Tips Amalan Pemakanan Orang Melayu Untuk Ibu Semasa Pantang Bersalin

0 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Pemakanan adalah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang selepas bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah menganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal ketika hamil. Apabila melahirkan anak pula, tenaga dikerah dengan begitu hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.


Tips Amalan Pemakanan Orang Melayu Untuk Ibu Semasa Pantang Bersalin

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan minum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk setiap kali minum). Diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) mengakibatkan ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang, sembelit dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah perubatan moden hari ini, menentang amalan berpantang cara orang Melayu ini.

Beberapa Tips Pemakanan Orang Melayu Untuk Ibu Semasa Pantang Bersalin.


Tips Amalan Pemakanan Orang Melayu Untuk Ibu Semasa Pantang Bersalin

1. Pemilihan Jenis Ikan.
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering, kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, dan mengelakkan ikan yang berbisa dan gatal seperti ikan duri, pari, sembilang, ikan kembung, cencaru, tongkol dan sebagainya. Makanan laut seperti udang, sotong dan kerang juga dilarang untuk memakannya. Mengikut petua orang Melayu, ikan yang paling bagus untuk ibu berpantang ialah ikan haruan dan ikan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran dengan cepat. Ikan haruan juga kaya dengan zat besi bagi cepat sembuh luka. Secara tradisinya, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.


Tips Amalan Pemakanan Orang Melayu Untuk Ibu Semasa Pantang Bersalin

2. Pengambilan Ulam-ulaman.
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperolehi di mana-mana saja, antaranya lengkuas, daun cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah vitamin A, C dan E, serta bersifat anti oksidan. Selain ulam-ulaman di atas, terdapat juga ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu berpantang, antaranya : Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, pucuk kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

3. Jenis Sayuran Dan Buah-buahan Yang Dilarang Untuk Ibu Dalam Berpantang.
Ibu pantang bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, petai, jering, terung dan sebagainya. 

Ibu pantang bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi keladi, sengkuang, manggis, bacang, kuinin, binjai dan sebagainya. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.


Tips Amalan Pemakanan Orang Melayu Untuk Ibu Semasa Pantang Bersalin

4. Jenis Ayam Dan Burung Yang Baik Untuk Ibu Pantang Bersalin.
Ibu berpantang disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Pantang Bersalin.
Pada minggu awal bersalin eloklah makan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan, kerana pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. 

Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Apa yang nyata, mengamalkan pantang makan selepas bersalin akan menjadikan ibu kembali sihat, malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak berlebihan.

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu pantang bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, samada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera. Selain dari itu, ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa pantang bersalin. 

Menurut orang tua-tua, buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.

Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau bahasa saintifikknya flatulence, boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. 

Resepi Untuk Ibu Pantang Bersalin.
1. Sup Ikan Haruan.
Mudah saja menyediakan sup ikan haruan ni. Cuma memerlukan sedikit air asam jawa, lada hitam dan juga halia. Rebus dengan sedikit air sehingga ikan masak. Kata orang tua-tua, ibu pantang bersalin, elok sangat makan ikan haruan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan. Ikan haruan akan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

2. Ikan Haruan Bakar.
Selain sup, ikan haruan juga boleh dibakar dan dimakan dengan air asam jawa pekat, bawang besar dan lada hitam. 

3. Sup Ayam.
Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.

4. Sup Kentang.
Ibu pantang bersalin, tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak. Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati sup kentang yang dicampurkan dengan suun. Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. 

5. Ikan Bilis Sangai.
Ikan bilis disangai hingga garing. Kemudian dicampurkan dengan halia. Bahan tambahan ialah air asam jawa dan dimakan dengan 5 ulas mawang merah dan ulam pegaga. 

6. Halia Padi.
Halia padi adalah halia yang kecil isinya. Dengan memakan halia ini, ia bertindak membuang angin dalam badan. Hidangan ini boleh dimakan dengan air asam, bawang merah dan juga lada hitam. 

7. Halia Bara.
Halia bara dihidangkan dengan 5 ulas bawang merah, air asam jawa dan sedikit lada hitam. Ia hendaklah selalu dimakan kerana ia dapat memanaskan badan ibu yang baru bersalin. Selain halia bara, anda juga boleh makan isi jerangau atau lempoyang.

8. Bonglai.
Bonglai sangat bagus untuk menghilangkan bau badan. Susu badan juga tidak berbau. Bonglai dibuang kulit dan dimakan dengan bawang besar yang dimayang dan juga air asam jawa pekat yang dibancuh dengan sedikit garam. Air asam membantu mengecutkan dinding perut yang mengembang setelah bersalin.

9. Pokok Kunci.
Ia berbentuk panjang berwarna coklat. Kulitnya dibuang dan ia dimamah begitu saja dengan nasi. Pokok kunci bertindak mengunci nafsu makan dan angin pada badan.

10. Pegaga.
Amalan memakan pegaga sewaktu pantang bersalin, sangat bagus untuk kesihatan.

Tips Amalan Pemakanan Orang Melayu Untuk Ibu Semasa Pantang Bersalin
Selain dari mengamalkan pemakanan herba dan ulam-ulaman, ibu pantang bersalin juga hendaklah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan vitamin-vitamin tertentu juga amat perlu untuk memulihkan tenaga, kecergasan, cepat sembuh luka, membanyakkan susu ibu serta mengawal stress. Shaklee ada menyediakan beberapa vitamin yang terbaik untuk ibu pantang bersalin. Di antara vitamin-vitamin untuk ibu pantang bersalin ialah : Vita-Lea Iron Formula, SR Vita C Plus, B Complex, Alfalfa, OsterMatrix dan ESP. Untuk kesan yang lebih hebat, boleh add on Vivix.

Bagi ibu-ibu yang sedang mencari vitamin yang terbaik untuk diri anda, agar kekal sihat, cergas, bertenaga dan gembira menjalani hari-hari berpantang. Jangan ragu-ragu dan bertindaklah sekarang untuk mendapatkan vitamin-vitamin shaklee. Jadilah individu yang bijak, pilihlah vitamin yang sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan untuk kesejahteraan diri sendiri. Bertukarlah ke arah yang lebih baik.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589

Anda berminat menjadi pengedar shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. 

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...