5 Faktor Kanak-kanak Lambat Bercakap Yang Ibubapa Perlu Tahu

0 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera.....

Sebenarnya, semua kanak-kanak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membina ayat. Namun, selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang kanak-kanak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat pandai bercakap, ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat bercakap itu, lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap, tapi kemudiannya mereka lebih petah dan berjaya dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap tadi.

5 Faktor Kanak-kanak Lambat Bercakap Yang Ibubapa Perlu Tahu

Ada anak yang mula awal bercakap, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula bercakap, namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun, jelas dan lancar, berbanding yang awal bercakap tadi. Oleh itu, jangan melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran itu dalam keadaan waktu mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

Mengapa Anak Lambat Bercakap?
Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu dirangsang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka dan meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar saja perkembangan bahasa mereka ini sedikit lambat. Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola dan sebagainya.

Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk cepat boleh bercakap juga, boleh jadi akan lambat untuk mula bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba, disebabkan oleh desakan dan paksaan dari ibubapa. Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat mula bercakap, biasanya apabila mereka telah mula bercakap, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih tepat dan jelas, kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.
5 Faktor Kanak-kanak Lambat Bercakap Yang Ibubapa Perlu Tahu

Terdapat 5 faktor penting yang memainkan peranan utama, dalam menentukan bahawa perkembangan percakapan anak berjalan dengan memuaskan, yang perlu diberi perhatian oleh ibubapa.

Faktor-faktor Tersebut ialah :
1. Ketiadaan Kecacatan Akal.
Kanak-kanak yang cacat akalnya memang selalu lambat bercakap. Biasanya kanak-kanak yang berumur empat tahun, yang cacat akal hanya mencapai tahap bahasa seakan-akan kanak-kanak yang berumur dua tahun atau kurang daripada itu. Semakin rendah kebolehan inteleknya, semakin lambatlah dia mula bercakap. Cara kanak-kanak yang cacat akalnya mengeluarkan kata-kata dari umur bayi hingga umur pra-sekolah, selalunya berlainan dari kanak-kanak yang sihat akalnya. Kepastian bahawa kanak-kanak itu cacat akal boleh dibuat setelah pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi pemeriksaan klinikal, latar belakang sosial dan penilaian psikologinya dijalankan.

2. Pendengaran Yang Baik.
Pendengaran adalah pancaindera yang paling penting untuk proses perkembangan pertuturan. Jika seseorang kanak-kanak itu tidak boleh mendengar semenjak dari lahir lagi, kesannya ke atas perkembangan pertuturan amatlah buruk sekali. Ini biasa terdapat pada kanak-kanak yang pekak disebabkan oleh keadaan yang disebut 'Congenital Rubella Syndrome'. Walaupun umurnya sudah tiga tahun, dia masih tidak boleh bercakap.  

Kesan kepada perkembangan pertuturan kurang sedikit buruknya, jika gangguan kepada pendengaran berlaku selepas kanak-kanak berumur tiga tahun. Proses perkembangan pertuturan adalah pesat sekali dari lahir hingga umur tiga tahun, dan jika kehilangan pendengaran berlaku pada waktu ini, akibatnya ialah kerosakan perkembangan pertuturan yang sukar dipulihkan semula, walaupun dengan latihan pertuturan. 

3. Ketiadaan Kecacatan Fizikal Seperti Yang Timbul Daripada Gangguan Urat Saraf. 
Kecacatan fizikal seperti berlaku pada kanak-kanak yang mengalami kekurangan oksigen diwaktu kelahiran, kadang-kadang boleh menganggu fungsi alat peti suara. Kanak-kanak yang mengalami keadaan yang disebut 'palsi serebral' biasanya didapati sukar bercakap. Untuk seseorang kanak-kanak itu mengunakan bahasa yang betul, dia perlu memahami apa yang dicakapkan kepadanya serta melafazkan pemikirannya. Jarang sekali terdapat di mana seseorang kanak-kanak itu tidak boleh memahami bahasa,  dari itu dia tidak boleh bercakap. Ada pula yang boleh memahami bahasa tetapi tidak boleh melafazkan pemikirannya. Kanak-kanak seperti ini selalu mengunakan isyarat untuk mengatakan kehendaknya, walaupun jelas dari kelakuannya yang dia bukan pekak atau cacat akal. 

4.  Perkembangan Emosi Yang Sihat. 
Gangguan emosi dikalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah ke bawah, boleh mengakibatkan gangguan kepada perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang selalu bersendirian, tidak pernah berinteraksi dengan kelakuan anehnya, tidak akan dapat stimulasi serta dorongan yang sesuai untuk membolehkan dia mempelajari bahasa. 

Bukan semua kanak-kanak yang mengalami pengalaman sedih atau pahit menunjukkan kesan-kesan ini. Ada juga yang tidak terjejas perkembangan pertuturan dan kognitif, sementara yang lain pula memerlukan latihan yang khas untuk membaiki pertuturan, interaksi sosial, kognitif serta kemahuan asas (seperti makanan, membersih diri, memakai pakaian atau kasut mereka dengan sendiri). Kekurangan rangsangan yang sesuai merupakan suatu punca yang biasa didapati dikalangan kanak-kanak yang dirujuk ke klinik kerana lambat bercakap. 

5. Persekitaran Dan Stimulasi Yang Memuaskan. 
Persekitaran yang penuh dengan peluang untuk kanak-kanak itu bercakap adalah penting. Bayangkanlah seorang kanak-kanak yang ditinggalkan berseorangan, di dalam bilik sepanjang masa, hari demi hari tanpa kasih mesra ibubapa dan interaksi sosial. Dia akan mengalami masalah memahami dan mengunakan bahasa.

Seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata-kata seperti aa, aa, ahggege, bababa, dededed, mamamam, nanana dan seterusnya sebelum dia dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Memang digalakkan ibu bapa menyahut baik kata-kata ini sambil bercakap-cakap yang berpada dengan suasana dan umur bayi atau kanak-kanak itu. Inilah satu cara yang baik bagi merangsang bayi bercakap.

Unsur perwarisan juga adalah satu lagi sebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap. Memang selalu didapati keadaan di mana, ibu atau bapa kanak-kanak itu juga lambat mula bercakap pada masa mereka kecil. Kanak-kanak lelaki lebih kerap didapati mengalami masalah ini. Ini hanya dapat dipastikan setelah pemeriksaan yang menyeluruh dibuat untuk mengetepikan unsur-unsur yang lain.


5 Faktor Kanak-kanak Lambat Bercakap Yang Ibubapa Perlu Tahu

Macamana Nak Kesan Anak Ada Masalah Lambat Bercakap? 
Jadi, bagaimana nak tau yang anak kita tu termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka, seperti "nak", "duduk", "bye bye", sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau.

Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan)  yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat mengunakan bahasa badan, seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton TV, nak minum susu, nak tukar lampin, nak mainan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina "bahasa" dalam pemikiran mereka.


Anda hanya perlu risau dan bawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir dua tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut. Namun begitu, apabila ibubapa merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebaiknya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber"bahasa" samada mendengar,  memahami atau bertutur, maka mereka ada ujian yang dapat menentukannya. Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin.  Lebih awal mereka diberi rawatan, lebih tinggi peluang mereka untuk pulih kembali. 

Anak Hanya Boleh Sebut Satu Perkataan Sahaja? 
"Anak saya hanya boleh mengunakan satu patah perkataan sahaja pada satu-satu masa, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi, sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau? ".

Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi, dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut. 

Bagaimana Merangsang Anak Bercakap? 
Selagi mana anak boleh mengunakan beberapa patah perkataan, mengunakkan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.


5 faktor Kanak-kanak Lambat Bercakap Yang Ibubapa Perlu Tahu

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mempercepatkan Perkembangan Bahasa Anak? 
1. Perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka dan cuba minta mereka bercakap.

2. Sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut "nak", tanyakan kembali "Aiman, nak apa? Nak susu? Nak mainan?". Atau apabila dia sebut "bola", ulang kembali "Aiman nak main bola?". Jadikan ianya kebiasaan.

3. Jangan sekali-kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

4. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk bergaul dangan kanak-kanak yang lain.

5. Akhir sekali, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu, adalah Yang Maha Esa.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan berlakunya masalah pertuturan di kalangan kanak-kanak, ibubapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang digunakan adalah sepadan dengan umur anak tersebut. Peluang untuk anak-anak mereka mendengar bahasa dan mengunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.


Jika ibubapa atau penjaga selalu bercakap cepat, mengunakan perkataan yang tidak seimbang dangan kebolehan kanak-kanak memahaminya, sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan anak-anak mereka. Pengunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak-kanak. Perkembangan intelek sangat mempengaruhi tahap pengunaan bahasa. Jika kanak-kanak lambat bercakap, pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.


Akhir sekali saya ingin menegaskan bahawa, selain daripada kesihatan tubuh badan, tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang baik, persekitaran yang penuh dengan stimulasi, adalah perlu diberikan kepada kanak-kanak, untuk mengalakkan perkembangan bahasa mereka secara optimum.



5 Faktor Kanak-kanak Lambat Bercakap Yang Ibubapa Perlu Tahu

Berkenaan dengan pemakanan pula, boleh cuba beri anak-anak, supplemen Set Vitamin Premium Shaklee, yang dapat membantu mereka supaya lebih sihat, cergas dan lebih fokus, bagi memudahkan mereka belajar bercakap dengan cepat. In sya Allah..... 

Set Vitamin Premium Shaklee Untuk Kanak-kanak ini terdiri daripada, Vita-Lea For Children, Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vita-C Plus 100mg.

Pilihlah vitamin yang sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan untuk anak-anak tercinta. Bertukarlah ke arah yang lebih baik, semulajadi dan selamat.


Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pembelian produk atau konsultasi secara percuma, boleh hubungi saya Aini Musa 019-6436589.


Anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terbukti selamat, semulajadi dan berkesan, saya memerlukan lebih ramai pengedar unruk memenuhi keperluan di setiap negeri termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Aini Musa 019-6436589 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!



Pengedar Sah Shaklee Melaka : Aini Musa
(Shaklee ID : 1118070)
Sms / whatsapp : 019-6436589 (for fast response)

# Kawasan COD : Tesco Cheng, Kedai Bata Malim, Melaka Sentral, Taman Asean, Batu Berendam, Pulau Gadung, Pokok Mangga, Limbongan, Tengkera, Bachang.


**Penghantaran Pos Laju Untuk Seluruk Malaysia.


Terima kasih.


Salam ceria, Aini.....



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...