus dan cantik secara seiring, barulah dapat menikmati kehidupan dengan bahagia..... Jadi di sini saya nak berkongsi beberapa cara untuk menguruskan badan secara sihat, selamat dan berkesan.


7 Cara Kuruskan Badan Secara Semulajadi, Selamat Dan Berkesan.

Cara Nak Kuruskan Badan.
Perkara yang paling utama dalam proses untuk menguruskan badan ialah kita mesti tahu status berat badan kita. Hubungan antara berat dan ketinggian dijelaskan dalam nombor yang dipanggil Indeks Jisim Badan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'Body Mass Index' (BMI). BMI digunakan secara meluas sebagai satu kaedah yang mudah, untuk menilai berat badan kita dan bagi menentukan status berat badan kita samada kita ni dalam kategori kurang berat badan, berat badan normal, berlebihan berat badan atau obesiti.

7 Cara Kuruskan Badan Secara Semulajadi, Selamat Dan Berkesan.

Bagaimana Mengira BMI?

Cara Pengiraan BMI : Berat badan (kg) / [Ketinggian (m) x Ketinggian (m)]

Berikut Ini Adalah Tanda Aras BMI Untuk Rujukan Kita Bersama :
BMI bawah 18.5     :  Kurang berat badan
BMI 18.5 - 24.9      :  Berat badan normal
BMI 25 - 29.9         :  Berlebihan Berat Badan
BMI 30 ke atas       :  Obesiti

Nota : Tanda aras di atas tidak boleh digunapakai jika ; Umur bawah 18 tahun dan lebih 64 tahun, ibu mengandung atau sedang menyusukan anak ataupun seorang ahli sukan yang aktif.

Setelah mengetahui BMI kita, barulah kita boleh fokuskan kepada cara-cara untuk menguruskan badan pula. Paling penting, tetapkan dalam minda bahawa semuanya boleh dicapai, termasuklah misi kuruskan badan! Berapa kilo pun berat badan yang kita nak kurangkan, pasti boleh dicapai dengan syarat kita jaga pemakanan dan hidup secara aktif dan sihat.

In sya Allah..... cara-cara kuruskan badan yang saya kongsikan ini, diharap dapat membantu kita semua untuk mencapai berat badan yang ideal secara sihat. Mungkin dah banyak kali dibaca, tetapi ia takkan berkesan jika kita hanya membaca tanpa ambil tindakan untuk mulakan gaya hidup yang lebih sihat!

Berikut adalah 7 cara untuk kuruskan badan secara sihat, selamat dan berkesan.
1. Tetapkan Matlamat Kita.
Contohnya tulis atas kertas besar-besar. Misi kita nak kuruskan badan 10% daripada berat kita sekarang dalam masa 6 bulan. 10% tu dalam 8kg, contohlah. Jadi, sekitar hanya 1.3kg sebulan. Mesti boleh punyalah kan..... Yakin boleh!

2. Turunkan Berat Badan Secara Konsisten.
Penting untuk tidak terlalu drastik dalam usaha untuk kuruskan badan kita. Disarankan untuk turunkan berat badan sekitar 0.5kg seminggu, atau 2kg sebulan.

3. Kawal Nafsu Makan.
Ini mungkin cabaran paling sukar! Makan bila perlu, kerap dan lebih sedikit bahagiannya, pada setiap kali waktu makan. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Kalau tak, nanti kita akan rasa tersangat lapar bila tiba waktu makan tengahari. Ini akan menjadikan kita makan berlebihan dari yang sepatutnya. Maka usaha kita untuk kurus akan terjejas. Rugi kan.....


http://vitavitamin.blogspot.my/2016/07/pengedar-shaklee-di-negeri-melaka.html

4. Kurangkan Makanan Bergoreng Dan Berlemak.
Bukan tak boleh makan langsung, tapi kurangkan! Boleh? Pilih cara memasak yang lebih sihat iaitu dengan cara kukus, rebus dan panggang. Masakan cara ini bukan saja sedap, malah kita akan rasa lebih sihat.

5. Lebihkan Makan Sayur.
Ulaman, sayuran dan buah memang sangat bagus dimakan untuk kesihatan. Kurangkan jumlah nasi dan lebihkan makan sayuran dan buah dalam diet harian. Mula-mula memang agak payah juga tekak nak terima, tapi bila dah selalu amalkan, pasti akan biasa dan mudah. Badan pun akan jadi lebih ringan, kurus dan sihat. Misi untuk kurus dan sihat pun akan tercapai.....

6. Kurangkan Makanan Dan Minuman Manis.
Gula sememangnya penyumbang yang besar kepada kegemukan. Secawan kopi + sesudu gula + 1/4 susu rendah lemak = 50 kalori. Minuman bergas pula lagi tinggi kandungan gulanya. Bayangkan jika kita ni penggemar minuman-minuman tersebut. Bukan setakat gemuk saja, malah boleh mendatangkan penyakit kencing manis tau. Jadi paling mudah, gantikan dengan air kosong yang 0 kalori. Lagipun, elok minum air kosong banyak, sebab boleh buang toksin dalam badan, sekaligus boleh jadikan kita semakin sihat.


7 Cara Kuruskan Badan Secara Semulajadi, Selamat Dan Berkesan.

7. Hidup Dengan Lebih Aktif.
Maknanya pastikan kita lebih banyak bergerak dalam aktiviti harian kita. Berjalan biarlah lebih banyak berbanding duduk sepanjang hari menghadap komputer. Luangkan masa untuk tingkatkan aktiviti harian dengan berjalan, berjoging, berzumba, menari seorang diri dalam bilik di rumah dan lain-lain aktiviti. Ini semua adalah cara untuk menguruskan badan kita secara selamat. Ini antara banyak cara lain untuk kita cuba dalam proses menguruskan badan. Ingat, tetapkan matlamat dalam masa 6 bulan.

Ambil masa untuk kembalikan kecergasan badan kita dengan aktiviti santai bersama keluarga. Ajak suami dan anak-anak untuk turut serta dengan aktiviti aktif kita. Pasti lebih seronok dan kurang tekanannya! Selamat mencuba dengan 7 cara kuruskan badan dengan sihat dan selamat! Paling penting sangat, kawal minum dan makan makanan manis.

Selain tu, pengambilan vitamin-vitamin tertentu seperti Set Vitamin Untuk Kurus Shaklee, adalah sangat membantu dalam proses kita nak kuruskan badan. 



Inilah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk kuruskan badan secara semulajadi, selamat dan berkesan. Miliki badan yang kurus, ideal dan sihat dapat meningkatkan keyakinan diri serta penampilan yang menarik. Jom sihat sepanjang hayat!

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Konsultasi eksklusif secara percuma dan berterusan adalah khas untuk customer saya sahaja.


Ingin Beli Produk Terus Dari Shaklee dengan menggunakan Debit/Credit Card?
Klik BELI SEKARANG!


 BELI SEKARANG

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

**Penghantaran Secara Pos Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....



You may also like

1 ulasan:

  1. PERMAINAN ONLINE TERBESAR DI INDONESIA

    Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    - Adu Q
    - Bandar Q
    - Bandar Sakong
    - Bandar Poker
    - Poker
    - Domino 99
    - Capsa Susun
    - BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )

    Permainan Judi online yang menggunakan uang asli dan mendapatkan uang asli ^^
    * Minimal Deposit : 20.000
    * Minimal Withdraw : 20.000
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop ( Kecuali Bank offline / gangguan )
    * Bonus REFFERAL 15 % Seumur hidup tanpa syarat
    * Bonus ROLLINGAN 0.3 % Dibagikan 5 hari 1 kali
    * Proses Deposit & Withdraw PALING CEPAT
    * Sistem keamanan Terbaru & Terjamin
    * Poker Online Terpercaya
    * Live chat yang Responsive
    * Support lebih banyak bank LOKAL


    Contact Us

    Website SahabatQQ
    WA 1 : +85515769793
    WA 2 : +855972076840
    LINE : SAHABATQQ
    FACEBOOK : SahabatQQ Reborn
    TWITTER : SahabatQQ
    YM : cs2_sahabatqq@yahoo.com
    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    Daftar SahabatQQ
    #sahabatQQ #winsahabatQQ #winsahabat #88sahabatQQ #88sahabat #windaftar

    BalasPadam

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...