7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari

0 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Makanan merupakan keperluan untuk meneruskan kehidupan. Makanan bukan saja untuk memberi kita tenaga, tetapi juga untuk menjaga kesihatan agar kekal sihat dan cergas. Kita dianjurkan supaya, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan ye. Sebagai ibu, walaupun makanan itu keperluan untuk hidup, kita perlulah bijak memilih makanan yang ingin kita makan sehingga menjadi darah daging kita. Pilihlah makanan yang halal, bersih dan sihat untuk seisi keluarga kita terutama untuk anak-anak kita yang sedang membesar. Didik anak-anak kita kepada tabiat pemakanan yang sihat.


7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari

Anak-anak yang bersekolah memerlukan makanan yang sihat dan seimbang untuk tumbesaran yang sihat dan untuk menjana tenaga, kerana bebanan aktiviti sekolah yang banyak. Ada di antara anak-anak yang bersekolah dari pagi sampai petang. Pagi sekolah biasa, petang pula sekolah agama. Ini amat memenat dan meletihkan mereka. 

Berikut ialah 7 tips pemakanan sihat untuk anak kekal sihat dan cergas sepanjang hari :


7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari

1. Perkenalkan Piramid Makanan Kepada Anak. 
Berapa ramai di antara kita yang faham tentang keperluan pengambilan makanan sihat, yang mengikut piramid makanan seimbang? Kebanyakkan kita tidak peka terhadap keperluan zat makanan yang kita makan setiap hari. Apa kata, kita ajar anak-anak kita tentang piramid makanan dan keperluan makanan mengikut katogeri seperti karbohidrat, protein, kalsium, sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Apabila mereka faham tentang apa fungsi setiap kumpulan makanan itu, mudahlah untuk kita menggalakkan mereka makan makanan yang sihat dan seimbang. 


7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari

2. Kawal anak-anak daripada makanan ringan atau 'jajan'. 
Makanan ringan atau 'jajan' sememangnya menjadi kegemaran kebanyakkan kanak-kanak, tetapi ia adalah musuh utama ibu bapa. Ramai ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka makan 'jajan', kerana ia langsung tak berkhasiat, malah jika diambil berlebihan, boleh memudaratkan kesihatan anak-anak kita. Kanak-kanak juga sering terdedah kepada pelbagai iklan makanan ringan yang menarik. Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan dan sangat tidak berkhasiat. Ada juga ibu bapa yang memang membiasakan anak-anak mereka dengan 'jajan', kerana tidak mahu anak mengamuk. Ini satu tindakan yang salah, kerana apabila mereka sudah biasa terdedah dengan 'jajan' sejak kecil lagi, maka mereka akan lebih gemar makan makanan tersebut berbanding makanan berkhasiat. 


7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari

3. Sediakan Sarapan Pagi Yang Berkhasiat
Sarapan pagi yang berkhasiat sangat penting. Jangan jadikan waktu pagi yang sibuk, sebagai alasan tidak bersarapan. Biasakan anak makan sarapan pagi, walaupun sekadar minum segelas susu dan makan sekeping roti. Sarapan pagi disarankan agar keperluan kalori yang menjana tenaga anak dapat disediakan. Biasakan anak mengambil sarapan pagi sejak di awal usia lagi. 


7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari

4. Banyakkan Minum Air Masak Atau Air Kosong. 
Air sangat diperlukan dalam badan manusia. Biasanya anak kecil tidak suka minum air terutama air masak. Oleh kerana mereka sangat aktif, maka golongan kanak-kanak mudah terkena dehidrasi. Ajar anak-anak supaya biasa minum air masak dalam kuantiti yang banyak sejak kecil lagi. Beritahu mereka mengapa semua orang perlu minum air masak yang banyak. Jika boleh, tunjukkan atau beritahu kesan buruk yang bakal diperoleh jika kurang minum air masak. 


7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari
5. Katakan Tidak Kepada Air Manis. 
Anak kecil tidak tahu tentang minuman manis dan berperisa, seperti air berkarbonat, minuman kotak dan sebagainya yang manis, jika tidak diperkenalkan oleh orang dewasa. Minuman ini tinggi kandungan gulanya dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Gula yang tinggi boleh menyebabkan mereka menjadi hiperaktif dan tidak fokus kepada sesuatu perkara. Kekerapan meminum air yang manis ini juga boleh mengundang pelbagai penyakit. Justeru tidak hairanlah,  pada zaman sekarang, kanak-kanak pun boleh menghidap penyakit kencing manis. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlulah lebih prihatin terhadap pemakanan anak-anak. 


7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari
6. Biasakan Anak Makan Kudapan Yang Berkhasiat. 
Ibu perlu kreatif menyediakan makanan sihat untuk anak. Kalau anak cerewet untuk makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan sebagainya, maka pelbagaikan cara penyediaan makanan tersebut, agar menjadi makanan yang menarik kepada anak-anak. Misalnya anda boleh membuat sendiri kudapan seperti kerepek ubi keledek, kerepek kentang, kerepek bayam, ais krim oreo, smoothies buah- buahan dan sebagainya lagi, bagi menggantikan makanan atau minuman ringan yang dijual di luar. Makanan ringan seperti kacang-kacangan, badam, kismis dan kurma juga sangat bagus dan berkhasiat. 
7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari

7. Galakkan Anak-anak Aktif Beriadah. 
Biasakan anak-anak supaya aktif bermain di luar rumah, berbanding hanya terperap menonton televisyen atau bermain permainan video di dalam rumah sambil menguyah makanan ringan. Anak yang aktif akan lebih betenaga dan sihat, kerana ketika bermain mereka mengeluarkan peluh. Ibu bapa juga boleh beriadah bersama anak-anak pada waktu hujung minggu, bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. 


7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari

Selain daripada tips pemakanan sihat di atas, anak-anak juga perlu diberi vitamin yang sesuai untuk mereka. Vitamin ini memainkan peranan yang penting bagi membantu anak-anak mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran yang sihat. Ini kerana, walaupun mereka sudah makan makanan yang sihat, belum tentu mereka mendapat nutrisi yang cukup untuk keperluan harian mereka. 

Bukan mudah ye untuk menjadi seorang ibu. Perlu sentiasa prihatin akan pemakanan dan perkembangan anak-anak. Setiap ibu bapa, sememangnya mengharapkan agar anak-anak sentiasa sihat, cergas dan bertenaga, rajin dan pandai belajar. Anak-anak sihat, ibu bapa hebat. 


7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Kekal Sihat Dan Cergas Sepanjang Hari

Sememangnya terdapat lambakan vitamin di pasaran. Namun sebagai ibu bapa yang prihatin, anda seharusnya bijak memilih vitamin yang terbaik untuk anak- anak anda. Pilihlah vitamin yang sentiasa selamat, semulajadi dan sentiasa berkesan untuk anak-anak tercinta. Jangan sesekali berikan anak-anak anda vitamin yang sintetik. Betukarlah kepada vitamin yang semulajadi, selamat dan berkesan. Shaklee ada menyediakan set vitamin yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Klik sini <<Set Vitamin Anak>>

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.

Anda berminat untuk menjadi pengedar shaklee? 
Dengan kualiti produk yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Brunei, Indonesia dan Singapura. 

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan. 


(Shaklee ID : 1118070)
Sms /whatsapp : 019-6436589 (for fast response) 

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman ASEAN, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang. 

**Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia. 

Terima kasih. 

Salam ceria, Aini..... 



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...