Tips Menghias Ruang Tamu Sederhana Besar Agar Tetap Kelihatan Luas, Cantik Dan Menarik

0 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Kebanyakkan orang memang mengimpikan rumah yang besar, luas dan cantik. Namun semua itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Bukan semua orang berkemampuan untuk memiliki rumah seperti itu, lebih-lebih lagi pada zaman ini, di mana harga rumah semakin mahal dari semasa ke semasa. Bagi golongan sederhana seperti saya ni, dapat memiliki rumah yang sederhana pun dah bersyukur dah. Alhamdulillah..... Memang tak banyak yang boleh dilakukan untuk menghias rumah yang mempunyai ruang tamu sederhana besar ni. Ruang tamu yang terletak dekat dengan pintu masuk, adalah ruang yang ditempatkan kerusi, meja dan sebagainya untuk tetamu yang datang.

Tips Menghias Ruang Tamu Sederhana Besar Agar Tetap Kelihatan Luas, Cantik Dan Menarik

Walaupun cuma memiliki ruang tamu yang sederhana besar, namun janganlah berasa kecewa, kerana kita masih boleh menghias ruang tamu tersebut dengan berpandukan beberapa tips menghias ruang tamu sederhana besar, sehingga kelihatan luas dan cantik untuk keselesaan keluarga dan tetamu yang datang. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk menghias ruang tamu sederhana besar.

Tips Menghias Ruang Tamu Sederhana Besar.
1. Memasang Wallpaper.
Meskipun ini bukan salah satu cara untuk membuat ruang tamu lebih luas, namun hal ini boleh menjadi alternatif untuk menghias ruang tamu agar kesan efek illustrasi itu dapat menjadikan ruang tamu kelihatan luas. Pilih warna wallpaper yang cerah, kerana warna cerah akan menjadikan ruang tamu kelihatan lebih luas.

2. Pemilihan Perabot Yang Sesuai.
Untuk ruang tamu yang sederhana besar, pilihlah perabot yang tidak terlalu besar. Untuk pemilihan sofa pula, pilihlah sofa dengan ukuran yang tidak terlalu besar. Jika ingin mendapatkan kesan yang lebih cantik dan sepadan dengan ruang tamu, pilih sofa dengan warna kulit yang sesuai dengan warna tembok ruang tamu. Namun jika anda seorang yang suka meriah, maka bolehlah memilih sofa dengan warna-warna ceria dan cerah. Susun perabot agar rapat ke dinding supaya mendapat kesan yang luas.

3. Memasang Hiasan Dinding.
Hiasan dinding yang digantung di dinding akan menampakkan ruang tamu kelihatan luas. Antara hiasan dinding yang biasa digantung pada dinding ruang tamu adalah seperti lukisan, gambar-gambar yang unik atau abstrak, cermin besar dan sebagainya. Walaupun hiasan dinding kelihatan 'simple', namun berupaya menjadikan ruang tamu kelihatan lebih cantik dan menarik.

4. Meletakkan Bantal Pada Sofa.
Meletakkan bantal pada sofa, merupakan salah satu elemen yang penting. Sebaiknya, pilihlah warna bantal yang sesuai dengan ukuran dan bentuk sofa, jangan memilih bantal yang terlalu besar.

5. Meletakkan Meja Kaca.
Anda boleh meletakkan meja kaca di ruang tamu anda yang sederhana itu. Meskipun ianya akan membuat ruang terasa sedikit sempit, tetapi ia akan mempercantikkan ruang tamu anda dan meja kaca tersebut boleh berfungsi untuk meletakkan buku atau majalah.

6. Meletakkan Hamparan Karpet.
Walaupun cuma ruang tamu yang sederhana luas, namun anda boleh berdekorasi dengan menambah karpet di ruangan tamu tersebut.Selain untuk mempercantik ruang tamu, karpet juga adalah sangat berguna untuk menambah rasa hangat di dalam ruang tamu tersebut. Anda boleh memilih warna karpet yang senada dengan warna dinding, agar mendapat kesan yang sepadan. Namun semua itu bergantung kepada citarasa masing-masing.

Beberapa contoh ruang tamu sederhana besar yang cantik yang boleh dijadikan panduan untuk menghias ruang tamu sendiri.

Tips Menghias Ruang Tamu Sederhana Besar Agar Tetap Kelihatan Luas, Cantik Dan Menarik


Tips Menghias Ruang Tamu Sederhana Besar Agar Tetap Kelihatan Luas, Cantik Dan Menarik


Tips Menghias Ruang Tamu Sederhana Besar Agar Tetap Kelihatan Luas, Cantik Dan Menarik


Tips Menghias Ruang Tamu Sederhana Besar Agar Tetap Kelihatan Luas, Cantik Dan Menarik


Tips Menghias Ruang Tamu Sederhana Besar Agar Tetap Kelihatan Luas, Cantik Dan Menarik

Kesimpulannya, jangan risau jika anda memiliki ruang tamu yang sederhana besar, malah ruang tamu yang sederhana besar ini boleh menjadi lebih cantik dan indah, setanding dengan ruang tamu di rumah-rumah mewah, jika kena cara anda menghiasnya. Demikianlah beberapa tips yang boleh menjadi panduan untuk kita menghias ruang tamu kita yang sederhana besar tu. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk saya dan juga anda.

(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6537589 (for fast response) 

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Cheng,  Melaka Sentral, Taman ASEAN,  Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang. 


Sekian, terima kasih.

Salam ceria, Aini.....



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...