Cara Atasi Masalah Gila Meroyan Ketika Dalam Pantang Bersalin Yang Perlu Diberi Perhatian Serius!

1 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak atau bersalin.  Meroyan atau Gila Meroyan merupakan istilah umum orang Melayu, terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita golongan profesional. 

Cara Atasi Masalah Gila Meroyan Ketika Dalam Pantang Bersalin Yang Perlu Diberi Perhatian Serius!

Apa Itu Gila Meroyan (postpartum pyschosis) Selepas Bersalin?
Gila Meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayinya serta orang di sekelilingnya. 

Pendapat terkini mengatakan penyakit Gila Meroyan (postpartum pyschosis) juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa yang lain. Dalam kalangan 1000 ibu yang bersalin, satu hingga dua orang (1-2 : 1000) boleh diserang penyakit Gila Meroyan. Ia biasanya terjadi bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin, dan dua pertiga daripada pesakit mendapat Gila Meroyan dalam dua minggu pertama selepas kelahiran.

Gejala Gila Meroyan juga boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi, seperti perasaan resah dan tidak tenang. Mereka tidak dapat cukup tidur, walaupun bayi tidur lena. Mereka sering berasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang menghidap penyakit Gila Meroyan ini akan mengalami emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. Gila Meroyan berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima oleh akal yang waras. Separuh daripada mereka mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

Ada di kalangan pesakit ini, yang beranggapan bahawa bayinya cacat, walaupun sebenarnya sihat. Ada juga yang beranggapan bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, atau bayi yang dilahirkan itu membawa sial dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka (25%) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh membunuh bayi mereka dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami Gila Meroyan, tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, mereka membenci bayi tersebut, dan ada juga yang cuba membunuh bayi mereka. Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu yang mengalami Gila Meroyan ini juga tinggi. Maka dengan ini, semua orang di sekeliling mereka wajib memainkan peranan di dalam membantu untuk membendung masalah Gila Meroyan ini. 

Berikut adalah peranan orang di sekeliling ibu selepas bersalin yang semestinya memberi perhatian kepada ibu tersebut.


Cara Atasi Masalah Gila Meroyan Ketika Dalam Pantang Bersalin Yang Perlu Diberi Perhatian Serius!

1. Peranan Suami :
*  Menjaga pemakanan isteri (belikan herba-herba, atau makanan yang sihat, seimbang dan     baik untuk isteri).
*  Memudahkan urusan isteri kalau isteri berpantang di rumah sendiri, tanpa bantuan lain
    (hantar baju ke dobi, upah orang hantar makanan ke rumah, tolong jaga bayi untuk beri
    masa isteri berehat atau tidur, jaga dan uruskan anak-anak yang lain jika ada).
*  Memahami jiwa isteri untuk berpantang, sama ada mahu berpantang di rumah sendiri,
    rumah ibu atau rumah mertua. Jangan paksa isteri untuk pergi ke rumah mertua jika
    isteri tak mahu.
*  Tidak meminta dan mengarah isteri untuk benda yang pelik-pelik, nak makan 
    sedap-sedap, ajak isteri keluar, nak balik rumah mak, nak itu, nak ini, cukuplah isteri tu
    bagai nak putus nyawa melahirkan zuriat anda, bagilah masa untuk isteri nak rehat. 
*  Hentikan dulu aktiviti-aktiviti luar seperti futsal, lepak kedai mamak, memancing, urusan
    outstation dan sebagainya, buat sementara waktu.
*  Tidak merungut kerana rumah bersepah, kalau rasa bersepah, tolong kemaskan atau upah
    orang datang kemaskan rumah tu. 

2. Peranan Ibu Atau Mertua :
*  Tidak memaksa ibu baru bersalin untuk berpantang cara mereka, tetapi boleh
    mencadangkan cadangan tanpa paksaan.
*  Tidak sibuk merungut tentang keadaan rumah menantu atau anak.
*  Jangan di banding-bandingkan muka cucu, jangan komen rupa, warna kulit dan ikut
    muka siapa. Allah dah bagi, ikut muka siapa, tidak akan lari muka anak kita sendiri atau
    menantu kita, Allah dah kurniakan cucu, bersyukurlah.....
*  Usah jadi nujum mak belalang, ramal masa depan bayi tu, nanti degil lah, nanti nakal lah,
    nanti...nanti...nanti...macam-macam komen.
*  Jangan bising-bising kalau anak menantu nak ikut cara dia sendiri berpantang,
    kadangkala ibu-ibu muda ni dah banyak baca dan kaji semua, sekarang zaman orang
    pandai google, kalau anak menantu minta nasihat, baru bagi nasihat.
*  Usah bising kalau anak menantu nak berpantang sendiri, mesti ada sebab dia nak
    berpantang sendiri, mungkin dia rasa selesa di rumah sendiri atau sebab lain, tidak perlu
    tahu sebab apa. Anak menantu bukan budak darjah 1, tidak tahu nak berfikir, tidak perlu
    ibu atau mertua pening kepala fikir masalah mereka, nanti naik darah tinggi pula, kan
    susah.....

3. Peranan Saudara Mara :
*  Jangan datang ziarah, duduk saja tunggu tuan rumah hidang makanan dan air, ada pula
    tu siap buat permintaan khas suruh masak macam-macam. Tolong-tolonglah tuan
    rumah...tolong jaga bayi ke..., tolong kemas rumah ke...atau kalau tolong masak lagi bagus
    kan.
*  Tak perlu jadi tukang komen muka bayi tu. Semua nak tanya, kenapa hitam, kenapa
    putih, kenapa hidung pesek, kenapa hidung mancung, kenapa itu, kenapa ini. Tengok saja
    dah lah, bukan ke semua yang Allah cipta tu cantik.....Malah mereka datang dari syurga
    dan tiada dosa.
*  Kalau datang dari jauh, silalah sewa homestay atau tempat tidur yang lain, selalunya
    orang berpantang ni perlukan 'privacy' ketika menyusukan bayi dan ketika membersihkan
    diri. Jadi tak perlulah sampai nak bermalam di rumah mereka.
*  Pastikan tidak ada yang sakit demam, selsema dan batuk yang datang untuk menziarah
    bayi. Ini kerana bayi yang baru lahir tu, antibodi masih lemah, mereka mudah terkena
    jangkitan. Jadi berhati-hatilah ye.....
*  Kalau datang, bayi sedang tidur, jangan dikejut bayi tu. Mungkin bayi tu baru saja tidur,
    susah payah ibu tidurkan. Tolonglah faham keadaan ibu tu ye.

4. Kawan-kawan Dan Jiran Tetangga :
*  Datang melawat selepas habis berpantang adalah lebih baik.
*  Jangan melawat jika anda atau anak anda tidak sihat.
*  Jangan datang dan tunggu saja tuan rumah hidangkan air, sebaiknya datang dengan
    membawa makanan dan bantu tuan rumah untuk hidangkannya.
*  Janganlah datang melawat lama-lama sangat. Tuan rumah pun nak rehat juga.
*  Jangan sesekali komen fizikal dan rupa bayi.
*  Tawarkan makanan berpantang, jika ibu tu berpantang sendiri.
*  Jangan sembang dan ketawa kuat-kuat, sampai bayi pun terjaga.
*  Jaga kelakuan anak-anak anda, jangan biarkan anak-anak anda merayau ke setiap ruang
    rumah, tuan rumah tu.
*  Jangan ambil gambar ibu berpantang yang tidak menutup aurat, kemudian post ke FB,
    "melawat joyah dapat baby girl", tolonglah jaga aib dan aurat ibu berpantang tu ye.


Cara Atasi Masalah Gila Meroyan Ketika Dalam Pantang Bersalin Yang Perlu Diberi Perhatian Serius!
Selain itu  PengambilanVitamin-vitamin tertentu untuk ibu pantang bersalin juga adalah sangat disyorkan. Ini bagi membantu atau mengurangkan berlakunya tekanan emosi sehingga menyebabkan terjadinya penyakit Gila Meroyan yang tidak diingini. Vitamin yang terbaik di pasaran masa kini sudah tentulah Vitamin Shaklee. Jadilah pengguna yang bijak, pilihlah vitamin-vitamin yang semulajadi, selamat dan berkesan untuk kesejahteraan diri anda sendiri. Bertukarlah ke arah yang lebih baik, semulajadi dan selamat. Maklumat lanjut boleh baca di sini << Set Vitamin Ibu Berpantang >>

Kepada ibu-ibu yang sedang hamil, menunggu hari untuk bersalin dan yang sedang dalam berpantang, jaga diri anda. Jangan biarkan perkara-perkara luaran yang tak sepatutnya menganggu emosi dan perasaan anda. Sentiasalah bersabar, dan jalanilah hari-hari berpantang dengan ceria bersama bayi anda. Amalkan berzikir dan berselawat ketika dalam berpantang, dapat menenangkan hati. In sya Allah.....

Demikianlah antara perkara-perkara yang boleh diguna pakai sewaktu berhadapan dengan ibu yang dalam pantang bersalin. Sama-samalah kita membantu mereka, untuk mengawal emosi mereka agar mendapat ketenangan dan ceria ketika melalui tempoh berpantang.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589

Anda berminat untuk menjadi Pengedar Sah Produk Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terbukti selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. 

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan! 


(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima Kasih

Salam ceria, Aini..... 



You may also like

1 ulasan:

  1. sokongan ahli keluarga sgt penting...tp zaman skrg semua bekerja
    jadi Bcomplex sgt membantu utk elak meroyan

    BalasPadam

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...