Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan

0 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera..... 

Kehamilan merupakan suatu anugerah dari tuhan yang tidak ternilai. Betapa bahagianya pasangan suami isteri, apabila isteri itu disahkan hamil. Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri dengan baik dari segi fizikal, mental dan emosi.


Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan


Bebaskan diri anda daripada masalah kehamilan dengan mengikuti tips-tips berikut:

1. Rancanglah rawatan antenatal anda dari awal kehamilan. 
Penjagaan antenatal yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan anda dan bayi. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal kehamilan, bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. 

2. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. 
Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil. Keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (lebih kurang 200 kalori sehari). 

Adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Sediakan hidangan makanan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi. Sertakan juga protein seperti ikan, daging, telur, kekacang, sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari. 

Jangan abaikan sarapan pagi, kawal saiz hidangan dan pengambilan snek di antara waktu makan.

Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan

3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan. 
Cuba elakkan makanan tertentu semasa hamil kerana ia boleh membawa risiko kepada kesihatan bayi. Daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau setengah masak boleh mendatangkan jangkitan salmonella. 

Listeria yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpunca daripada keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert dan keju berurat biru, seperti Stilton. Namun keju Cheddar, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan. 

4. Pengambilan asid folik. 
Asid folik sangat penting bagi membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Asid folat terdapat dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan dan diperkuatkan dengan vitamin. Selain itu zat besi dan kalsium juga penting untuk kesihatan anda dan bayi. 

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan. Selain ikan berminyak seperti salmon, hering atau sardin, pengambilan suplemen tambahan minyak ikan juga sangat mudah diperolehi (pilihlah jenama yang selamat lagi berkesan). 

5. Bersenam selalu. 
Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa hamil dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali mendapatkan bentuk badan asal, selepas bayi dilahirkan. 

6. Mula lakukan senaman lantai pelvik. 
Otot lantai pelvis adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing,  vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil disebabkan oleh tekanan tambahan ke atasnya dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit. 

Otot lantai pelvik boleh dikencangkan dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvis tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. 

7. Elakkan atau hadkan pengambilan alkohol. 
Sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta. Pakar-pakar mengesyorkan agar wanita hamil menjauhkan alkohol sama sekali. 

Wanita yang banyak minum alkohol semasa hamil adalah berisiko tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Spectrum Disoder - FASD), yang menyebabkan pelbagai masalah iaitu dari masalah pembelajaran kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius. 

8. Kurangkan pengambilan kafein. 
Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang sederhana. Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi yang mempunyai berat badan lahir yang rendah atau meningkatkan risiko keguguran. 

9. Berhenti merokok. 
Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang dan kelahiran mati. Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan sumbing bibir atau lelangit. 

Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan

10. Lebihkan berehat. 
Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "Jangan Terlalu Aktif" Mungkin tidur sekejap di tengahari akan memberi manfaat untuk anda dan bayi.

Jika tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah seperti apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih. 

Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil.

Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan
Selain itu, pengambilan beberapa vitamin juga penting untuk ibu hamil kekal sihat, cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan.  Di shaklee kami menyediakan beberapa vitamin yang selamat dan sesuai untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

# Dr. Hamid Arshat 

Tips Ibu Hamil Kekal Sihat, Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Kehamilan

Untuk melancarkan proses kehamilan, sebaiknya ikutilah anjuran dan tips ibu hamil di atas. Semoga dengan itu kehamilan anda terjaga, kandungan anda sihat dan selamat sehingga sampai waktu kelahiran. Diharapkan tips ibu hamil ini dapat membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk kehamilan dan kelahiran permata hati idaman dengan selamat dan sihat. In sya Allah..... 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya :
Shaklee Distributor : 1118070 untuk Negeri Melaka.
Sms/whatsapps : 019-6436589 (for fast response)

Terima kasih,
Salam ceria, Aini.....



You may also like

Tiada ulasan:

VitaVitamin 2016. Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...