Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

1 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera..... 

Tahniah! Anda hamil dan kini sudah memasuki usia kehamilan di trimester pertama, di mana anda kini harus lebih menjaga kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Perlu diingatkan iaitu, ibu hamil akan mengalami banyak perubahan selama 3 bulan pertama kehamilan, di mana waktu ini, ibu seringkali merasa mual atau loya, kerap letih, sengal punggung, perubahan mood, kram kaki, kerap kencing dan sembelit. Keadaan mungkin akan merisaukan ibu hamil. Jadi, ibu hamil mesti tahu membezakan antara keadaan normal dengan keadaan yang abnormal. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

Masalah kehamilan yang sering terjadi di trimester pertama ini, biasanya hanya sementara dan tidak merbahayakan. Beberapa keadaan di antaranya merupakan masalah yang normal. Masalah yang harus diberi perhatian adalah jika masalah itu sampai menganggu dan merbahaya pada kesihatan ibu dan janin dalam kandungan. 

Berikut adalah beberapa masalah yang sering terjadi kepada ibu hamil dan tergolong dalam kategori masalah kehamilan yang normal. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

1. Berasa Mual Atau Loya. 
Berasa mual atau loya pada peringkat awal kehamilan merupakan perkara yang normal atau biasa terjadi. Hampir kebanyakkan ibu hamil akan merasakan mual atau loya atau juga dikenali sebagai morning sickness. Ini biasa dialami oleh sembilan dari sepuluh ibu hamil, yang mana sering mengalami klimaks pada waktu pagi dan menjelang malam hari. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini tergolong dalam keadaan yang normal dan tidak merbahayakan. 

Bagaimanakah cara untuk mengatasinya? Ok, ibu hamil boleh mengatasi masalah ini dengan menghindari makanan yang mengandungi banyak lemak, rehat dengan secukupnya, minum banyak air atau jus buah dan makan secara kerap dalam jumlah yang sedikit. 

Tetapi jika anda mengalami mual dan muntah dengan kerap dan berlebihan, berat badan menurun, dan kekurangan cecair dalam badan, maka anda harus segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

2. Sengal Punggung. 
Selain itu, masalah yang sering dialami oleh ibu hamil pada trimester pertama ini adalah sengal punggung. Keadaan ini terjadi kerana perubahan yang berlaku pada ibu hamil, walaupun tidak terlalu ketara, tetapi masalah ini sudah mulai wujud pada trimester pertama dan akan terus meningkat hingga ke trimester akhir. Sengal punggung biasanya disertai dengan lenguh pada bahagian leher dan kaki mulai bengkak. 

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya atau berendam menggunakan ait suam bagi membantu mengurangkan rasa lenguh. Keadaan ini biasanya akan hilang dengan sendirinya. Namun ada sesetengah kes yang berlarutan hingga ke trimester akhir. Boleh juga lakukan senaman khusus untuk ibu hamil, bagi membantu meringankan masalah ini. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

3. Kerap Letih Dan Mengalami Perubahan Mood. 
Perubahan mood yang terjadi pada ibu hamil adalah disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan yang menjadikan ibu hamil sedih dan berasa serba tak kena, ketika sedang hamil. Perubahan mood yang terjadi pada ibu hamil ini akan menjadikan emosi yang tidak stabil dan malas untuk melakukan aktiviti seharian. 

Keadaan yang berkaitan dengan perubahan mood ini adalah tidak merbahayakan. Pada ketika ini, sokongan dari suami tercinta amatlah diperlukan oleh ibu hamil ini. Justeru para suami disarankan agar dapat menambah pengetahuan mengenai kehamilan supaya dapat menjaga dan memperhatikan kesihatan isteri dan bayi dalam kandungan. 

4. Kerap Buang Air Kecil. 
Pada trimester pertama ini juga, ibu hamil akan kerap ingin buang air kecil. Keadaan ini adalah disebabkan oleh hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin) iaitu hormon kehamilan, yang akan meningkatkan aliran darah ke kawasan punggung selama kehamilan. Rahim yang semakin membesar juga akan menyebabkan pundi kencing ditekan dan akan meningkatkan kekerapan untuk buang air kecil, pada ibu hamil. 

Keadaan ini adalah normal dan dialami oleh semua ibu hamil pada trimester pertama, dan akan berterusan dan semakin bertambah seiring dengan bertambahnya usia kehamilan sehingga ke trimester akhir. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

5. Gangguan Pada Pencernaan. 
Seterusnya yang berkaitan dengan masalah kesihatan ibu hamil, di trimester pertama ini adalah,ibu akan mengalami gangguan pada sistem pencernaan. Ibu hamil akan kerap mengalami pedih ulu hati dan merasa tidak selesa. Ibu hamil juga akan ketap sendawa, kembung perut dan kentut, disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan. 

Masalah yang berkaitan dengan pencernaan dan sesekali ibu hamil akan merasa pening, adalah disebabkan oleh peningkatan hormon kehamilan. Masalah ini dapat dicegah atau dikurangkan dengan mengambil makanan yang sihat secara teratur, minum banyak air, berihat dengan secukupnya dan hindari stres. 

Berikut Adalah Masalah Yang Perlu Di Beri Perhatian Serius :


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

1. Mengalami Pendarahan. 
Trimester pertama merupakan suatu masa yang mencabar kepada ibu hamil, di mana pada ketika usia kandungan masih baru, kemungkinan terjadinya keguguran adalah tinggi. Pendarahan yang terjadi pada waktu usia kehamilan trimester pertama adalah berbeza bagi setiap ibu. Ada banyak faktor yang menyebabkan pendarahan ketika hamil. Pada kebiasaannya pendarahan yang berlaku hanya sedikit dan sementara sahaja, ini tidaklah merbahaya. 

Tetapi jika pendarahan berlaku dengan banyak, dan disertai rasa sakit yang amat sangat, maka ini adalah bahaya. Anda perlu segera berjumpa dengan doktor, bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya, demi kesihatan dan keselamatan ibu dan janin dalam kandungan. 

2. Demam. 
Jika ibu hamil mengalami demam yang tinggi sehingga mencapai 38 darjah celcius atau lebih, maka anda harus segera berjumpa dengan doktor. Dibimbangi jika ada berlaku infeksi, sehingga boleh memudaratkan perkembangan janin dalam kandungan. 

Jika anda hanya mengalami demam yang biasa, tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa yang dialami oleh setiap ibu hamil, terutama pada kehamilan trimester pertama. Sebab itulah, pengetahuan berkaitan kehamilan sangat penting untuk anda, sehingga dapat mengetahui keadaan kehamilan anda normal atau abnormal, dari masalah yang terjadi ketika kehamilan di trimester pertama lagi. 


Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

Bukan mudah ye nak jadi seorang ibu. Pelbagai kesukaran perlu ditempuhi, bermula dari awal kehamilan lagi. Ketahanan mental dan fizikal amatlah perlu. Perlu juga ada kesabaran yang tinggi dan bersedia untuk menghadapi setiap masalah kehamilan terutama pada trimester pertama ini. 

Namun begitu, janganlah berasa takut atau risau, kerana kami di shaklee ada menyediakan beberapa vitamin yang telah terbukti selamat, berkesan dan semulajadi untuk membantu anda dalam melalui fasa kehamilan dengan tenang, sihat dan ceria. 

Masalah Ibu Hamil Pada Trimester Pertama Yang Perlu Diberi Perhatian

Bagi ibu-ibu yang hamil, dan sedang mencari vitamin yang terbaik untuk diri anda dan janin dalam kandungan, jangan ragu-ragu untuk mengambil set vitamin shaklee untuk ibu hamil. 

Anda adalah ibu hamil yang bijak, pilihlah vitamin yang sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi, untuk kesihatan dan kesejahteraan anda dan janin dalam kandungan. Bertukarlah ke arah yang lebih baik, semulajadi dan selamat. 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya, Aini Musa 019-6436589

Bertindaklah sekarang! 

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee? 
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan disetiap negeri termasuk Brunei, Indonesia dan Singapura.

Hubungi saya, Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan! 


Pengedar Sah Shaklee Melaka : Aini Musa
(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response) 

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Cheng, Melaka Sentral, Taman ASEAN, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang. 

**Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia. 

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....


You may also like

1 ulasan:

  1. Teringat masa isteri mula2 pregnant dulu.

    Sy pula yg x boleh hidu bau nasik. Haha.

    BalasPadam

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...