5 Jenis Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan

0 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Dalam kehidupan seharian, kecelakaan atau kecederaan pada tubuh badan sering berlaku. Pepatah Melayu ada mengatakan, "Malang Tidak Berbau". Kecederaan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah ketika bersukan. Apabila berlakunya kecederaan, beberapa langkah perlu dilakukan untuk memberi bantuan atau pertolongan kepada mangsa yang tercedera. Ini kerana, pertolongan cemas yang diberikan itu akan dapat mencegah kecederaan daripada menjadi lebih parah.

5 Jenis Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan

Sistem otot rangka manusia merangkumi tulang belakang, sendi, ligamen dan otot. Fungsi utama sistem ini adalah untuk menampung tubuh badan manusia serta untuk membolehkan manusia bergerak. Di samping itu, sistem otot rangka juga melindungi organ-organ penting seperti jantung, paru-paru, otak, ginjal dan hati. Kecederaan pada sistem otot rangka lazimnya boleh berlaku dalam keadaan akibat kemalangan jalan raya, semasa bersukan, kemalangan sewaktu bekerja dan kemalangan domestik.

Terdapat Beberapa Kecederaan Yang Biasa Ketika Bersukan, Antaranya Ialah :

5 Jenis Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan

1. Kecederaan Tulang.
Tulang yang patah atau retak (fraktur) boleh disebabkan oleh dua keadaan iaitu, hentakan langsung (direct force), iaitu apabila tulang patah atau retak di bahagian yang menerima hentakan seperti sepakan atau pukulan yang kuat, dan hentakan tidak langsung (indirect force), iaitu apabila tulang patah atau retak, beberapa jarak dari bahagian yang menerima hentakan. Penguncupan otot-otot secara mengejut juga boleh mengakibatkan fraktur. 

2. Kecederaan Otot.
Kecederaan otot (strain) berlaku apabila otot diregang secara berlebihan. Keadaan ini berlaku pada mereka yang menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan sehingga berlakunya kekejangan otot. Biasanya seseorang yang bersukan, melakukan aktiviti fizikan tanpa membuat pemanasan badan terlebih dahulu, boleh menyebabkan terjadinya kekejangan otot.

5 Jenis Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan

3. Kecederaan Ligamen.
Terseliuh (sprain), kecederaan yang berlaku pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut sehinga mengoyakkan ligamen dan tisu yang berhubung kait dengan sendi berkenaan. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya individu berkenaan membuat pergerakan mengejut seperti berpusing sewaktu berlari atau sewaktu mengejar bola.

5 Jenis Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan

4. Kecederaan Sendi.
Dislokasi (dislocation), keadaan ini berlaku apabila hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sekiranya tulang sendi terkeluar sebahagian sahaja, keadaan ini disebut sebagai dislokasi separa (partial dislocation atau subluxation). Sendi-sendi yang biasa terlibat ialah bahu, siku, ibu jari, jari tangan dan rahang bawah.

5 Jenis Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan

5. Kecederaan Abdomen.
Rasa sakit atau pedih pada bahagian abdomen. Terjadi kekejangan pada otot abdomen apabila melakukan aktiviti senaman, terutaman bagi orang yang tidak biasa berlatih atau bersukan.

Apakah Simptom-simptom Kecederaan Tulang, Sendi, Ligamen Dan Otot?
1. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi, ligamen dan otot.
2. Mangsa mendengar bunyi atau merasa 'tulang patah'.
3. Ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota yang tercedera.
4. Merasa kebas, parestesia atau anestesia, dan hilang denyutan nadi pada anggota 
     yang tercedera.
5. Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal.
6. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi, ligamen dan otot.
7. Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi yang tidak normal.

Cara Rawatan Untuk Kecederaan Ketika Bersukan.


5 Jenis Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan
1. Terseliuh.
Terseliuh adalah satu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan tisu-tisunya terpusing. Biasanya berlaku pada pergelangan tangan atau kaki. 
Cara Rawatan :
* Letakkan ais pada sendi yang cedera untuk mengurangkan bengkak dan melegakan
   kesakitan.
* Jika pergelangan kaki terseliuh, bukakan kasutnya dengan segera.
* Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi dalam keadaan yang paling selesa.
   Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh, ampu tangan di bahagian tercedera
   dengan anduh besar.
* Lekapkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balutnya dengan pembalut krep
   mengikut angka lapan. Bawa mangsa ke hospital.

2. Terkehel.
Terkehel adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan kedudukannya berubah. Tandanya adalah berubah kedudukan sendi, berubah rupa, bengkak dan lebam. Rasa sakit yang amat sangat pada sendi.
Cara Rawatan :
* Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel itu.
* Jangan gerakkan anggota yang cedera dan biarkan dalam kedudukan paling selesa.
* Bawa mangsa berjumpa dengan doktor dengan segera.

3. Urat Daging Terkoyak.
Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau terkoyak, disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti ketika mengangkat benda berat atau bermain. Otot yang tercedera akan menjadi bengkak dan lebam. Terasa sakit ketika bergerak, dan mungkin menjadi kaku.
Cara Rawatan :
* Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa.
* Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan dalam tempoh 
   24 jam.
* Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga. Bawa mangsa ke hospital.


5 Jenis Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan

4. Kejang Otot.
Kejang otot adalah suatu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan sakit, kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. Ini disebabkan oleh kehilangan air akibat perpeluhan yang berlebihan, dan pengaliran  darah ke otot yang kurang. Biasanya berlaku di depan peha (quadriceps), belakang peha (hamstring) atau betis (calves). Orang yang kejang otot akan berasa letih dan sakit otot yang teruk.
Cara Rawatan :
* Rehatkan mangsa.
* Memanjangkan otot yang mengejang. Luruskan bahagian otot (tangan, kaki atau peha)
   dan regang secara perlahan-lahan.
* Beri mangsa minum air sejuk.

5. Pedih Perut.
Ketika bermain, berlari atau melakukan aktiviti senaman, terutama bagi yang tidak biasa berlatih, sering terjadi kekejangan pada otot abdomen, dan akan terasa sakit atau pedih pada abdomennya. 
Cara Rawatan :
* Rehatkan mangsa secara baring terlentang.
* Beri mangsa minum air panas.
* Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit itu.

Bagi mereka yang berminat untuk bersukan, pastikan keselamatan diri dengan memakai peralatan sukan yang sesuai dan selamat, serta tidak melebihi kemampuan diri sendiri. Sebelum memulakan sesuatu permainan sukan, adalah dinasihatkan supaya membuat beberapa latihan regangan (streching) untuk mengelakkan dari kecederaan sukan yang teruk. 

Latihan penyejukan (cooling down) juga mustahak untuk membekalkan semula oksigen yang telah digunakan, dan untuk mengelakkan anggota badan dari kecederaan apabila selesai menjalani sesuatu latihan fizikal, beriadah dan bersukan. Sebarang tindakan pertolongan cemas untuk merawat pesakit, mestilah berasaskan kepada prinsip-prinsip tertentu, jangan melakukan sesuatu tindakan yang melangkau kemampuan kemahiran seseorang penolong cemas, kerana ianya boleh menjejaskan rawatan doktor.

Selain itu, pengambilan supplemen tertentu untuk mereka yang aktif bersukan juga amat disyorkan. Ini bagi membantu mengelakkan atau mengurangkan berlakunya kecederaan-kecederaan yang tidak diingini. Supplemen yeng terbaik di pasaran sudah tentulah supplemen Shaklee. Jadilah individu yang bijak, pilihlah supplemen yang sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan untuk kesejahteraan diri sendiri. 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589 sekarang!

Inginkan penjimatan ketika membeli produk? Jom daftar sebagai pengedar Shaklee sekarang!

Dengan kualiti produk yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri, termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. 

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar Shaklee, kehadiran anda amat dialu-alukan!


(Shaklee ID : 1118070)
Sms/whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Sekitar Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Malim, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.

** Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruh Malaysia.

Terima kasih.

Salam ceria, Aini.....    



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...