4 Jenis Aktiviti Bersukan Yang Terbukti Cepat Dan Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan

0 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Memiliki badan yang sihat dan ideal sememangnya menjadi idaman setiap orang. Untuk mendapatkan badan yang sihat dan ideal, kebanyakkan orang akan melakukan diet sihat ataupun melakukan rawatan di pusat-pusat kecantikan. Akan tetapi sebenarnya ada banyak lagi cara lain, yang lebih sihat dan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak, iaitu dengan melakukan aktiviti bersukan, yang dapat menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan. Aktiviti bersukan merupakan salah satu kegiatan fizikal yang sangat berkesan untuk membakar lemak di dalam tubuh. Bagi orang yang sedang menjalani diet, aktiviti bersukan ini merupakan salah satu cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang maksima.
4 Jenis Aktiviti Bersukan Yang Terbukti Cepat Dan Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan

Namun dengan hanya melakukan aktiviti bersukan sahaja, belum cukup untuk menurunkan berat badan dengan berkesan, kerana anda harus juga mengikuti peraturan-peraturan yang tertentu. Salah satunya adalah dengan mengawal pola pemakanan dengan baik dan betul. Selain dari itu, anda perlu melakukan kegiatan aktiviti bersukan secara teratur dan berdisiplin. Cara paling mudah dan berkesan untuk menurunkan berat badan, adalah dengan menjadikan aktiviti bersukan sebagai satu hobi.

4 Jenis Aktiviti Bersukan Yang Terbukti Cepat Dan Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan Adalah :


4 Jenis Aktiviti Bersukan Yang Terbukti Cepat Dan Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan

1. Senaman Aerobik.
Aktiviti bersukan yang cepat menurunkan berat badan ini, dilakukan secara berkumpulan dan dilakukan selama 45 minit sehari. Aktiviti senam robik ini akan dapat membakar lebih kurang 680 kalori setiap satu jam. Senam robik ini menjadi aktiviti sukan yang sangat digemari kerana ia biasanya dilakukan untuk membakar kalori, dan gerakan aerobik sangat dinamik dan menyenangkan.

Selain dapat menurunkan berat badan, aktiviti senam robik juga dapat memberikan manfaat kesihatan bagi tubuh badan. Senaman ini dapat menganjalkan punggung dan perut, serta menghindarkan selulit. Aktiviti senam robik merupakan salah satu aktiviti bersukan yang efektif untuk menurunkan berat badan. Ini kerana ia mampu membakar kalori dan lemak di dalam badan.

Gerakan senam robik yang melibatkan anggota badan seperti tangan, kaki, leher, punggung dan juga perut, menjadikan seluruh anggota badan bergerak. Hasil yang maksima akan dapat dirasakan bila aktiviti senam robik ini dilakukan selama sebulan secara berkala dengan daya kemampuan seseorang.


4 Jenis Aktiviti Bersukan Yang Terbukti Cepat Dan Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan

2. Berlari Atau Berjoging.
Melakukan aktiviti berlari atau berjoging pada waktu pagi secara rutin akan membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Selain dapat menurunkan berat badan dengan cepat, melakukan  aktiviti berlari juga dapat menjadikan tubuh lebih ideal. Bagi golongan wanita, melakukan aktiviti berlari juga memiliki fungsi yang tersendiri, iaitu dapat membantu melancarkan haid. Berlari di waktu pagi juga bermanfaat sebagai pelengkap seseorang yang sedang berdiet. 

Pengawalan makanan sahaja tidak cukup untuk menurunkan berat badan. Ianya perlu diseimbangkan dengan aktiviti sukan agar lebih efektif. Berlari di waktu pagi akan menjadikan program diet anda berjalan dengan lebih lancar. Dengan berlari akan dapat membakar lebih kurang 784 kalori dalam setiap jam.


4 Jenis Aktiviti Bersukan Yang Terbukti Cepat Dan Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan

3. Aktiviti Berenang.
Aktiviti berenang merupakan aktiviti sukan yang cepat untuk menurunkan berat badan, dan sangat digemari oleh ramai orang. Ini kerana aktiviti berenang tidak mengeluarkan peluh, namun berupaya membantu menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan. Aktiviti berenang ini dapat membakar sebanyak 720 kalori bagi wanita, dan 840 kalori bagi lelaki dalam setiap satu jam. Ketika berenang, tubuh akan susah bergerak di dalam air, dan ini menyebabkan tubuh memerlukan tenaga yang sangat banyak untuk bergerak, sehingga berlakunya pembakaran kalori yang banyak di dalam tubuh.
4 Jenis Aktiviti Bersukan Yang Terbukti Cepat Dan Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan
4. Lompat Tali.
Lompat tali adalah salah satu aktiviti sukan yang juga cepat menurunkan berat badan, dan sangat mudah untuk dilakukan. Walaupun aktiviti lompat tali ini kelihatan amat mudah, namun ia berupaya membakar kalori paling banyak, iaitu lebih kurang 850 kalori dalam setiap 1 jam. Seluruh otot badan dapat digerakkan. Keadaan ini akan membakar banyak kalori dan juga membantu pembakaran lemak dengan cepat. Melakukan aktiviti lompat tali selama 10 minit, nilainya adalah hampir sama dengan melakukan aktiviti berjoging selama 8 minit.

Menyentuh soal pemakanan pula, pemakanan yang sihat dan seimbang yang disertai dengan pengambilan supplemen yang tertentu dapat membantu badan kita kekal sihat,cergas dan bertenaga walaupun bersukan. Kami di Shaklee ada menyediakan beberapa supplemen yang berkhasiat, selamat dan berkesan untuk anda yang aktif bersukan.

Supplemen-supplemen Tersebut Adalah : 
1. Performance Drink (PD) - PD sangat membantu untuk mengekalkan cecair dalam badan kita supaya tidak dehidrasi.
2. Energising Soy Protein (ESP) - ESP membantu memberi tenaga untuk melakukan aktiviti bersukan yang kita suka.
3. Vitamin B Complex - B Comp mengandungi B12 yang mebantu menukarkan protein, karbohidrat dan lemak kepada tenaga.
4. Vita-Lea Iron Formula - Vitalea adalah multivitamin terbaik yang membantu melengkapkan keperluan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh badan kita.
5. OsreMatrix - OsteMatrix adalah pil kalsium yang sangat penting untuk kekuatan tulang kita semasa bersukan.

6. SR Vita C Plus - Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan sistem imun tubuh untuk melindungi kita dari pelbagai penyakit.

Demikianlah aktiviti bersukan yang dapat menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan, selain aktiviti bersukan, pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah sangat penting, demi menjaga keseimbangan nutrisi yang cukup untuk badan tetap sihat dan cergas walaupun bersukan. Semoga tips di atas dapat memberi manfaat dan dapat membantu menyelesaikan masalah berat badan  berlebihan yang dialami.

Apa pun, sesuatu kejayaan itu memerlukan semangat yang tinggi. Carilah tempat yang sesuai dan menenangkan, serta rakan yang sama-sama ingin menurunkan berat badan, supaya lebih bersemangat dan termotivasi untuk melakukan aktiviti sukan tersebut.

Bagi anda yang sedang mencari supplemen yang terbaik untuk diri anda, agar kekal cergas walaupun bersukan, jangan ragu-ragu untuk mengambil supplemen shaklee. Jadilah individu yang bijak, pilihlah vitamin yang sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan untuk kesejahteraan diri yang berpanjangan. 

Bertukarlah ke arah yang lebih baik, selamat dan semulajadi.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.


(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

**Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...